BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seruan perangi riba

kekal dlm neraka selamanya....bg yg mengambil riba..

Cmner nak buat yer...?
zaman skang,nak beli rumah..loan..nak beli kete..loan..ada yg nak kawin..loan..renovate umah pun loan,nak niaga loan..pendek kata sume loan..cmner tu..?tak sume antara kita kaya raya kan..?

Islamic banking ataupun konvensional bank...tetap sama,RIBA..
yg di laknat..4 glngan,yg mengambil,yg memberi,yg mencatat,dan saksi...dosa mereka sama..

Jd,cmner pnylesaiannya?

untuk beli keta cntohnya....bleh tak kita tak buat loan,tapi tak mampu byr cash,bleh tak guna cara sambung bayar...?


tak ambik loan,tak de sign pape agg. ngan bank riba,tak bersaksikan..

ape pndapat korang?

begini..jika ada kemahuan pasti ada jalan... siapa yg menetapkan kita mesti pakai kereta yg mahal? rumah yg mewah2? jwpnnya adalah ukur baju dibadan sendiri... diluar sana byk kenderaaan yg dijual murah dan dlm keadaan baik. begitu juga rumah dan tempat tinggal... jika tidak mampu,maka sewa sudah memadai... adakah kita malu dgn kwn2 yg pakai kereta besar? ada rumah lawa? tetapkan semula keutamaan kita antara pandangan anusia dan janji Allah.... jika berkelapangn silalah study isi blog ini...isinya amat2 mmbantu sy... >>>>> http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/berperang-dengan-allah-dan-rasul.html
 
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Albaqarah 2:279

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/berperang-dengan-allah-dan-rasul.html#ixzz0uKzLBz7K
 
RIBA', BUNGA atau KADAR FAEDAH.. benda yg sama tetapi diberikan nama yg berbeza. Ianya sudah menjadi norma2 kehidupan dan dianggap biasa didalam kehidupan sehari2an. Apa kata apabila anda hendak membeli kereta atau rumah nanti, dari bertanya kepada pihak bank "berapa kadar faedahnya encik", cuba ubah kepada "berapa riba' nya encik?". Mungkin pada ketika itu baru terasa akan hampirnya diri kepada dosa, itu jika terdetik didalam hati, jika sudah tiada apa2 perasaan dan diri bersedia menerima "perang" dari Allah dan rasul, maka dimanakan keimanan kita?
 
sambung bayar pon riba juga..kot:-?:-?

terlibat gak ke?
yg berdosa 4 golngan tu kan?
wlupun kita yg byr kete tu,tapi tak termasuk dlm 4 glngn tu..kita indirect ngan bank riba tu...

bukan kita yg ambil riba tu,bukan kita yg sign,bukan kita yg berniat nak ambik loan tu..kita just byr jer kete tu untuk kita gunakan..

tak bleh ke kita anggap ni sbgai pnylesaiannya?

minta pandangan yg lain yg ahli..
 

terlibat gak ke?
yg berdosa 4 golngan tu kan?
wlupun kita yg byr kete tu,tapi tak termasuk dlm 4 glngn tu..kita indirect ngan bank riba tu...

bukan kita yg ambil riba tu,bukan kita yg sign,bukan kita yg berniat nak ambik loan tu..kita just byr jer kete tu untuk kita gunakan..

tak bleh ke kita anggap ni sbgai pnylesaiannya?

minta pandangan yg lain yg ahli..

kan lebih baik kumpul duit setahun dua dah leh amik kete second 4-5 ribu....
 
Ekonomi dunia termasuklah Malaysia semuanya berlandaskan hutang dan RIBA' sudah termasuk didalam formula ekonomi tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan jika pakar2 ekonomi ataupun ahli2 agama dapat melihat sistem ekonomi moden sekarang ini dengan lebih menyeluruh, sistem inilah yg menyebabkan ramai yg tertindas, sistem inilah yg menyebabkan yg kaya semakin kaya dan yg miskin menjadi semakin miskin. Didalam ayat diatas Allah tidak mahu kita menzalimi manusia lain dan juga menzalimi diri kita sendiri. Mungkin ramai yg berkata,

"ala, aku beli kereta/rumah ini dengan duit gaji aku, aku rela atas urusniaga ini kerana aku tahu pihak bank mesti kenakan RIBA' supaya mereka boleh berfungsi, aku tidak menzalimi diri orang lain, gaji aku cukup dan aku tidak menzalimi diri aku sendiri"

Manusia akhir zaman sudah hilang keupayaan untuk menilai sesuatu itu secara batin, secara zahir memang mereka nampak akan kemampuan diri untuk membayar dan tidak mengganggu sesiapa didalam aktiviti RIBA' mereka itu. Akan tetapi kesan halus/batin itu yg lebih merbahaya dan menjerumus manusia kearah yg lebih teruk dan hina.
 

Apa akan jadi apabila suasana ekonomi merudum seperti yg berlaku baru2 ini, apa kata anda mendapat tahu syarikat mahu mengurangkan tenaga pekerja, tidakkah anda akan merasa tertekan? Manusia didalam keadaan tertekan akan berubah kepada "survival mode" yg mana kepentingan diri sendiri lebih diutamakan. Didalam keadaan tertekan inilah ramai manusia akan mula menzalimi orang lain, sebagai contohnya ada yg sanggup menikam belakang rakan sendiri semata2 untuk terus kekal didalam syarikat.

 
Satu lagi contoh, apa kata anda mengetahui yg pegawai atasan anda melakukan rasuah, tidak kah anda merasa tertekan untuk menentang kemungkaran dan bangkit melapurkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, jika anda tahu tindakan anda itu besar kemungkinan menyebabkan anda akan dibuang kerja sedangkan ada hutang rumah dan kereta yg harus dilunaskan setiap bulan? Penindasan rohani ini lebih hebat daripada penindasan jasmani, sesuatu yg tidak kelihatan akan tetapi umpama api dalam sekam.

Manusia rela dizalimi disebabkan sudah terlalu tenggelam dengan dunia materialistik, kereta baru berganti setiap 2-3 tahun, dan setiap kali bertukar ganti itulah perjanjian RIBA' yg baru ditandatangani. Begitu juga dengan rumah yg menjadi keperluan asas terpaksa juga dibeli dengan RIBA' jika tidak mahu terus menjadi penyewa. Perbuatan melibatkan diri dengan RIBA' ini sudah menjadi suatu perkara yg seolah2 tidak lagi boleh dielakkan.
 
Pernahkah anda mengira berapa jumlah keseluruhan wang yg harus diberi kepada pihak bank untuk pinjaman rumah selama 20 tahun? Anda sebenarnya akan membayar lebih kurang 3 kali ganda dari harga asal rumah sedangkan duit yg kita "pinjam" dari bank itu sebenarnya bukan milik bank ataupun mungkin tidak wujud sebelum perjanjian pinjaman ditandatangani. Disebabkan undang2 menyebelahi bank dan bank diberikan kuasa untuk "mencipta" duit inilah yg menyebabkan kehidupan manusia menjadi semakin hari semakin menjurus kearah kemusnahan.
 
Back
Top
Log in Register