balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Bangi: Usaha selama setahun menonton kartun Pada Zaman Dahulu dan membaca kisah dongeng antara yang dilakukan seorang peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu bagi melancarkan penguasaan terhadap bahasa ibunda itu.
Joshua Parfitt, 22, dari United Kingdom antara 71 peserta pidato antarabangsa yang menyertai pertandingan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, bermula semalam.
Menurut Joshua, dia meminati bahasa Melayu dan gembira apabila lulus ujian saringan untuk menyertai pertandingan terbabit.
“Tidak sia-sia saya menonton kartun itu dengan tujuan mempelajari bahasa Melayu, hampir setahun saya belajar dengan menggunakan kaedah itu selain membaca kisah dongeng.
“Di United Kingdom, saya bergaul dengan orang Melayu yang ada di sana, menyertai pertandingan pidato bahasa Melayu antara kejayaan terbesar saya kerana persaingan sungguh sengit selain belum fasih dengan bahasa ini,” katanya yang memilih tema alam sekitar iaitu Penyelesaian Sudah Ada di Persekitaran Kita.
SUMBER:http://www.hmetro.com.my/node/68321