BTC USD 83,013.7 Gold USD 4,120.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SETEL - Malaysia’s 1st Petrol E-Payment Solution

Setel Perkenal Kemaskini Antaramuka - Ingin Menjadi Aplikasi Semua-Dalam-Satu Untuk Kenderaan

Setel
kini mengumumkan kemaskini antaramuka pada aplikasi mereka, sekaligus lebih mengetengahkan ciri dompet digital pada aplikasi berkenaan, selain sejumlah ciri-ciri utama yang ditawarkan melalui aplikasi berkenaan untuk para pemilik kenderaan. Sejak diperkenalkan pada 2018 yang lepas, halaman utama lebih kepada memaparkan peta lokasi dengan stesen berdekatan. Versi baharu ini tidak lagi memaparkan peta pada bahagian utama – sebaliknya mengutamakan paparan baki dompet digital serta mata ganjaran yang telah dikumpulkan, dan seterusnya memaparkan aktiviti yang boleh dilakukan berhampiran pengguna berkenaan seperti mengisi minyak, mengecas kereta dan sebagainya.

Setel menyatakan “kad” aktiviti khusus ini akan dipaparkan kepada pengguna secara automatik berasaskan kepada lokasi. Menu melibatkan pengurusan kenderaan lain dipaparkan pada bahagian bawah – lebih kurang seperti hari ini. Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Setel.
​
1701170944241.png
 
Setel Tawar Pulangan Tunai 10% Dan 3x Mata Ganjaran Dalam Kempen ‘Semua Boleh Setel’

Setel, aplikasi pembayaran petrol Petronas telah mengumumkan kempen akhir tahun yang dipanggil ‘Semua Boleh Setel’, menawarkan pulangan tunai dan ganjaran yang sangat menarik. Ia berjalan dalam tempoh terhad, dan kempen telahpun bermula dari 13 November dan akan berakhir pada 12 Januari 2024.

281123-Setel-kempen-2-1024x768.png


Dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’, pengguna dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 10% untuk pembelian dibuat di rakan strategik terpilih menggunakan aplikasi Setel. Untuk memanfaatkannya, berikut adalah senarai perniagaan yang terlibat dalam kempen ini;
​
  • KK SUPER MART​
  • Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN​
  • Village Grocer​
  • PLUS R&R​
  • Ben’s Independent Grocer​
  • Pasaraya OTK​
  • Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)​
  • Loob Holding (Tealive)​
  • Chatime​
  • Pasta Panas​
  • Café Mesra​
  • Bake With Yen​
  • BSC Fine Foods​
  • Leisure Grocer​
  • redBus​
Meskipun begitu, pulangan tunai 10% ini hanya terhad pada RM5 sebulan, dan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1 untuk layak. Pulangan tunai akan dikreditkan terus ke dalam e-Wallet Setel anda. Bagaimanapun, tiada mata ganjaran Mesra yang akan disediakan untuk pembelian ini.

Dalam masa sama, pengguna turut boleh peroleh pulangan tunai 3% untuk transaksi parkir, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, bantuan auto dan juga pembelian di kedai atau dalam tallian yang terpilih. Anda boleh rujuk di keseluruhan lokasi kedai di sini. Ia juga akan dihadkan pada RM5 sebulan, tapi akan tamat lebih awal pada 31 Disember 2023.

281123-Setel-kempen.jpg


Lebih menarik, Setel juga menawarkan sehingga 3x mata ganjaran Mesra untuk pembelian satu liter petrol dan 3x mata setiap RM1 perbelanjaan di kedai Mesra dan Deliver2Me. Terdapat juga pulangan tunai 10% bagi pembelian takaful atau polisi insurans (terhad RM300), 50% parkir (terhad RM2 setiap transaksi), pulangan tunai RM20 untuk penggantian bateri, dan juga RM350 pulangan tunai untuk penjualan kereta dan RM450 untuk pembelian kereta melalui myTukar. Ia turut akan tamat pada 12 Disember 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman kempen Setel
di sini.​
 
Setel Akan Mengenakan Caj 1% Untuk Tambah-NIlai Menggunakan Kad Kredit

Setel, aplikasi yang memfokuskan isian minyak di stesen Petronas, kini mengumumkan akan mengenakan caj sebanyak 1% berkuat-kuasa 5 Disember 2024, untuk semua tambah-nilai menggunakan kad kredit.

Setel-1-Peratus-950x535.jpg.webp


Caj tambahan ini akan dikenakan secara automatik apabila melakukan tambah-nilai ke Setel menggunakan kad kredit. Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan. Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana tambah-nilai kaedah lain masih kekal percuma buat masa ini, termasuk apabila menggunakan kad debit, dompet digital dan juga perbankan atas-talian.​
 
Den mmg guna online banking je..

Asing siap2 duit utk minyak dlm setel utk sebulan..kurang baru topup hihi

samo mcm den... simpan siap2 dalam SetelApp.. sonang... minyak utk satu bulan konfirm cukup... kalau dulu, waktu nak isi minyak, sodar2 yo, duit dah xdo nak isi minyak, terpakso call member/adik-beradik pinjam duit kobar eh "tak sodar duit dalam bank dah takdo"...haha
 
samo mcm den... simpan siap2 dalam SetelApp.. sonang... minyak utk satu bulan konfirm cukup... kalau dulu, waktu nak isi minyak, sodar2 yo, duit dah xdo nak isi minyak, terpakso call member/adik-beradik pinjam duit kobar eh "tak sodar duit dalam bank dah takdo"...haha
Kalo x pi mana2 selain aktiviti biasa tiap bulan, mmg ckup duitnya utk minyak dlm setel yg den bajet tu..rm200 ke bawah..

Tp kalo ada melencong skit ...tu yg kene topup skit laa hihi
 
Kumpul modal untuk depo sambil isi minyak. Gunalah setel.
Isi minyak, kumpul point, tukar point kepada ewallet setel, cashout. sempoiii!! duit cashout terus ke bank, boleh buat modal depo utk trade.

Link utk register:

Kod register: 7f6qw

Masukkan kod masa register, boleh dapat free rm7, modal free untuk trade. sape nak bagi duit free beb!!

Sempoiiii!!!
 
Back
Top
Log in Register