BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

DEMO BERSIH BUKAN MERUGIKAN KERAJAAN TAPI MENGUNTUNGKAN KRONI2 PUAK KERAJAAN..

1)TENDER MAKANAN
2)TENDER BAIK PULIH BILA ADA KEROSAKAN
3)TENDER BEKALKAN UBAT-UBATAN

..APA2 AJE ..YANG BERGUNA & MENGUNTUNGKAN..:)paid
 
habis la.... nampak gaya tak de lagi la bonus tahun ni... duit dah habis :(
 
klu nak menipu sekalipun biarlah berpada2. Tidak logik langsung 2 kepak ayam goreng + nasi kosong = rm25
 
duit byk tu nk ungkit..... duit yg kite belanja utk banduan2 seluruh negara tu camne??? yg tu tetiap taun kuar duit... yg ni sekali sekala jek.. tu pun nk ungkit... dh bg... bg jek la.. xyah ungkit2... huh..
 
bukti bergambar... makanan yg dikatakan rm25

attachment.php


attachment.php


rujuk sini ---> http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10062966&postcount=4244
 
Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.


pergh.... makan ape dieorg ni???
 
klu nak menipu sekalipun biarlah berpada2. Tidak logik langsung 2 kepak ayam goreng + nasi kosong = rm25

Tak abih2 lagi diorang nak menipu.... adoii... letih tul Malaikat sebelah kiri nak mencatitnyer...banyak sangat notepad nak kena pakai.... :((
 
Back
Top
Log in Register