***Thread akan dikemaskini dari semasa ke semasa bila sempat.***
“Dia Bukan Pesakit” Lokasi: Hospital Lama Ipoh
Tahun: 1998
Entiti: Entiti tak dikenalpasti / Jelmaan pesakit / Doppelganger?
“Aku merupakan seorang jururawat pelatih pada masa tu. Aku nampak dia setiap malam: Seorang perempuan tua duduk atas katil Wad 6, katil nombor 3. Baju hospital lusuh, rambut beruban, tangan bertulang. Tapi pelik… bila aku semak rekod wad, katil tu kosong. Takde pesakit. Bila ditanya pada rakan sekerja yang lain, mereka kata tak pernah lihat dan tak pernah ada pesakit tersebut.”
Hospital lama dekat Ipoh ni pernah dijadikan lokasi penggambaran beberapa drama seram sebab sejarahnya yang ‘gelap’. Cerita ni datang dari seorang jururawat yang trauma sampai berhenti kerja.
Pada setiap malam, beliau akan nampak perempuan tua yang sama — tapi dia tak pernah bercakap. Hanya tunduk pandang ke lantai.
Akhirnya pada satu malam ketika menjalankan rondaan rutin dari wad ke wad seperti biasa, dia tiba di Wad 6 tersebut. Dilihatnya perempuan tua itu tetap berada di situ seperti malam-malam sebelumnya.
Dia beranikan diri untuk tegur… perempuan tua tu akhirnya perlahan-lahan mengangkatkan mukanya memandang ke arah jururawat tersebut… matanya kosong, dan wajahnya… berubah perlahan-lahan menjadi seperti wajah jururawat tu sendiri.
Dia serta-merta pengsan di situ juga pada malam tu. Keesokan harinya, keadaan jadi kecoh. Dia meracau dan demam seminggu selepas itu dan kemudiannya minta berpindah tugas ke wad lain.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
Lokasi: Sebuah hospital awam, utara Semenanjung. Sumber: Kisah sebenar seorang jururawat pelatih (diterbitkan semula di blog perubatan tempatan, 2018)
Siti, seorang jururawat pelatih, baru sahaja memulakan sesi klinikal malam di sebuah hospital besar. Malam itu, dia ditugaskan di Wad 7, tempat pesakit lelaki warga emas dirawat — majoritinya penghidap penyakit kronik, ada yang nyanyuk, ada juga yang hanya tinggal menunggu masa.
Sekitar jam 2 pagi, Siti sedang buat pusingan untuk semak bacaan mesin pesakit. Suasana sepi, hanya bunyi alat pernafasan dan dentingan jarum jam menemani.
Tiba-tiba, dari hujung katil pesakit nombor 5 — ada seorang pakcik sedang duduk termenung ke luar jendela.
Disebabkan dia tak pernah lihat muka pakcik tu sebelum ni, Siti bertanya lembut:
“Pakcik... tak boleh tidur ke? Kenapa duduk situ?”
Lelaki tu senyum samar, mata masih tak lepas dari tingkap.
“Cucu aku janji nak datang tengok esok. Aku tunggu dia…”
“Baiklah pakcik, tapi pakcik jangan lambat tidur ya, pakcik kena rehat,” pesan Siti sambil senyum lembut, pakcik itu hanya diam sambil menganggukkan kepalanya. Siti pun berlalu pergi untuk ke wad seterusnya.
Dalam hatinya rasa sayu dengan jawapan dan harapan pakcik tadi, tapi peliknya... baru dia teringat… katil nombor 5 sepatutnya kosong — pesakitnya baru sahaja meninggal dunia petang semalam. Pesakit tersebut hanya terbaring sepanjang masa dan bergantung sepenuhnya pada alat pernafasan. Patutlah dia sukar mengecam wajah pakcik itu.
Dia periksa semula rekod — memang sah, tiada siapa sepatutnya di situ. Bila dia pusing semula ke arah lelaki tua tadi... dah tak ada sesiapa di situ.
Cuma bantal masih berlekuk, seperti masih ada atau baru lepas ada orang baring di atasnya. Siti terus rasa meremang dan cepat-cepat pergi dari situ. Dia ceritakan kejadian malam itu pada rakan setugas esok harinya.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
Aku pernah jadi sukarelawan untuk satu NGO perubatan kecil pada tahun 2014. Waktu tu kami buat kerja dokumentasi dan pemberian bantuan asas kepada gelandangan sekitar Ipoh.
Satu hari, kami dapat maklumat ada sekumpulan orang yang menumpang tinggal dalam bangunan Hospital Lama Ipoh—bangunan kolonial yang dah terbiar sejak 1990-an.
Kami pun setuju nak pergi lepas kerja. Maknanya misi tu kami buat pada waktu malam lah.
Kami datang bertiga. Aku, Zaki (videographer), dan Maznah (nurse volunteer). Masuk ikut pagar belakang yang dah tumbang.
Bangunan tu sunyi je dari luar.
Angin pun tak ada. Tapi dedaunan atas lantai bangunan bergerak-gerak, macam ada sesuatu yang berjalan memijaknya, tapi tak kelihatan dek pandangan mata.
Zaki, si confident tak tahu takut tu, mula buka kamera:
“Okay, kita buat b-roll dulu. Lepas tu baru bagi supplies.”
Aku angguk je. Tapi masa lalu satu lorong panjang, aku rasa... macam ramai orang tengok.
Kami masuk satu wad lama. Tingkap tinggi, cat dah mengelupas dan ada katil-katil besi yang cuma tinggal kerangka je. Maznah bagitau:
“Kat bilik hujung ni ada gelandangan yang duduk,” sambil tunjuk ke arah Bilik 3.
Tapi bila sampai depan bilik, kami tengok kosong aje. Takde orang pun. Tapi atas katil kemas dan kelihatan sehelai selimut yang dilipat seseorang. Seperti katil itu digunakan tapi penghuninya entah ke mana.
Kami pun mula memanggil-manggil:
“Helo? Ada sesiapa kat sini tak?” Namun tiada sahutan.
Zaki ambik gambar.
Tiba-tiba... flash kamera menyala sendiri walaupun dia belum tekan. Bila dia tengok hasil gambar tu... ada satu benda kabur. Tinggi. Kurus. Berdiri tegak tepi katil.
“Azura, Maznah, korang tengok ni. Benda ni... macam tengok kita balik,” Zaki terus tunjuk gambar tu kat kami.
“Apa benda ni?” tanya aku. Zaki hanya mengangkat bahu tanda tak tau.
“Dahlah, aku rasa memang takde orang kat sini pun. Jom kita gerak keluar dari bilik ni. Aku rasa tak sedap hatilah,” suara aku perlahan macam berbisik. Kami semua segera bergegas keluar dari situ.
Masa nak keluar dari bangunan tersebut, kami terserempak dengan seorang pakcik tua yang sedang duduk atas bangku bawah tangga.
Kami pun menegur dia, “Pakcik tinggal kat dalam bangunan ni juga ke?”
Dia mengangguk perlahan, tapi tak pandang kami.
“Bilik tiga tu... tak elok masuk waktu malam.” Kata pakcik tu.
“Kenapa pulak pakcik?” tanya aku balik.
“Tingkat tu pernah jadi wad sakit jiwa sementara. Dulu... bilik tu untuk pesakit paling suka buat bising. Dia suka menjerit tiba-tiba bila tiba waktu malam. Tapi satu malam tu, dia senyap saja. Nurse pun peliklah juga, jadi diorang pergi check... rupa-rupayan orang tu dah mati. Tapi tiap malam lepas tu, suara jeritan dia masih kedengaran dari bilik tu. Sejak tu bilik tu dibiarkan terus kosong tanpa ada pesakit lain kat situ”
“Masih boleh dengar suara dia menjerit?” tanya aku.
“Ye, masih,” dia jawab. “Kadang-kadang lebih kuat dari dulu. Dan dia sangat tak suka orang ganggu katil dia.”
Zaki terdiam. Tangan dia menggigil. Dia tunjuk kamera:
“Gambar ni... korang tengok ni… Dalam frame baru ni... benda tu dah duduk atas katil pulak.”
Kami tinggalkan saja semua provisions yang dibawa pada pakcik tu sebab dah tak sanggup nak tunggu lama-lama lagi kat dalam bangunan hospital tu.
Kami terus keluar. Tapi masa aku jalan belakang Zaki dan Maznah, aku dengar ada bunyi tapak kaki seseorang kat belakang aku. Laju, seolah-olah sedang mengejar kami. Bila aku beranikan diri toleh ke belakang – dahla takde sesiapa pun, malah bunyi tu tiba-tiba berhenti. Meremang habis bulu tengkuk aku.
Aku teriak dan gesa Zaki dan Maznah untuk terus lari keluar ke kereta. Bila kami sampai kat kereta, aku toleh ke belakang sekali lagi nak pastikan takde apa yang ikut kitorang dan automatik terpandang tingkap kat Bilik 3. Ada tangan kat cermin tingkap, lepas tu ia bergoyang perlahan-lahan. Macam lambai selamat tinggal.
Zaki berhenti buat kerja video lepas tu. Kamera dia—rosak total, kad SD hangus walaupun tak terbakar.
Aku simpan satu salinan gambar yang dia pernah WhatsApp. Tapi pelik… gambar tu selalu hilang sendiri dari phone. Aku letak balik dalam galeri, besoknya hilang lagi.
Dan Maznah?
Dia kata malam tu, masa tidur, dia terdengar suara jeritan. Walaupun rupanya cuma dalam mimpi je, tapi dia kata seolah-olah macam ada kat sebelah telinga dia.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan media-media sosial dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.