ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Penyerang Sepanyol, Gerard Deulofeu (tengah) melepaskan rembatan kencang pada perlawanan pembukaan Piala Dunia B-20 menentang Amerika Syarikat di Turki, awal pagi semalam.
SEPANYOL memulakan kempen Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) dengan bergaya apabila mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 4-1 di Istanbul, awal pagi semalam.
Keputusan itu sekali gus meletakkan Sepanyol di tangga teratas Kumpulan A dan diramal muncul juara untuk edisi kali ini.
Jese Rodriguez dan Gerard Deulofeu masing-masing menyumbang dua gol buat Sepanyol manakala AS mendapat gol sagu hati menerusi Luis Gil.
Perancis yang turut diundi dalam Kumpulan A turut melakar kemenangan 3-1 ke atas Ghana.