BTC USD 84,487.4 Gold USD 4,134.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SETEL - Malaysia’s 1st Petrol E-Payment Solution

Setel Akan Laksana Tempoh Bertenang Enam Jam Sebagai Langkah Keselamatan

Setel
akan melaksanakan tempoh bertenang selama enam jam mulai 31 Disember 2024 sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang akses tidak sah kepada akaun pengguna. Tempoh bertenang bermula apabila pengguna log masuk selepas melakukan mana-mana aktiviti berikut seperti pendaftaran akaun kali pertama, menukar peranti buat kali pertama dan meningkatkan had pemindahan QR DuitNow (kepada orang lain).

Setel-Lite-Petronas-Gambar-Depan-Aplikasi-950x534.jpg.webp


Tempoh bertenang enam jam juga akan mengehadkan sejumlah transaksi dan aktiviti perbelanjaan tertentu disebabkan oleh sekatan keselamatan. Ia termasuklah fungsi pembayaran melalui Setel QR dan DuitNow QR, pembelian di Kedai PETRONAS, serta urusan libatkan cukai jalan seperti insurans kenderaan, khidmat pelanggan dan perkhidmatan kereta tidak akan tersedia. Kemudian had baharu pemindahan QR DuitNow juga hanya boleh digunakan selepas tempoh bertenang berkenaan.

Setel-OneTap-1-950x633.jpg.webp


Bagaimanapun masih terdapat fungsi lain yang boleh digunakan semasa tempoh berkenaan seperti mengisi minyak, mengecas kenderaan elektrik (EV), pembayaran tempat letak kereta, pembayaran di kedai Mesra, serta pengambilan pesanan di Café Mesra. Pengguna akan dimaklumkan mengenai tempoh bertenang ini melalui notifikasi yang dihantar ke dalam peti masuk aplikasi masing-masing. Tempoh bertenang juga akan tamat secara automatik selepas tempoh tertentu. Dengan mengambil kira dan merancang transaksi lebih awal, anda boleh mengelakkan diri daripada menghadapi masalah tidak diingini.

Sumber asal https://rnggt.com/202439239/​
 
Touch n Go eWallet Menambah Integrasi Setel - Memudahkan Isi Minyak Di Petronas

Touch n Go eWallet kini telah menambah aplikasi mini Setel, sekaligus memudahkan para pengguna untuk melakukan pembayaran untuk pengisian minyak di stesen Petronas. Aplikasi mini Setel ini membawa antaramuka yang lebih kurang sama seperti aplikasi Setel sedia ada, tetapi diintegrasikan bersama dompet digital Touch n Go eWallet untuk memudahkan pembayaran.

TNG-Setel-950x534.jpg.webp


Bersempena dengan pengenalan ini juga, mata ganjaran Mesra bernilai RM5 akan ditawarkan kepada 50,000 pelanggan pertama yang melakukan transaksi melalui TNG eWallet ini. Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, boleh menyemak penawaran baharu ini melalui bahagian aplikasi mini pada dompet digital berkenaan.​
 
Setel ni ado maso gilo gak.. den raso masalah connection kat stesen minyak tu sendiri yg problem kot..

ado stesen den pi elok je bole guna .. ado tompek dia jadi error lagu ni .. ado yg penah mengalami bendo samo?

1759455605362.png


1759455632427.png
 
Setel ni ado maso gilo gak.. den raso masalah connection kat stesen minyak tu sendiri yg problem kot..

ado stesen den pi elok je bole guna .. ado tompek dia jadi error lagu ni .. ado yg penah mengalami bendo samo?

1759455605362.png


1759455632427.png
Redeem aje,dpt gak rm23 dpt 12@13l tu😁

Auto ubah ke topup tu?biasa kalo dh set kad mmg tak ubah2 dh melainkn kita ubah balik
 
Setel ni ado maso gilo gak.. den raso masalah connection kat stesen minyak tu sendiri yg problem kot..

ado stesen den pi elok je bole guna .. ado tompek dia jadi error lagu ni .. ado yg penah mengalami bendo samo?

1759455605362.png


1759455632427.png

Banyak betul point tu jang sampai 2.3k
Den memang selalu redeem je point
Nanti masuk dalam akaun sebagai cash 😀
 
Banyak betul point tu jang sampai 2.3k
Den memang selalu redeem je point
Nanti masuk dalam akaun sebagai cash 😀
biasa den kumpul sampai bole dpt full tank kete den hihi.. rm40/rm50 nnt baru redeem..

ataupon diwaktu2 terdesak .. den anggap dia mcm duit emergency la 🤭

sygnya dia takleh beranak dlm tu :ROFLMAO:
 
aku kadang terpikir,, kalau depa berjaya buat app ni...maksudnya depa dah boleh buat dh sistem subsidi untuk warganegara sahaja.....yang ada IC MALAYSIA sahaja akan dapat harga minyak dgn subsidi.....yg takda IC MALAYSIA, kena caj harga tanpa subsidi....baru betul mcm tu..

tak sangka pulak yang aku komen 6 tahun lepas, sekarang dah jadi kenyataan ...hahaha....

maybe ada juga pihak2 yang berkaitan ambil idea dalam forum ni kot...
 
Back
Top
Log in Register