BTC USD 61,161.1 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setia lelaki pada isteri

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,199
Reaction score
287
Points
51
Al kisah ada seorang suami yang baru kematian isteri pangilan mesra Pak Long oleh org2 kampung Sendayan Kuning yg merupakan guru silat,

setiap pagi selepas berjemaah subuh terus ke kedai kopi Mah janda kaya untuk membasah tekak.

maklumlah tiada orang nak sediakan sarapan sambil tu boleh berborak2 dgn kawan2 hilang juga kesedihan melanda diri.

Takakala matahari naik sejengkal,beredar lah Pak Long dengan motosikal hundo baru

hadiah harijadi dari arwah isteri kesayanganya menuju ke kubur.

Itulah rutin harian Pak Long dan tidak pernah miss walau satu hari.

Kesetiaan suami tidak berbelah bagi tiada tolok ganti.Masa berlalu begitu pantas hari berganti hari Sudah 1oo hari berlalu pergi,


semenjak dua menjak Pak Long ashik termenung mungkin melayan kesedihan teringat arwah Mak Long.

" Long.... banyak bersabar Allah lebih sayang dia",kata2 nasihat dari Mail Gajah sambil menggusap belakang Pak Long.

Mail Gajah memang kawan seperguruan dgn Pak Long,kira sama2 hebat ,gelaran Mail Gajah bukanya ganas macam gajah tapi pernah di kejar

dgn gajah tak cukup tanah lari lintang pukang.Lagi pulak penakut.

mail aku bukannya apa.....ni abang long punya teh tarik .. Mah Janda menyelit dan memberi senyuman terlalu manis menggalahkan teh tarik

meleret2 hingga ke tanah.


lawa juga kau Mah ...usik Mail gajah,...eheheh jangan nak menggatal aku dah orang punya...balas Mah Janda.

siapa?...Pak Long dan Mail Gajah serentak bertanya.masing2 berpandangan sesama sendiri....ada la...sapuk Mah Janda sambil masuk ke dapur.

sebenarnya berat aku nak cerita...seolah tiada jalan penyelesaian...berkenaan arwah ada tinggal pesan ...Pak Long terdiam seketika.


sambung 1.

Dengan serta merta air mata jantan meleleh perlahan2 dari kelopak mata Pak Long.Pak Long yg terkenal dgn kehebatan ilmu panglima gagah perkasa

10 musuh datang sekali libas semua tumbang tapi

bab perempuan tersungkur ,bak orang kata jatuh tersungkur tiada bicara didalam senyap.

Peh!!! Begitu setia Pak Long kepada Mak long kata Mah janda kaya didalam hati sambil mengesat air mata .

Sabar Long yg pergi biar pergi yg hidup kena teruskan mencelah Mah janda kaya sambil menceduk gula dengan senduduk untuk dibuat air gula.

kali ini air mata Pak Long tidak tertahan lagi membasahi jangut putihnya pabila radio klasik memutar lagu Uji Rashid "ku ingin selalu disamping mu" ,

diselang seli dengan suara merdu ala2 Uji Rashid Mah janda kaya yg merupakan johan Ratu karaoke lagu2 klasik 4 tahun berturut2 daerah Sabak Timbul saja

sebab kategeri negeri Angin berlalu

tidak pernah lepas sebab ketua pengadil Seman Tongko ajak Mah janda kawin,Seman Tongko kira dua pupu sebelah mak Mah Janda ,tapi Mah janda ada hati kat Pak Long.

Pak Long pun tahu tapi buat2 taktau je.

sambung 2.

Sesese..semasa arwah masih hidup, arwah berpesan ..tersekat2 bicara Pak Long dan diam seketika.

dia ada berpesan..... tersekat2 dan begitu berat nak di luahkan...

pesan apa? tiba2 je Mah Janda kaya mencelah .



kau orang pun tahu hari2 aku ziarah kubur arwah...begitu berat hendak diluahkan, masing2 tertunggu apa yg hendak di luahkan,


bagi teh tarik satu Mah lawa ...tiba saja suara tok siak muncul,kacau daun betul tok siak gatal ni bisik dlm hati Mah janda.

kenapa ni long? macam sedih ja?sampuk Tok Siak.


Kau diamlah menyebok je ...sampuk Mah Janda.


sesese.... sebenarnya semasa arwah hidup ..dia berpesan jika ayang tiada ...abang jangan kawin selagi rumput tidak tumbuh di kubur ayang,sebab tu la aku

ziarah kubur hari2 nak tengok ada rumput atau tidak.masalahnya dah lebih dari 100 hari rumput tak tumbuh2.:(:)(:)((


Tammat.
 
Last edited:
Sponsored Post

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,977
Points
201
eleh, tahu dah..

cerita tanah kubur masih basah sebab adik ipar tolong jiruskan..

arwah bini siap2 pesan dah, nak kawen lain kena tunggu tanah kubur dia kering dulu..

:)) :))
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906
eleh, tahu dah..

cerita tanah kubur masih basah sebab adik ipar tolong jiruskan..

arwah bini siap2 pesan dah, nak kawen lain kena tunggu tanah kubur dia kering dulu.
.

:)) :))

oh ye ke gitu sebenarnya :))
takkan kering la tanah kubur tu sbb adik ipar dok tolong jirus :)
alahai kesian la pak Long tu
 

Name:

Active Member
Joined
Dec 25, 2012
Messages
2,199
Reaction score
287
Points
51
eleh, tahu dah..

cerita tanah kubur masih basah sebab adik ipar tolong jiruskan..

arwah bini siap2 pesan dah, nak kawen lain kena tunggu tanah kubur dia kering dulu..

:)) :))



bukan.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register