BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seruan perangi riba

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba' sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian. Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba', maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba' itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan dimuka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)
 
ok bro qaz123...tq atas nasihat dan pencerahan...semoga kita di beri kekuatan oleh Allah..
 
ok bro qaz123...tq atas nasihat dan pencerahan...semoga kita di beri kekuatan oleh Allah..

no problem...meh sama2 amalkan dan lg bgs kita leh sampaikan pd yg lain.penolakan itu biasa sbb dah jd darah daging...tp hidayah itu hak Allah...Allah akan beri kpd sesipa pon,tiada pengecualian...yg penting kita sebarkan...ini isu besar...harap maklum
 
senang je nak eleak riba ni....
1. tak payah beli kereta....jalan kaki je.
2. tak payah beli rumah....kalau yang mampu tu boleh beli cash...yang tak mampu tu pandai2 le carik kayu buat umah sendiri.
3. Tak payah simpan duit dalam bank....simpan dalam tin milo je..kena rompak tanggung sendiri...
4. tak payah beli insurans.....kalau kemalangan pandai2 le nak ubat sendiri.
5. kalau nak ada harta tu pandai2 lah bawak duit cash....:p
 
perli Allah ke?hati2 bro...ayat ko sinis dan tidak membantu
 
perli Allah ke?hati2 bro...ayat ko sinis dan tidak membantu

sori bro bukan aku nak perli...maksud aku benda ni dah tak dapat nak dielak kan lagi dah. Ekonomi pun tak menentu.., kita terus kan hidup macam biasa.. jangan lupa solat...sesungguh nya Allah itu maha mengetahui dan maha pengampun.:):):):):)
 
Dari sistem ekonomi riba' inilah menyusulnya masalah sosial yang lain didalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar. Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka. Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba', lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)

sori bro bukan aku nak perli...maksud aku benda ni dah tak dapat nak dielak kan lagi dah. Ekonomi pun tak menentu.., kita terus kan hidup macam biasa.. jangan lupa solat...sesungguh nya Allah itu maha mengetahui dan maha pengampun.:):):):):)

mentang2 Allah maha pengampun kita suke2 sondol larangan Allah? aku xsetuju dan itu bkn cara aku.bg aku selagi aku boleh dan mampu elak aku akan elak...minta Allah kekalkan semangat aku dan beri kita lbih kekuatan utk teruskan hidup tanpa riba...setakat ni aku xmati tanpa riba...alhamdulillah masih leh sara isteri dan besarkan 2 anak aku...wlupon tidaklah semewah mereka yg terlibat dgn riba...sampai adik beradik aku pon dok perli2 'keb o d o h a n' aku utk elak dari riba... apatah lagi masyarakat...aku buat apa yg termampu..sbb aku sedar dunia ni xlama mana,baik ssh skit dari ssh byk kat akhirat nanti...huhuhu
 
Kesedaran harus diwujudkan dikalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba' itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah dari pada sikap kita yang lena melayan sistem riba' itu sendiri. Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat "pulangan hanya dengan masa", mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka "syurga" itu sudah dikecapi didunia lagi, akan tetapi diakhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat kelangit (Israk Mikraj). Moga hidayah dan "nur" dari Allah akan sampai kehati mereka sebelum mereka di"sembahyang"kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari kehari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba' itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba' itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.
 
sori bro bukan aku nak perli...maksud aku benda ni dah tak dapat nak dielak kan lagi dah. Ekonomi pun tak menentu.., kita terus kan hidup macam biasa.. jangan lupa solat...sesungguh nya Allah itu maha mengetahui dan maha pengampun.:):):):):)

ops...betul tu jaga solat...ari tu aku ade pegi 1 kursus ni..solat tu umpama tali kite dgn Allah..Allah akan jaga kite..

ye Allah maha mengetahui...Allah x akan bebankan kita dgn sesuatu yang kite x mampu laksanakan..

masuklah dalam islam secara kaffah...betul mmg ade part2 yang terlalu susah untuk kite tinggalkan ye ke:)..tapi tolong jangan argue hukum2 yang telah Allah tetapkan...cubelah lah untuk buat yang terbaek untuk keturunan kite...

ku akui banyak hukum2 Allah yang x aku patuhi..tapi tidak sama sekali aku argue hukum Allah....Ampunilah dosa2 kami...dan berilah kami kekuatan.Amin..
 
Back
Top
Log in Register