BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sentuhan puteri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
wk_08.1.jpg

Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) bermesra bersama anak-anak yatim yang hadir sambil diperhatikan oleh Aubry Rahim Mennesson (dua dari kiri) pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin.

Di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, nasib golongan yang kurang berkemampuan bukan sahaja mendapat perhatian dan simpati pihak kerajaan dan sektor swasta tetapi juga pihak istana.

Kelmarin, puteri sulung Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, orang kurang upaya dan Orang Asli di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan (PBSM) di Kuala Lumpur.

Bendahari Kehormat PBSM Kebangsaan, Fatimah Sulaiman menyifatkan majlis itu sebagai sangat istimewa kerana buat pertama kalinya Tengku Zatashah yang juga Penasihat PBSM cawangan Selangor menghadirinya.

Tengku Zatashah turut menyampaikan pelbagai barangan keperluan kepada wakil-wakil rumah kebajikan di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Turut hadir suami Tengku Zatashah, Aubry Rahim Mennesson dan Pengerusi PBSM cawangan Gombak, Datuk Saidin Thamby.
 
kalo la dia yg sentuh aku
 
terkesima aku tgk puteri ni
mahu aku carik kat fesbuk ni
kot2 ade plak:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register