KELANTAN TUNDUKKAN PULAU PINANG
Kelantan berjaya menewaskan Pulau Pinang dalam aksi pembukaan kejohanan menerusi aksi terpuji regu ke 3, dengan raih kemenangan straight sets sekaligus mengecewakan skuad pulau mutiara
Regu pertama Kelantan yang dibarisi Hisyam Mat, Yuslee Yusof dan Malek Faqimi bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang
Skuad Pulau Mutiara itu mempamer aksi cemerlang untuk menidakkan Kelantan yang gagal menyaingi regu pertama mereka apabila tewas 13-21
Perlawanan semakin sengit di set kedua dengan Kelantan bangkit untuk menyamakan kedudukan, mengikat deus dan kemudiannya meraih kemenangan 23-21. Tidak menoleh ke belakang, Kelantan terus garang memenangi set penentuan 21-16
Regu kedua Pulau Pinang bagaimanapun berjaya cipta impak apabila tidak memberikan ruang buat Kelantan. bergu yang di barisi Saidi Izwan, Wan Anas dan Zaim Razali menang staright sets 21-14, 21-12 untuk mengikat kedudukan 1-1
Set penentuan menyaksikan saingan sengit antara regu ketiga Kelantan dan Pulau Pinang. Kelantan yang dibarisi Sulaiman Salleh, Aiman Faozi dan Saufi Salleh berjaya raih kemenangan staright sets 21 - 17, 21 - 15 untuk Kelantan mengatasi Pulau Pinang 2-1
Lain-lain perlawanan menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia berjaya menewaskan Terengganu 2-1 manakala aksi antara Kedah dan Johor berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kedah
Kepada peminat sukan tanahair, jangan lupa saksikan secara langsung perlawnan antara Melaka dan ATM dlam aksi peringkat Kumpulan A Kejohanan Sepaktakraw GP Kebangsaan
Siaran bermula jam 8 malam di Astro Arena