BTC USD 81,863.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Set Dekoder Percuma untuk menonton Mytv Myfreeview

sape2 ada TV model yang agak2 baru cuba tekan INPUT kat remote atau kalau LG tekan butang gear untuk SETTING .. tengok kat skrin ada DTV tak sama baris dengan AV1 AV2 HDMI dan bagai .. set tuning MANUAL .. xpayah pakai dekoder

contoh kat bawah ..
test dulu sape2 yang boleh bagitau sini :cool:

Screenshot-797.jpg
Screenshot-798.jpg
Screenshot-799.jpg
 
Last edited:
nak cek layak free punya kat sini http://www.mytvbroadcasting.my/b40/index.php

Screenshot-800.jpg


B40

Objektif

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40).

Disebabkan kesukaran sesetengah kawasan menerima siaran analog dan DTT, sebahagian penerima telah dipilih untuk menerima alat penerima DTH disebabkan kesukaran menerima siaran analog dan DTT.

Bolehkah saya memohon?
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari golongan senarai terbawah dalam senarai B40 sehingga March 2016 dan tidak boleh dipinda.

Adakah saya layak?
Semak kelayakan anda menerusi;
a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my
b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088

Jika layak,
- Anda akan menerima Surat Notifikasi.
- Set Dekoder Percuma dihantar oleh Pos Malaysia sebelum akhir Mac 2019.
- Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.

Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?
Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.
 
Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?
Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.

Kejap.
Sefahaman aku dekoder ni just dekoder macam antenna lah kan?
Takdela associated dgn mana2 account (macam account astro).

So bawak nak pakai mana-mana pun takde hal la kan as long as ada antenna and tune sendiri.
Kan?
 
Kejap.
Sefahaman aku dekoder ni just dekoder macam antenna lah kan?
Takdela associated dgn mana2 account (macam account astro).

So bawak nak pakai mana-mana pun takde hal la kan as long as ada antenna and tune sendiri.
Kan?

betul boleh, tapi ikut T&C boleh pakai dimana2 tapi owner kena ada situ, gimik je .. bukan datang cek pun :D
 
Saya tidak layak dapat set dekoder percuma. :(
 
myFreeview.jpg

AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pastikan beli dekoder myFreeview disah MCMC
Oktober 20, 2019 8:00 am

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan agar rakyat negara ini membeli dekoder yang disahkan MCMC atau SIRIM Bhd bagi memastikan siaran televisyen TV Digital myFreeview yang diterima berkualiti.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, kualiti penerimaan siaran TV Digital myFreeview akan terjejas sekiranya pengguna menggunakan dekoder dan antena tiruan yang dijual di pasaran serta penggunaan kabel yang salah.

“MCMC mengambil maklum mengenai kekecewaan yang diluahkan segelintir rakyat terhadap kualiti penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview baru-baru ini.

“Usaha untuk menyelesaikan masalah berbangkit sedang diambil pada masa nyata. MCMC akan sentiasa memantau keadaan agar setiap rakyat dapat menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti,” menurut kenyataan itu.

Justeru, MCMC menggariskan beberapa panduan lain bagi mendapatkan siaran berkualiti antaranya memasang dekoder ‘Digital Terestrial Televisyen’ (DTT) atau ‘Direct-To-Home’ (DTH) ke set televisyen sedia ada beserta antena Ultra Frekuensi Tinggi (UHF) luaran atau dalaman.

Selain itu, MCMC mengingatkan agar pengguna memasang antena UHF luaran yang menghala ke arah sistem pemancar TV Digital yang berdekatan bagi mendapatkan siaran.

“Penggunaan antena sedia ada juga boleh digunakan. Pastikan sebarang alatan sambungan (kabel RG6) berada dalam keadaan baik. Untuk bantuan pemasangan antena yang betul layari http://www.mytvbroadcasting.my/pemasang_berdaftar/,” menurut kenyataan itu.

Bagi mendapatkan bantuan lanjut, MCMC menasihatkan pengguna agar menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 bermula 8.00 pagi sehingga 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.

Peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September, wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober.

– BERNAMA
 
myFreeview.jpg

AGENDANASIONAL

2 juta isi rumah dapat dekoder myFreeview percuma
Oktober 23, 2019 5:10 pm

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Pemberian set dekoder siaran televisyen digital secara percuma buat masa ini hanya melibatkan 2 juta isi rumah berpendapatan paling rendah dalam negara.

Ketua Jabatan Platform Penciptaan Digital dan Pengedaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Azlina Mohd Yusof berkata, kriteria itu menjadi penanda aras dalam pemberian tersebut dan bukanlah sama ada seseorang itu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tergolong dalam kumpulan B40 semata-mata.

“Mereka yang tidak layak menerima itu adalah kerana (pendapatan isi rumah) mereka melebihi daripada pendapatan 2 juta individu dengan pendapatan terendah (dalam negara).

“Oleh sebab itu, ada semakan (untuk dapatkan dekoder percuma) oleh golongan B40 atau mereka yang dapat BSH tetapi tidak dapat dekoder percuma… ini kerana kita hadkan kepada 2 juta dahulu,” katanya ketika ditemui selepas program bual bicara di Bernama Radio, hari ini.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kementeriannya sedang berusaha memastikan lebih ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 menerima set dekoder siaran televisyen digital secara percuma.

Gobind berkata, pihaknya masih berbincang dengan syarikat pengedar dekoder tersebut serta mengumpulkan maklumat, untuk menentukan individu yang layak menerimanya.

Peralihan siaran TV analog ke TV Digital myFreeview akan bermula di wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September, wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober, manakala Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober.
Sementara itu, Azlina berkata, melalui TV Digital myFreeview penonton boleh menikmati sebanyak 15 saluran TV dan enam saluran radio secara percuma.

Menurutnya, lebih banyak saluran lain bakal ditambah pada masa hadapan termasuk beberapa cadangan untuk memasukkan saluran dengan genre filem dari negara Korea Selatan dan Indonesia malahan saluran khas untuk masakan.

“MCMC telah keluarkan 15 lesen penyedia kandungan TV kepada beberapa syarikat berminat bagi menambah kandungan dan meningkatkan kualiti siaran TV digital di Malaysia.

“Mungkin sebelum hujung tahun ini kita akan dapat siarkan (saluran baharu itu), (mungkin) dua atau tiga penyedia kandungan akan melancarkan kandungan baru mereka melalui platform myFreeview,” tambahnya.

– BERNAMA
 
Kerajaan Akan Memberi 300 Ribu Dekoder MyFreeview Tambahan Untuk Golongan OKU & B40

Sejajar dengan peralihan siaran rangkaian televisyen Malaysia dari menggunakan rangkaian analog ke rangkaian digital, kerajaan Malaysia telah mula mempromosikan penggunaan dekoder MyFreeview kepada rakyat Malaysia sejak dua tahun lalu.

Untuk membantu rakyat-rakyat yang kurang bernasib baik, khususnya golongan OKU dan juga B40, kerajaan telah mengedarkan sebanyak 2 juta dekoder MyFreeview secara percuma kepada golongan ini setakat ini.

Terkini, untuk membantu lebih ramai lagi rakyat yang tidak mampu untuk membeli dekoder tersebut, Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Dan Multimedia telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengagihkan 300 ribu dekoder MyFreeview tambahan untuk golongan-golongan tersebut.

Menurut beliau, dekoder-dekoder tersebut yang bernilai RM30 juta akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya, untuk memastikan semua rakyat Malaysia, tidak kira latar-belakang sosial dan ekonomi.

Dalam pada itu, pihak kerajaan juga telah mula mengedarkan dekoder-dekoder tersebut kepada komuniti-komuniti yang memerlukan di Sabah dan Sarawak, dimana ia telah bermula sejak minggu lalu dan berterusan hingga bulan hadapan.



 
Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital

Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital Dari 25 Hingga 27 Februari 2020;

Screenshot-2391.jpg



Melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Perak

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) memaklumkan mereka akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran digital TV myFreeview secara berperingkat selama 3 hari iaitu bermula dari 25 Februari sehingga 27 Februri 2020 di 3 lagi lokasi pemancar.

Ia adalah sebagai usaha pihak MYTV meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna di seluruh Malaysia.

Penyusunan semula frekuensi siaran digital TV adalah sejajar dengan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan frekuensi menerusi jalur 700 MHz bagi kegunaan perkhidmatan jalur lebar atau 5G.

Kerja-kerja akan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 1.00 pagi sehingga 6.00 pagi di pemancar-pemancar berikut;

Screenshot-2392.jpg


Pengguna digalakkan membuat penalaan semula secara automatik dan sekiranya penalaan dibuat secara manual, pengguna boleh menyemak senarai frekuensi yang baharu di laman sesawang https://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-of-frequency.pdf.
 
Back
Top
Log in Register