BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sewa rumah RM50

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Tengku Adnan
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperluas perancangan pembinaan ‘council homes’ di setiap kawasan parlimen untuk golongan bujang yang bekerja di sektor perkhidmatan di ibu kota.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan pertama di tapak Pasar Dato Keramat masih dalam peringkat rundingan berikutan keengganan peniaga-peniaga di situ untuk berpindah ke Keramat Mall.

“Kita akan kenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai di setiap parlimen untuk membangunkan perumahan itu yang berhampiran dengan kemudahan LRT dan sebagainya.

“Seperti konsep hostel, mungkin sewanya serendah RM50 sebulan dan kita galakkan mereka tidak mempunyai kereta kerana kita akan sediakan parkir motosikal sahaja,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai sesi Town Hall yang dihadiri kira-kira 500 orang wakil komuniti di Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam proram itu, pelbagai isu dibangkitkan terutamanya masalah kebersihan di sesuatu kawasan perumahan dan isu-isu lain yang memerlukan perhatian DBKL.

Dalam pada itu katanya, kaedah lantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang di sekitar ibu negara akan diubah tanpa perlu melalui proses tender.

Menurutnya, kontraktor terdiri daripada penduduk di sesuatu kawasan parlimen akan dipilih agar pemantauan kawasan lebih berkesan.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung menjadikan kontraktor berkenaan lebih bertanggungjawab di kawasan seliaan masing-masing.

“Kita akan bagi mereka harga, berapa banyak untuk turap jalan, untuk cuci longkang. Bila ada masalah dan laporan, mereka boleh buat serta-merta.

“Saya akan arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk laksanakannya (pelantikan kontraktor),” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sewa-rumah-rm50-1.351502
 
Rm50/bulan besar mana lah agaknya ye..alhamdulillah
 
Buat bilik je ok laaaa
 
Share bilik nih ...munkn katil 2 tingkat
Bagus utk org bujang yg baru kerja
 
cadangan yg baik ..tp perlaksanaan tu tak tau la
 
mcm sewa rumah dbkl je
 
namapak macam bagus, nanti senang utk yg baru nak 'memulakan' kehidupan
 
Boyan2 pasar kramat xnk kua tapak.. Nk buat cmne... Huhu
 
Back
Top
Log in Register