BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serang Polis Guna Rantai Gergaji

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
21.11.2020 - Kota Kinabalu, Seorang lelaki warga asing ditahan selepas menyerang anggota polis menggunakan rantai gergaji di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan Ops Poket terserempak dengan lelaki yang sedang menghidu gam.

Bagaimanapun sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, lelaki berusia 21 tahun terbabit terus memaki hamun dan mengugut membunuh pasukan polis berkenaan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek kemudiannya bertindak melibas rantai besi beberapa kali ke arah pasukan polis sebelum mereka menahan suspek daripada terus menyerang.

"Sebaik ditahan, pemeriksaan di badan suspek tidak menemui sebarang kesalahan lain dan lelaki itu tidak mempunyai dokumen diri yang sah. Turut dirampas rantai gergaji yang diubahsuai menjadi senjata," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, dalam kejadian berkenaan, seorang anggota polis cedera di kaki dan tangan kanan manakala suspek tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, suspek dan barang kes dibawa balik balai polis untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958," katanya.

Screenshot-3228.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/644339/serang-polis-guna-rantai-gergaji
 
entahlah sampai bila Sabah ni nak selesai masalah PATI.

Pulau Gaya, Telipok, Semporna, Tawau. ramai tau tu port2 PATI dan projek IC, tapi apakan daya ....
 
Back
Top
Log in Register