BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

Johor tigris ni mcm yoyo. Aku suka tgk kalau ada killer yg selalu gulung bola. Bab lipat2 ni aku x minat tgk.

Prestasi menurun mggu ni..

Smlm lawan melaka pun 3 set baru mng

Padahal bole je straigh set...saje buat susoh
 
69624339_1352710511578474_2318872853363032064_n.jpg

​
Jadual perlawanan minggu pembukaan #STL2019 . 10 perlawanan untuk Liga Premier. Jom semua serbu Stadium MABA, Kuala Lumpur minggu ini.
#STL2019 #INIMILIKKITA
 


Kedudukan STL Division 1 selepas tamat minggu kedua. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk menentukan siapakah JUARA untuk musim ini. Harini, 19 September akan berlangsung lagi 5 perlawanan di Stadium MABA, KL bermula jam 10am. Saksikan Live Streaming perlawanan ini semua di @stadium.astro
#STL2019 #INIMILIKKITA
 


Meskipun tertewas harini, Terengganu telah memberikan saingan yang sengit sehingga mengheret perlawanan ke set yang ketiga sebelum membenarkan Johor membawa pulang kemenangan.
#STL2019 #INIMILIKKITA @ MABA Stadium
 


Lebur jua akhirnya rekod tanpa kalah ATM harini di tangan juara bertahan STL, Penang Black Panthers. Hanya dua set saja yang diperlukan Penang untuk meleburkan rekod ATM.
#STL2019 #INIMILIKKITA @ MABA Stadium
 


Selangor menewaskan PSM Mavericks dalam perlawanan pertama STL Division 1 harini tadi dengan 12-21, 21-5 dan 21-17. Memastikan kemenangan keenam mereka bagi terus memberi tekanan buat pasukan lain untuk merebut kedudukan 2 teratas liga dengan berbaki 1 perlawanan.
#STL2019 #INIMILIKKITA @ MABA Stadium
 


Pahang Mammoth berjaya mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan keenam mereka dengan berbaki 1 perlawanan. Pahang menewaskan Putrajaya tadi. Walaupun tertewas, Putrajaya sudah memastikan kejuaraan STL Division 1 milik mereka! Pahang menang tadi dengan 19-21, 25-24 dan 22-20
#STL2019 #INIMILIKKITA @ MABA Stadium
 


Kedua-dua pasukan turun dengan rekod tanpa satu kemenangan dalam musim 2019. Nasib akhirnya menyebelahi Perlis harini apabila mereka mengutip kemenangan pertama mereka menewaskan Sarawak dengan 21-14 dan 21-16
#STL2019 #INIMILIKKITA @ MABA Stadium
 
Back
Top
Log in Register