BTC USD 83,561.3 Gold USD 4,186.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

seramnya rumah aku..

bertuahnya awak..dah 18 keturunan saya cari hantu xjumpa2....why??

jgn dicari...sy x pernah cari...tp asyik kena jer..1st time kena time kecik lagi..time tue dlm kereta..ada hantu xder kepala naik motor himpit kereta kitorg..
 
try minta nombor kat dia tt..6d.pastu beli rm10.klau naik rm1juta.kemudian tt g beli rumah lain..
 
gambar/video takde ke tt?kalo ada sila letak 1st page..
 
aku tak pernah jumpa, tapi aku selali ketika tidur badan rasa dihempap, boleh kata dulu2 masa sekolah menengah,matrik dan universiti, dalam seminggu tu 4-5 hari berturut2 kena, sekali kena tu 10-15 min, kena pulak berturut2 3-5 kali badan kaku tak leh gerak,

aku tak tau la badan aku lumpuh sebentar ke atau aku ni mangsa rogol kaum bukan manusia. sadis2 . kalau rogol tak rasa apa2 pulak :D :D
 
hadiah fatihah dan doakan yg baik2 utk dia kuat2.
bila dia dengar mesti tangkap sayu.
nangis2 dia pergi nanti
 
copy dr thread sebelah.. moga membantu.. InsyaAllah

480924_326414020762454_257282447675612_794110_1081195615_n.jpg



TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
 
aku tak pernah jumpa, tapi aku selali ketika tidur badan rasa dihempap, boleh kata dulu2 masa sekolah menengah,matrik dan universiti, dalam seminggu tu 4-5 hari berturut2 kena, sekali kena tu 10-15 min, kena pulak berturut2 3-5 kali badan kaku tak leh gerak,

aku tak tau la badan aku lumpuh sebentar ke atau aku ni mangsa rogol kaum bukan manusia. sadis2 . kalau rogol tak rasa apa2 pulak :D :D

dasyat gak nie, nie tido baca doa makan ke apa..
 
Aku buat taska, jadi taska nih ikut ustaz2 mmg jin2 suka dok kat taska samada singgah atau nak menetap sebab nak main ngan budak2... bila rasa sebulan 2 takder org dtg tanya nak hantar anak kat taska, aku tahu musti menatang jin ada hinggap kat taska aku....

Jadi apa aku buat... aku download dan convert ayat fatihah bacaan 3 kali, ayat 3 kul bacaan 3 kali, ayat kursi bacaan 3 kali, ayat fuqyah, surah al baqarah, seribu dinar dan ayat murahkan rezeki...dan save masuk dalam pendrive, kalu radio kaa dvd player gakder slot pendrive, burn dalam cd, pasang tiap2 malam atau dan awal pagi.. pasang setiap hari dan gilah tidor....

Insyallah, menatang tuh akan lari lama kelamaan sebab bila sekali bleh tahan panas lagi, kalu setiap hari, kena cari rumah lain laa nampaknya...

Maybe tt bleh cuba..
 
aku rumah sdrik ms duk aprtment dl la..kcu dgn bunyi2..sejak pindah rumah lain..takat ni takde lg..

tp klu aku g umah arwah nenek bini aku..mcm2 hal aku jmp..plg extreme pocong..ingtkan bnd tu rekaan,,,rupenye wujud bnd ni ye..depan mata
 
Pastuh ada ustaz ajar kalu rumah dimasuki toyol selalu curi duit...

Biasa toyol takkan masuk rumah sesuka hati mencuri rumah ikut suka dia masuk rumah mana kecuali tuan toyol meninggalkan tanda kat rumah tersebut supaya toyol pegi mencuri rumah tersebut... contoh kenduri kawin, bila malam kita mengira duit sumbangan org yg datang majlis ada sedekah 1 sen kaa, 5 sen kaa.. 10 sen.. maka jaga2 laa malam tuh toyol akan datang mencuri duit sumbang tuh... maka apa perlu buat.. cucuk duit sumbang tuh dengan jarum peniti banyak, ikat dan letak dalam surah yassin dan diiluar duit letak kacang hijau bagi toyol tuh main sampai leka...pastuh duit syiling tuh buang jauh2 dari rumah....
 
Back
Top
Log in Register