BTC USD 85,953.7 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senjata Kerambit

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,335
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,335
Reaction score
885
Points
171
k6.jpg


k5.jpg


k7.jpg


Kerambit_Minang_Blade.JPG


kk2mata.jpg

Senjata sulit yang dimainkan secara jarak dekat oleh para pendekar dan serikandi. Dibentuk dari inspirasi KUKU HARIMAU dan BULU PADA EKOR AYAM JANTAN. Dikenali juga dengan pelbagai nama mengikut bentuk (bilah dan lengkungannya), saiz dan tempat. Antaranya;

1. Kuku Rimau
2. Kuku Hanuman
3. Lawi Ayam
4. Kerambit Minang
5. Kerambit Sumbawa
6. Kerambit Lombok
7. Kerambit Sunda (2 mata)
Bilahnya berbentuk melengkung dan tajam kedua-dua belahnya.Terdapat lubang cincin dipangkal hulunya sebagai ruang untuk memasukkan jari telunjuk. Keadaan ini menjadikan senjata kerambit sukar terlepas dan boleh bergerak secara fleksibel kerana jari telunjuk menjadi sebagai pemacunya.Namun kelemahannya, boleh mengakibatkan jari telunjuk itu patah bila berdepan dengan musuh yg pakar atau tertusuk sesuatu yg keras (tidak lut). Bagi mengelakkan keadaan seperti ini, ada rekaan kerambit yg tiada lubang cincin dan hanya digenggam. Tetapi ianya berisiko untuk terlepas dan sedikit terhad ruang geraknya berbanding yang berlubang cincin.

Kaedah "makannya" secara merobek sasaran lembut pada tubuh lawan seperti leher, bawah dagu, ulu hati, sisi pinggang, kantung kemaluan, ketiak, tendon-tendon utama seperti pergelangan, pelipatan siku dan lutut. Arah gerak makannya secara horizontal (lambai atas dan lambai bawah) dan vertikel. Setiap kali kerambit mengena sasaran, pengemudinya akan menyentap kerambit tersebut sebagai usaha merobek tubuh lawan. Ianya disimpan dan dipegang secara sembunyi dari penglihatan musuh. Biasanya, para pendekar akan menyimpan kerambit ini di dalam poket, menyelit kerambit disebalik bengkong (atau di sekitar pinggang yang sedikit belakang agar tersorok dari pandangan musuh), dan ada juga disimpan dalam kilasan kain sarung atau sampin. Bagi serikandi pula, kerambit (bersaiz kecil) disimpan di sebalik rambut yang dijadikan sebagai cucuk sanggul.


Kaedah Latihan.
Secara asasnya, pesilat diajar dengan senaman Kerambit. Senaman kerambit diajar bertujuan agar pesilat mampu menghayati gerak-geri kerambit yang banyak bermain secara MERAUT dengan gerak lambai atas dan lambai bawah (gerakan horizontal) dan sauk sula (vertikel). Geraknya perlu rapat dan tangan kiri (tanpa kerambit) haruslah berwaspada agar tidak termakan tuan sendiri. Kemudian, pesilat mula diajar Gerakan Asas Kerambit agar gerakan yang lembut ketika senaman kerambit tadi dapat dilaksanakan dengan gerak sebenar yang keras dan pantas.

Setelah mahir mengemudi Kerambit, pesilat akan diajar kaedah elak-makan dan seterusnya dilatih menyambut serangan kerambit musuh dalam keadaan bertangan kosong (tanpa senjata). Kaedah Tapak Hidup Kerambit juga diberi pendedahan agar pesilat mampu mendalami pelbagai kemungkinan bentuk serangan secara berangkai dan pelbagai situasi.

Penghujung pelajarannya, pesilat perlu bertempur menggunakan Kerambit di dalam kain sarung. Kaedah latihan sebegini menitikberatkan kecekapan pesilat untuk bermain rapat dan cekap menghadapi serangan kerambit dalam situasi yg terhad. Petua Kerambit dan Penggunaan Racun juga akan disampaikan setelah pesilat berjaya menguasai sepenuhnya Permainan Kerambit ini.

Walaupun asal senjata Kerambit ini dari Nusantara (Alam Melayu), namun ianya telah tersebar dan telah mendapat tempat di hati orang-orang Barat yang melihat senjata Kerambit ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding senjata-senjata Melayu lain.


Permainan Senjata Ini Ada Didokumentari dalam NationaL Geografik
http://www.youtube.com/watch?v=oNnffVXVPFI


Bukan Itu Saja, Turut Diadaptasi Dalam Game Splinter Cell Sebagai Pisau Yang Hebat,hehhe
http://www.youtube.com/watch?v=E3VZn2rP-jY

kerambit+1+%252811%2529.jpg


senjata ini juga mendapat tempat dihati org bukan melayu.:)cgrock

*imej2 kerambit diambil dr blog
http://chulahitam.blogspot.com
 
Last edited:
senjata jarak dekat yang effisyen. kebaikanya ialah ia boleh disorok tanpa disedari orang lain (stealth). tapi penggunaanya di haramkan, kalau kena tangkap mau masuk lokap terus.
 
popuan patut simpan ni..hehe
 
kehebatan senjata bergantung pada jarak yang tertentu, ada yg sesuai untuk pertempuran jarak dekat (kerambit & pisau), jarak sederhana (parang dan pedang), jarak jauh (panah dan senjata api pistol) dan jarak super jauh (sniper rifle).
 
kehebatan kerambit ni berbanding pisau ialah ianya sesuai untuk digunakan sebagai senjata pertahanan "defensive", disebabkan struktur dia yang menyarung di jari petunjuk, maka adalah sukar bagi pihak lawan untuk 'merampas' senjata pengguna kerambit apabila iianya disarung.
 
perghhh...ini kalau guna nak dummy konon nak tumbuk perut, konfem terburau perut....nampak je kecik, tajam....baik buat potong bawang je nampak jambu sket...:D:D
 
biasa senjata ni kt gelar senjata 8 bulan...
 
Macamana nak dapat kerambit mcm yg dalam gambar? Best ni kalau buat koleksi.... :)
 
Back
Top
Log in Register