BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seragam kupon bayaran parkir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Cheng Hau menunjukkan memorandum yang dihantar ke Pejabat Menteri Besar mengenai penggunaan kupon bayaran parkir.
SKUDAI - Kerajaan negeri disarankan menyeragamkan penggunaan kupon bayaran parkir di seluruh negeri ini bagi memudahkan orang ramai.

Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau berkata, perbezaan kupon mengikut zon pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya menyulitkan orang ramai, khususnya apabila mereka pergi ke daerah berlainan.

Menurutnya, apabila ke luar daerah, pengguna terpaksa mencari kupon berlainan bagi mengelakkan dikenakan kompaun jika tidak memaparkan kupon di kawasan parkir tertentu.

“Saya juga mendapat rungutan orang ramai memaklumkan penggunaan kupon berbeza hanya menyusahkan mereka.

“Sebagai contoh, jika mereka tinggal di Johor Bahru dan mahu ke daerah lain, mereka terpaksa mencari kupon berlainan, jika tidak mereka akan berdepan risiko dikompaun.

“Oleh kerana pungutan bayaran parkir di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, saya cadangkan ia diseragamkan iaitu menggunakan sistem bayaran dan kupon sama di seluruh Johor,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Hau berkata, pihaknya telah menghantar memorandum bantahan kepada Pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan.

Memorandum berkenaan adalah berkaitan cadangan seragamkan penggunaan kupon di seluruh Johor.

Selain itu, Cheng Hau turut meminta kerajaan negeri menyelesaikan kupon lama di bawah Zon B yang telah dihapuskan bermula 1 April lalu, masih boleh digunakan sehingga tarikh luput.

“Kupon lama tidak sepatutnya dihapuskan tanpa diberi gantian yang munasabah sebelum melantik ejen baharu yang menguruskan dan menjual kupon kepada orang ramai.

“PBT sepatutnya membeli semula kupon lama yang telah dihapuskan dan masih belum sampai tarikh luput.

"Ini kerana ramai peniaga bakal menanggung kerugian kerana ada antara mereka masih mempunyai stok kupon yang agak banyak,” katanya.
 
Lain daerah, lain pengurusan auditnya. Mana boleh nak sama semua daerah seluruh negeri pakai kupon parkir yang sama.
 
Back
Top
Log in Register