BTC USD 84,563.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sentiasa Tak Cukup

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
Alkisah, seorang petani menemui sebuah mata air ajaib. Mata air itu boleh mengeluarkan kepingan wang emas yang tak terhingga banyaknya. Mata air itu boleh membuat si petani menjadi kaya raya seberapapun yang diinginkannya, sebab mata air wang emas itu hanya akan berhenti bila si petani mengucapkan perkataan “cukup”. Seketika si petani terpana melihat kepingan wang emas berjatuhan di depan matanya.

Diambilnya beberapa baldi untuk menampung wang percuma itu. Setelah semuanya penuh, dibawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran wang terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh rumahnya.

Masih kurang! Dia menggali sebuah lubang besar untuk menimbun emasnya. Belum cukup, dia membiarkan mata air itu terus mengalirkan wang emas hingga akhirnya petani itu mati tertimbus bersama ketamakannya kerana dia tak pernah boleh berkata cukup.

Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.

Peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target. Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati.

Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup bukanlah pasal berapa jumlahnya. Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur. Tak perlu takut berkata cukup.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” jangan diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar berperkataan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia.

Belajarlah untuk mengucapkan perkataan “Cukup” .
 
cukup tu elakkan dari tamak...
selagi rase tak cukup selagi itu kita nak buat ajer...
 
ye..kita slalu pertikaikan apa yg kita xde ..sedangkan kita xnmpak apa yg kita ada yg org lain xmiliki . bersyukurlah :)
 
dalam maksudnya tu....

apabila dlm akal dan hati bertuhankan dunia manusia takakan pernah penat mengejar dunia.
hari ini, kaum wanita berlomba2 untuk bekerja dlm mcm2 bidang. termasuk komando tentera... pemandu bas, bancuh simen dll...

kerana suami bagi "tak cukup"!!
 
sistem ekonomi kapitalis (hari ini dunia dipuncaknya) adalah berlandaskan fitrah manusia iaitu "keinginan"

keinginan apabila dibesar2 kan akan melahirkan industri membuat bahan2 keinginan. kereta, mainan kanak2, pakaian, rim kereta, alat solek, gajet2 dlll...
 
dalam maksudnya tu....

apabila dlm akal dan hati bertuhankan dunia manusia takakan pernah penat mengejar dunia.
hari ini, kaum wanita berlomba2 untuk bekerja dlm mcm2 bidang. termasuk komando tentera... pemandu bas, bancuh simen dll...

kerana suami bagi "tak cukup"!!

:-?:-?:-?
term dlm bilik ke luar bilik?..
 
Back
Top
Log in Register