BTC USD 81,209.6 Gold USD 4,157.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

PSM Tubuh 20 Jawatankuasa Pembangunan Kenal Pasti Bakat Baharu

GEORGE TOWN, 27 Okt - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menubuhkan 20 jawatankuasa pembangunan bagi mengenal pasti bakat baharu di peringkat akar umbi yang berpotensi diserap ke dalam skuad utama.

Presidennya Datuk Ahmad Ismail berkata jawatankuasa itu akan bergerak ke institusi pengajian tinggi serta 117 sekolah yang mempunyai pasukan sepak takraw di seluruh negara dan berhubung terus dengan persatuan sepak takraw peringkat negeri.

"Sebelum ini, sistem PSM tidak membenarkan kami masuk campur urusan negeri, tetapi dalam mesyuarat baru-baru ini, saya telah diberi mandat oleh majlis tertinggi untuk bersama-sama jawatankuasa baharu ini merangka pelbagai program pembangunan di peringkat negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang di sini pada Ahad malam.

Beliau berkata rombakan dasar PSM itu dilihat bertepatan dengan penganjuran julung kali Liga Sepak Takraw (STL) yang akan berlangsung di Terengganu bulan depan sebagai platform melahirkan pemain pelapis berwibawa.

Kejohanan itu akan dijadikan kempen prakelayakan menyaksikan pertembungan 128 regu yang akan bersaing di tiga zon lagi selepas itu iaitu Kedah, Johor dan Melaka sebelum aksi final di Kuala Lumpur, Januari depan.

Mengenai Bajet 2015 yang menyediakan sejumlah peruntukan untuk pembangunan sukan itu Ahmad berkata keutamaan pelaburan akan diberi kepada penganjuran program yang akan menggilap bakat pelapis di samping pembelian mesin melontar untuk membantu latihan atlet.

"Ini kali pertama sepak takraw menjadi perhatian dalam Bajet dan insya-Allah kami akan manfaatkan untuk melaksanakan program-program PSM selepas ini," katanya.
 
tak lama lagi ada liga takrow....

moga ada kemajuan.....
 
sapa2 area sg buloh yg nak main takraw..bole la kita buat group..servis ngan lipat kuda bunting pun takpe..hahaha
 
geng2 keramat takde ke......tempat ayahanda teman main dgn geng2 mara....

apa pun minggu ni layan belah2 Utara.....jom kuda...
 
Back
Top
Log in Register