BTC USD 82,806.5 Gold USD 4,116.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

aik....game kt bangi ke ukm?....huhuhu sbb aku dpt borang game kt bangi....xtau la ukm ke bangi kampong2 punye....huhuhuh
 
aik....game kt bangi ke ukm?....huhuhu sbb aku dpt borang game kt bangi....xtau la ukm ke bangi kampong2 punye....huhuhuh

member kate UKM. tatau ler tmpt same ke...
aku tk tgk tempat lagi...
tapi yg aku tau mmber ak cakap....30 team jer main...
 
kat putrajaya kat presint 9 ada men tiap2 ptg...
presint 18 pon ada...
smlm baru tau...
petang ni g main...hehehe...
gian geng...

errmm lama tak main takraw. Dgr citer kat bomba putrajaya tu ada gak main. Cuba cari budak nama napi budak keje JPM dulu dia apit kanan utk GP Perak sama UPM. Dia kene ACL (mcm sy gak lutut out of servis). Bro ajak la dia bagus dia main ari tu jumpa dgr main jadi apit kiri skg. Sy dalam proses rehat ada gak geng2 PKNS (Lan milo), Helang Putih ( bekas2 player MPPJ) ajak main main semula hehehe tapi kene rehat setahun dua dulu:)cgrock
 
kat melaka ni dulu aku slalu main kat warung alternatif...
 
errmm lama tak main takraw. Dgr citer kat bomba putrajaya tu ada gak main. Cuba cari budak nama napi budak keje JPM dulu dia apit kanan utk GP Perak sama UPM. Dia kene ACL (mcm sy gak lutut out of servis). Bro ajak la dia bagus dia main ari tu jumpa dgr main jadi apit kiri skg. Sy dalam proses rehat ada gak geng2 PKNS (Lan milo), Helang Putih ( bekas2 player MPPJ) ajak main main semula hehehe tapi kene rehat setahun dua dulu:)cgrock

napi?aku ada main gak ngan dia ptg2 kalau aku blk awal....
dia kenal ler aku...
 
sape tau dewan or tmpat main takraw memalam (ada lampu la hehe)
area keramat/w.maju/setapak/gombak atau area2 yg berdekatan

dewan ttwangsa tu fully booked plok febuari nie...
 
Sepak takraw: Malaysia tampil gagah libas Thailand

CHIANG MAI - Siapa kata skuad sepak takraw Malaysia tidak mampu menewaskan Thailand?

Ternyata ia merupakan suatu tanggapan yang perlu dibuang jauh sama sekali.

Semalam, skuad sepak takraw Malaysia beraksi cemerlang untuk menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final acara regu pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-15 di Gimanasium Maejo University.

Sekalipun Thailand sekadar membariskan pemain skuad kedua negara mereka, pujian seharusnya diberikan ke atas regu Malaysia yang dibarisi Ahmad Sufi Mohammed Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam yang tampil dengan aksi penuh bertenaga sepanjang tempoh sejam setengah beraksi.

Pada aksi tersebut, skuad negara menang straight set 21-14, 21-19.

Pengurus skuad sepak takraw negara, Salim Mohd. Yusof ternyata merupakan individu yang paling bangga dengan kejayaan yang dilakarkan anak-anak buahnya itu.

Bagi Salim, ia petanda positif buat sukan sepak takraw tanah air memandangkan sudah lama Malaysia tidak mencatatkan kemenangan ke atas negara Gajah Putih itu.

"Kejayaan ini menandakan kebangkitan skuad sepak takraw negara memandangkan dibarisi oleh barisan pemain elit yang turut beraksi pada temaysa Sukan Asia di Guangzhou, China bulan lalu.

"Memang sasaran kami (skuad sepak takraw negara) adalah untuk membawa pulang satu pingat emas tetapi kami akan cuba yang terbaik untuk mengulanginya dalam acara berpasukan yang akan bermula Selasa ini," jelas Salim.

Mengimbas kembali laluan skuad sepak takraw negara dalam acara regu pada temasya AUG kali ini, kemenangan pertama mereka dicatatkan ketika menentang Indonesia 2-0.

Aksi cemerlang tersebut apabila menang 2-0 ke atas Loas sebelum tewas ditangan Thailand 1-2.

Begitupun, regu negara kembali bangkit apabila membenam cabaran Myanmar 2-0 untuk membolehkan mereka mengakhiri saingan yang dijalankan secara liga sepusingan itu ditangga kedua dengan mengumpul 9 mata.

"Kami sebenarnya tidak mahu membuang tenaga pada aksi awal pertemuan dengan Thailand kerana kami tahu laluan kami untuk ke final adalah cerah.

"Namun, selepas kami berjaya beraksi di final, barulah kami mempamerkan persembahan terbaik kami dan syukur akhirnya kami berjaya juga menang ke atas Thailand.

"Ia semua berkat kerja keras kami kerana pada waktu itu kami hanya memikirkan untuk menggunakan seluruh tenaga yang kami ada," kata Norshahruddin yang merupakan apit kanan skuad sepak takraw negara.

Sementara itu, Indonesia meraih gangsa setelah menewaskan Myanmar 21-16, 21-10.
 
Back
Top
Log in Register