PenglipurLara
Fun Poster
- Messages
- 681
- Joined
- Jan 14, 2025
- Messages
- 681
- Reaction score
- 29
- Points
- 30
Mula-mula benda kecil-kecil je. Makanan tiba-tiba hilang. Suis lampu pulak elok bersusun tapi aku sure sangat aku tak sentuh pun semua tu. Aku sorang je duduk kat apartment studio ni, so aku just anggap letih kerja atau pelupa. Tapi bukan setakat tu je...
Satu malam tu, tengah syok tidur, tiba-tiba terjaga sebab dengar bunyi air. Air kat bilik mandi tengah mengalir der... kuat gila pulak tu. Aku memang tak bangun pun dan pintu pun aku kunci setiap malam, so macam mana benda ni boleh jadi?
Satu lagi kejadian pelik, panel siling kat atas dapur aku tiba-tiba bergerak… renggang sikit. Aku pun dah cuak dah, rasa macam ada something fishy kat situ. Jadi, aku decide pasang kamera phone, letak facing dapur masa aku keluar kerja. Bila balik je rumah, aku cek balik rakaman tu... masa awal rakaman macam clear je, takde apa-apa. Tapi last minute tu...
Satu tangan putih pucat perlahan-lahan keluar dari celah panel tu, amik sebiji apple dari mangkuk buah, lepas tu tangan tu naik balik ke atas. Macam dah biasa je buat macam ni banyak kali.
Lepas tengok tu, terus aku panggil polis. Diorang datang, buat inspection kat rumah aku. Rupanya kat crawl space atas tu ada tilam kecik, pembalut makanan dan baju-baju. Serius, ada orang dok sangkut kat atas tu selama berminggu-minggu dah… mengendap aku, tunggu masa. Ngeri weh! Tak sangka rumah elok je nampak, rupanya ada orang dok skodeng kat ceiling. Takleh nak terus duduk situ lepas kejadian ni.