balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LIPIS: Gara-gara percaya dirinya terkena buatan orang, seorang warga emas kerugian RM10,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua lelaki yang mengaku sebagai dukun di Pasar Bunga Cengkih di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun bersama adik iparnya ditegur dua lelaki berpura-pura mahu bertanya arah kedai buku dan tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menunjukkan kedai dimaksudkan.
Dua lelaki mengaku dukun terkenal itu mendakwa mangsa terkena buatan orang dan warga emas itu yang menghidap sejenis penyakit kulit sejak beberapa bulan lalu percaya dengan kata-kata mereka.
Mereka bersedia mengubatnya dengan syarat warga emas itu perlu menanggalkan semua barang kemas dipakainya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa menanggalkan tiga gelang tangan, empat cincin serta satu rantai leher dipakainya dan menyerahkan kepada dua lelaki itu.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serahemas_dapatbatu/Article/index_html