balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Syed Othman (kanan) meluangkan masa bertemu keluarga yang baharu memeluk agama Islam, semalam
< 1 / 1 >
PASIR GUDANG - Sepasang suami isteri nekad memeluk agama Islam selepas bermimpi mendengar seruan daripada suara yang cukup tegas pada 5 April lalu.
Siti Khadijah Abdullah, 59, berkata, dia pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam kepada suaminya, Uthman Abdullah, 77, namun tiada kata putus sehingga dia mengalami mimpi aneh itu.
Selepas menceritakan mengenai mimpi yang dialaminya itu, katanya, suaminya langsung tidak membantah hasrat murninya itu, malah mengeluarkan tokong yang dibina di dalam rumah mereka.
“Saya bermimpi mandi dan terdengar ada satu suara lelaki yang cukup tegas memberitahu...Lu sudah masuk Islam.
“Sebaik terjaga saya kebingungan dan segera memberitahu suami. Alhamdulillah suami bersetuju dan dua hari kemudian kami berdua bersama cucu mengucap dua kalimah syahadah,” katanya yang ditemui di kediamannya di Taman Cendana, di sini.
Sementara itu, Uthman berkata, terdapat perbezaan apabila beliau memeluk agama Islam kerana menjadi lebih sihat dan segar.
Malah beliau juga gembira kerana dapat mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kata Uthman, cucunya, Muhammad Habibullah Abdullah, 14, sering berkongsi ilmu agama yang dipelajarinya di sekolah, selain menyertai kelas anjuran Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) setiap dua kali seminggu.
“Cucu banyak main peranan mengejutkan kami solat subuh dan bersahur untuk belajar berpuasa sunat kerana sejak kecil sudah biasa bergaul dengan kawan-kawan muslim.
“Saya rasa lebih tenang dan gembira diberikan sokongan oleh jiran-jiran yang beragama Islam selepas nekad membuat keputusan ini,” katanya.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan menyumbangkan al-Quran dalam bahasa Cina untuk memudahkan keluarga berkenaan belajar mengaji.
Menurutnya, cadangan turut dikemukakan kepada Jaij untuk menghantar guru agama wanita ke kelas di Taman Cendana memandangkan kemudahan itu hanya disediakan untuk lelaki sahaja.
“Dengan adanya ustazah wanita mungkin sesi pembelajaran untuk muallaf wanita lebih mudah mempelajari asas dalam Islam.
“Keluarga ini memang di bawah pemantauan kita sejak cucunya masih kecil sehingga menunjukkan minat yang begitu mendalam terhadap Islam,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/seruan-hidayah-dalam-mimpi-1.382633