BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setahun naik 42kg

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.dx2DcU40ei.webp


Kuantan: Usianya baru lima tahun, namun berat badan seorang budak lelaki meningkat mendadak hingga mencecah 57 kilogram dipercayai akibat nafsu makan yang kuat menyebabkan kedua ibu bapanya bimbangkan keadaan kesihatannya.

Akibat berat badan berlebihan, Mohammad Danish Asyraaf Mohd Darus menghadapi masalah pernafasan hingga menjejaskan kecergasannya serta terpaksa tidur dalam keadaan duduk.



Berat badan Mohammad Danish Asyraaf melebihi berat bapanya, Mohd Darus Ismail yang hanya 53 kilogram dan lebih separuh daripada berat ibunya, Normah Ahmad yang mempunyai berat 80 kilogram.

Normah, 36, berkata, berat badan anak kedua daripada tiga beradik itu pada tahun lalu cuma 15 kilogram, namun meningkat mendadak mencecah 57 kilogram.

Menurutnya, anaknya itu dilahirkan normal dengan berat 3.2 kilogram, tetapi disahkan menghadapi masalah pernafasan sejak lahir.


“Kami tidak tahu kenapa selera makannya berubah hingga berat badannya meningkat mendadak dan dia tidak dapat mengawal pemakanannya walaupun doktor menasihatkan kami berbuat demikian.

“Dia akan menangis dan memberontak jika kami menegahnya daripada makan terlalu banyak membuatkan kami buntu dan terpaksa mengikut kehendaknya,” katanya yang tinggal di Sungai Karang di sini.

Katanya, Mohammad Danish Asyraaf yang pemalu mudah memberontak selain tidak aktif bergerak kerana masalah kesihatan dihidapinya selain turut dijangkiti cacar air sejak setahun lalu.

“Pada masa ini, kami tidak dapat mengawal pemakanannya kerana dia belum boleh berfikir baik atau buruk, tetapi mungkin berbuat demikian apabila usianya semakin meningkat kerana sudah boleh memahami sendiri.

“Kami tidak memberinya sebarang ubat-ubatan untuk mengawal tabiat pemakanannya kerana bimbangkan kesan sampingan yang mungkin lebih memudaratkan kesihatannya nanti,” katanya.

Semalam, Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (BAKKISS) Wan Azlan Wan Salleh mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kerusi malas kepada kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kes kanak-kanak seperti Mohammad Danish Asyraaf jarang berlaku dan menyarankan kanak-kanak itu dirujuk kepada doktor untuk rawatan sewajarnya.

“Paling penting kanak-kanak itu perlu dirujuk doktor untuk mengenal pasti punca sebenar keadaannya sama ada disebabkan masalah diet atau faktor kesihatan lain sebelum rawatan seterusnya dilakukan,” katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Setahunnaik42kg/Article/index_html
 
Knapa plak tdo dlm keadaan duduk dik..adeh. kalo berdiri shaolin..
Obes ni..da msuk slah sek sok bhaya..jadi bahan..
Adeh...kna refer...check up constant..
 
semangat betul badan adik ni

betul mak dia cakap tu, dia tak boleh lagi nak pikir baik dan buruk
 
Knapa plak tdo dlm keadaan duduk dik..adeh. kalo berdiri shaolin..
Obes ni..da msuk slah sek sok bhaya..jadi bahan..
Adeh...kna refer...check up constant..

Mungkin kalau tidur baring, saluran pernafasan yang dah berlemak tu akan terhimpit dan menyebabkan dengkur dan menjurus kearah kematian...
 
semangatnya adik.
setahun
dah sama berat kita dik.
kekekekek
 
manjakan sangat.sape suruh.
ape yg baik kalau berlebihan tetap tak bagus..
 
sabar ye adik, nanti datang la geng-geng kecut lemak bantu adik dgn percuma. dan adik pun jadi model iklan kecut.
 
ce try bagi makan cara Atkins Diet. Cut Carbo n bykkan Protein cam ayam, daging n ikan. Lelama org yg amal diet ni makin kurang nafsu makan.

Thats why org amal Atkins Diet senang kurus.
 
Back
Top
Log in Register