BTC USD 83,975.5 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan .

Tajuk thread awak Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan, isi cerita hidangan atau buffet. Kenapalah diputarbelit begitu sekali TT?
 
Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

Boleh lagi ambil kesempatan buat duit...

Kata Demo ni merugikan peniaga... ~X(
 
Dah ada dalam thread bersih 2.0 ni. Aku post kelmarin. Siap ada menu lagi.


Polis Bersikap Timbang Rasa, Profesional Terhadap Tahanan Perhimpunan Haram



KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Walaupun tegas dalam menguatkuasakan undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional dan bertimbang rasa dalam memberikan layanan kepada mereka yang ditahan dalam perhimpunan haram semalam.

Sepanjang mereka ditahan sehingga dilepaskan pada kira-kira 11.30 malam semalam, polis memberikan layanan baik termasuk menyediakan kemudahan makanan dan bantuan perubatan.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

"Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Ahad.

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.



"Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

"Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam" katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

"Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan.

"Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya.


mh_03.1.jpg
 
satu kepala rm25 nie buffet ap mcm nie? mahalnye..same harge buffet mmknn korea n japan jer #:-S
 
Lain kali kalau ada BERSIH lagi leh le join. Dapat makan free tu. RM25 mau lauk kambing ngan ayam belanda tu...
 
dapat dari forum sebelah :

Ana tak pasti untuk makan lunch...sebab ana ditahan dan dihantar ke Pulapol pun dah dekat jam 5 ptg...

Menu utk dinner yg sempat dijamah - Jam 6 petang lebih kurang:

1) Nasi putih
2) Sayur kobis goreng
3) Ketulan ayam goreng - tak le besau tapak tangan...besar 2 setengah jari jer
4) Kuah Kari ada sayur sikit2...isi tak de
5) Air sirap...

Tambahan...
6) Ikan goreng...sebab ayam goreng dah habis!

amacam? korang rasa cecah RM25 sepinggan tak? :p
 
Rm25 sekepale? huhuhu saper yg dpt tender nih... keje nak menipu jek
 
Back
Top
Log in Register