BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seruan perangi riba

Mungkin sudah terlalu jauh dan sukar untuk menghidupkan semula sistem ekonomi yg bebas RIBA', tetapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Masaalahnya kebanyakan pemimpin kita sudah selesa dengan sistem ini dan mereka sudah kenyang dengan nikmat dunia hidup penih kemewahan. Hanya rakyat jelata semakin hari semakin menderita, akan tetapi jangan salahkan mereka, kerana kita sendiri memberi "kuasa" kepada mereka untuk menindas diri kita sendiri, mengundi mereka tanpa berfikir, tidak boleh berfikir kerana apa? Kerana sudah terlalu khayal dengan dunia materialistik dan hiburan, dengan gadjet2 baru, telefon bimbit, wayang, bola, gusti, drama swasta dan AF menyebabkan tidak lagi punyai masa untuk mencari ilmu. Dipukau dengan sumber berita berat sebelah, tiada demokrasi sebenarnya jika tiada kebebasan media dari semua pihak yg bertanding dipilihanraya.
 
semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua untuk memerangi riba termasuk aku sendiri.insyaAllah dengan kekuatan iman tersebut kita akan menjauhi riba...aku pun insan yg lemah tidak lari dari riba nie.aku akan berusaha agar melangsaikan hutang yg ada secepat yg mungkin setelah aku membaca blog tersebut...bagus langkah-langkah yg diberikan....tq...:):)
 
kalu pak guard yg xda kene mengena dlm urusan bank tu pun kena tempias habis kita yg menyimpan n kuar masuk duit guna bank tersebut cmna??xkan kita x kena tempias??
 
Tidak guna hanya melaungkan masaalah tanpa memikirkan jalan penyelesaian, ini masalah yang teramat besar sebenarnya dan tidak cukup dengan hasil pemikiran hanya seorang individu, saya mengajak rakan2 sama2 berfikir mengenainya. Jika anda menghadiri majlis2 ilmu, cuba2lah bertanyakan pandangan Ustaz/Ustazah mengenai ayat 279 Surah Al Baqarah itu tadi dan kaitkan dengan kehidupan kita ini. Sama2 lah kita bertaubat, bertakwa dan bersolatlah dengan khusyuk, insyaallah akan Allah berikan jalan penyelesaian buat mereka yg mahu berfikir. Supaya kita tidak lagi hidup diperangi dan dilaknat oleh Nya, amin.

 
kalu pak guard yg xda kene mengena dlm urusan bank tu pun kena tempias habis kita yg menyimpan n kuar masuk duit guna bank tersebut cmna??xkan kita x kena tempias??

jgn salah faham,islam itu tidak menyusahkan.semua ini berlaku dgn sbb,dan pasti ada penyelesaian nya.sbb itu kita perlu berusaha utk menghindari dan memerangi,bkn buat xtau je atau sekadar sembang2 kosong...jika kita sama2 tolak riba bagaimana? apabila majoriti rakyat malayasia menolak urusan yg melibatkan riba,pasti ada kesan nya bukan? jd marilah sama2 jd golongan yg memerangi,bkn yg wat dono,wat xkiasah,wat slamba,xde rasa bersalah,xcuba hindarkan...semua ni kene semai dlm diri.riba ini berkembang bkn dlm masa sehari dua,begitu juga utk perangi nya...walaupon berkemungkinan kita xsempat melihat dunia tanpa riba,sekurang2nya jd lah kita salah seorg yg menyumbang kpd kejayaan itu.Allah maha mengetahui...
 
Berbanding **** dan zina, riba' pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba' ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding **** dan zina. Kerana apa? Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan "kebaikan-kebaikan" riba' itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba'lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba' lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?
 
Dengan sistem riba' jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah "imun" dengan riba' itu sendiri, jadi bencikan riba' itu amat jarang terdapat didalam kamus kehidupan masyarakat berbanding **** dan zina. Mungkin juga perkataan riba' ini suatu yang baru kerana riba' sebelum ini berselindung disebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, "Berapa kadar riba'nya Encik...? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?
 
Buat pembahagian DULU...

baru perkara ini lebih jelas... terbahaginya kepada 3

1. Golongan yang suka makan Riba'

2. Golongan yang tidak kisah memakan Riba'

3. Golongan yang berusaha mengelak Riba'

kesemua tetap akan terlibat secara langsung atau tak berkenaan RIBA' yang membezakan ialah TAQWA..

kumpulkan dan teliti dengan JELAS dan PAHAMI erti setiap KATA-KATA dari AL-QURAN dan HADIS...

pendekatan ayat MELARANG, MENGELAK, BERUSAHA dan sbgnya berbeza..

sebagai contoh, Orang yang suka makan riba' solatnya tidak diterima...
tetapi orang yang tak suka makan riba' & tidak dapat mengelak serta tidak redha dgn riba' adakah penghukumannya juga SAMA... PASTI tidak

walaupun TETAP dalam lingkungan RIBA' jadi ALLAH itu maha ADIL dan telah tetapkan sesuatu PADA keadaannya...
 
Dengan sistem riba' jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah "imun" dengan riba' itu sendiri, jadi bencikan riba' itu amat jarang terdapat didalam kamus kehidupan masyarakat berbanding **** dan zina. Mungkin juga perkataan riba' ini suatu yang baru kerana riba' sebelum ini berselindung disebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, "Berapa kadar riba'nya Encik...? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?
 
Selain dari sikap jijiknya terhadap riba' itu tidak disemai dari kecil, riba' itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti **** dan zina. Daging **** suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penelidikan sains pula membuktikan daging **** itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut siperempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan. Tidak seperti riba', disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah. Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba' diterima pakai oleh kebanyakan manusia. Ada pula yang berkata, "Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri". Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup didalam riba', malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.
 
Back
Top
Log in Register