BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sensitif bunyi tangisan, lelaki tampar budak perempuan 4 tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Sensitif bunyi tangisan, lelaki tampar budak perempuan 4 tahun​

TAMPAR.jpg

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki menampar kanak-kanak yang sedang duduk di pangkuan ibunya. - MGR Online

BANGKOK – Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun didakwa ditampar sebanyak dua kali oleh lelaki tempatan berusia  24 tahun hanya kerana dia menangis di kawasan permainan kanak-kanak di pusat pembelajaran TK Park, Thailand, lapor agensi berita Thaiger.

Kejadian kira-kira pukul 2.48 petang (waktu tempatan) pada 25 Julai itu  dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman  memaparkan kanak-kanak terbabit sedang duduk di atas pangkuan ibu yang cuba memujuknya.

Suspek  tiba-tiba menghampiri mereka lalu menampar muka kanak-kanak itu sebanyak dua kali sebelum kakitangan pusat berkenaan masuk campur dan mengarahkan dia meninggalkan premis.

Ibu mangsa memberitahu, lelaki itu tidak kelihatan agresif sebelum kejadian dan dia tidak memahami mengapa suspek menyerang anak perempuannya.

Insiden tersebut mendorong ibu mangsa tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, laporan media tempatan MGR Online menyatakan, ahli keluarga suspek telah tampil meminta maaf.

Mereka mendakwa suspek mempunyai sensitiviti melampau terhadap bunyi tangisan kanak-kanak serta salakan anjing.

Bagaimanapun, ibu mangsa tidak dapat menerima alasan sedemikian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register