BTC USD 83,098.5 Gold USD 4,190.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

itu sikit je berbanding dengan projet mega..
 
kalau tak tipo...bukang amno namanya.
 
RM 25 perhead ni, rasa tutoh makan KFC snack plate kot. tgh hari dan malam. =D
 
aku pun nak join bersih lah cam ni. nanti kena tangkap dapat makan sedap2. huhuhuhu
 
Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

sape dpt tender katering makanan ni syokkkk, masyukkkkk... rm25 tue sorang...agak2 sape yg dpt ek...
 
ermmmm..tahanan dpt makan pun salah....xyah bagi mkn jer sng..lg bagus.....tahan biar kebulur....tpi nnti jdi isu gak....tahanan xdpt layanan plak....huhuhuhuh
 
RM25 sekepala?

Diorang makan apa? Sorang dapat sebijik pizza hut ke? Ke fish and chips chili's? Ke nasi briyani bukhara+kambing+udang harimau? Ke big mac large 2 sets?

Ke tahanan dapat makan breakfast+lunch+dinner? Aku rasa takde pun yang kena tahan sampai malam.

edit - aku tengok kat berita menu yang disediakan ialah nasi minyak, nasi beriyani, mee goreng, mihun goreng dan air.
 
Last edited:
tengok dlm gambar kem tahanan tu..nasi ngan ayam goreng ja..kuah diaorg cakap x sedap..itu pon rm 24..gila ke apa..lepas mengungkit tulis dalam berita..apa punya keraajan la..nampak sangat buat kerja x ikhlas..
 
Back
Top
Log in Register