Toxic2010
Legendary Member

- Messages
- 11,012
- Joined
- Jun 3, 2010
- Messages
- 11,012
- Reaction score
- 335
- Points
- 131
itu sikit je berbanding dengan projet mega..
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.
Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.
Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.
emangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.
“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.
Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.
Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.
Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

aku pun nak join bersih lah cam ni. nanti kena tangkap dapat makan sedap2. huhuhuhu


RM 25 perhead ni, rasa tutoh makan KFC snack plate kot. tgh hari dan malam. =D