BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan ke Makkah adalah pembohongan - Houthi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Serangan ke Makkah adalah pembohongan - Houthi​

3649078.webp

Gambar edaran yang dikeluarkan pada 15 September 2026 oleh Ansarullah Media Centre ini dilaporkan menunjukkan kenderaan tentera yang terbakar selepas menjadi sasaran serangan di wilayah al-Jawf.
Kumpulan Houthi kembali terlibat dalam pertempuran dengan pasukan kerajaan yang disokong Arab Saudi sejak perang saudara di Yaman kembali memuncak pada Julai lalu.


Sanaa, YAMAN– Seorang pegawai Houthi menafikan dakwaan pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi bahawa sebuah dron milik kumpulan itu telah dilancarkan ke arah Makkah.

Hazem al-Assad, yang merupakan anggota biro politik Houthi, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar dan hanya mengulangi tuduhan lama.

“Dakwaan bahawa Makkah menjadi sasaran adalah pembohongan yang sudah lama digunakan dan tidak lagi dipercayai ramai,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Terdahulu, Pertahanan udara Arab Saudi melaporkan telah memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi berhampiran Makkah.

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Malki berkata dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

Al-Malki menyifatkan insiden itu sebagai percubaan kedua Houthi untuk menyasarkan Makkah, merujuk kepada peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah bandar itu pada 27 Julai 2017.

Beliau berkata keselamatan Dua Masjid Suci dan jemaah merupakan garis merah, sambil berikrar bahawa pakatan itu akan mengambil langkah bagi menghalang serangan selanjutnya.

 
Dah lama dah dorang dok 'suntik' slow-slow.....boleh tengok pattern news dorang......tapi kan, manusia bebas memilih...kalau dorang pro syiah pun, itu hal dorang......cuma saya yang tak sealiran ni trigger la.....huhuhuhuhu

Aku kenal personally arwah yg owner karangkraf ni
Anak anak dia yg jaga karangkraf sekarang
Mana ada prosyiah
 
Pro syiah ni kena tengok pattern pemikiran.....bukan selapis....its need to peel off layer by layer.....and you will found them.

Sedap kau mengata
Kau tak kenal pun mereka
Kalau aku screenshot post kau hantar ke anak areah Hj Fickry boleh?
 
Back
Top
Log in Register