BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seni Rahsia Bacaan Indicator Stochastic

tenteraangin

Active Member
Messages
2,029
Joined
Aug 23, 2009
Messages
2,029
Reaction score
178
Points
38
Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH, saya memanjatkan doa keatas zat-zatNya yang suci dan tidak kotor. Saya ingin berkongsikan sebuah seni bagaimana untuk membaca indikator Stochastic Oscillator yang lebih advance. Teknik ni saya gunakan sebelum saya discover sifir forex zero yang kini saya gunakan. Teknik ni da berikan saya 100% gain dalam masa beberapa bulan.

Disebabkan teknik ini saya dah tak gunakan, bukan tidak bagus, tetapi saya sudah menggunakan sistem trading yang lebih advance, jadi saya sharekan caranya. Indi Stoch sudah bersama saya hampir dua tahun dan sudah berbagai2 cara saya explore penggunaannya.

Pertamanya mengenali apa yang ada pada Indikator stochastic Oscillator.Dengan menggunakan setting default (5/3/3) dibawah adalah sedikit penerangan beserta gambarajah.

11755718_935420879850134_6359373354991382243_n.jpg


1) Line MA Period 5
2) Line MA Period 3
3) Lvl 80 (Overbought)
4) Lvl 20 (Oversold)
5) Lvl 50 (Neutral)

Pemahaman Tradisi Mengenai Stoch.

Ramai orang yang membaca artikel mengenai stoch di internet akan menyimpulkan, bila OB Sell, bila OS, Buy.

Saya tidak menyatakan statement ini salah, tapi pemahaman ini hanya boleh digunakan ketika market sedang ranging, sideway. Jika trending, jangan harap, dan anda akan kena baham dengan SL.

Seni Bacaan Indikator Stoch.

Di dalam stoch, terdapat 3 pattern yang boleh dilihat. Pattern pertama dinamakan sebagai Continuous OB. yang mana akan terjadi ketika market sedang uptrend. Syarat-syarat Continuous OB adalah :-

1) Garisan MA 5 dan 3 melepasi lvl 50.
2) Mencecah kawasan OB.

11811447_935420866516802_2140510344026979474_n.jpg


Sekiranya menjumpai pattern Continuous OB, perkara yang perlu dilihat adalah mencari setup BUY. bukan SELL seperti yang dicanangkan.

Pattern kedua dinamakan Continuous OS. Ia terjadi apabila market sedang downtrend. Syarat-syarat Continuous OS adalah :-

1) Garisan MA 5 dan 3 melepasi lvl 50.
2) Mencecah kawasan OS.

11694951_935420859850136_9137469551251460469_n.jpg


Ketika pattern ini terjadi, adalah baik untuk mencari point entri untuk SELL.

Pattern terakhir dinamakan Side OB/OS. pattern ini menunjukkan bahawa market sedang sideway apabila kawasan OB/OS bersentuhan secara berselang seli. Elakkan dari trade sekiranya menjumpai pattern ini.

11800407_935420873183468_3075082730474337758_n.jpg


Seni Trade menggunakan Indi Stoch.

Pertama, yang perlu dicari adalah arah trend. Anda boleh menggunakan sama ada TF H4, atau D1 untuk mencari arah trend. Kita gunakan TF h4 untuk mencari arah trend.

Untuk menentukan arah trend, tunggu ketika candle close setiap 4 jam. Apabila sudah close, lihat pada Stoch, sekiranya terjadi persilangan MA 5 dan 3. itu bermakna arah trend terbaru sudah kelihatan.

Kemudian, lihat pada TF H1. Sekiranya TF H1 menunjukkan pattern Continuous OB / OS, ini bermakna arah trend di persilangan MA Stoch TF h4 adalah valid.

Mencari Entri Buy atau SELL.

Setelah mengetahui arah Buy dan Sell dan dikuatkan dengan pattern Continuous OB dan OS, apa yang diperlukan adalah dengan menunggu persilangan kedua pada TF H1. Bila mana kita ingin pastikan arah trend, pada waktu itu price di TF H1 akan mula bersilang dan retrace seketika.

Tugas kita pada waktu itu adalah menunggu persilangan yang seterusnya yang mengikuti arah trend H4. Sebagai contoh persilangan H4 adalah Sell, manakala H1 sedang bersilang Buy, maka tunggu sehingga Line MA bersilang untuk SELL.

Persilangan di H1 untuk SELL harus dibawah lvl 50. Sekiranya stoch bersilang sell namun telah tembus kawasan lvl 50, ini menunjukkan bahawa Continuous OS sudah tidak valid dan signal yang digenerate adalah false. Maka tinggalkan.

Bilamana persilangan SELL sudah muncul, maka anda boleh letakkan entri anda dan letakkan SL pada atas atau bawah sedikit daripada Hi/Lo candle sebelum. Kebiasaannya, bila mana persilangan MA muncul, pattern2 CRS akan muncul. Pinbar, Hanging Man, Hammer dan apa sahaja yang korang boleh namakan.

TP pula gunakan RR 1:2 ataupun 1:1.5. TF H4 tak boleh nak target jauh2. Cukup dapat RR 1:2 da cukup bagus.


Saya berdoa agar ALLAH campakkan pemahaman sebagaimana saya memahami seni bacaan stoch ini. Semoga apa yang saya berikan mampu memberikan nilai tambah dalam skill trading anda masing2.
 
Last edited:
tumpang duduk sit depan boss.....duk blakang takut x dgr..:D:D
 
kelas da habis bro intelatom. sekarang da boleh live trade da.
 
"Disebabkan teknik ini saya dah tak gunakan, bukan tidak bagus, tetapi saya sudah menggunakan sistem trading yang lebih advance, jadi saya sharekan caranya. Indi Stoch sudah bersama saya hampir dua tahun dan sudah berbagai2 cara saya explore penggunaannya"

'sistem trading yang lebih advance' tu bilo tt nk kongsi kek sini? ekekekkee
 
"Disebabkan teknik ini saya dah tak gunakan, bukan tidak bagus, tetapi saya sudah menggunakan sistem trading yang lebih advance, jadi saya sharekan caranya. Indi Stoch sudah bersama saya hampir dua tahun dan sudah berbagai2 cara saya explore penggunaannya"

'sistem trading yang lebih advance' tu bilo tt nk kongsi kek sini? ekekekkee

sistem yang lebih advance tu berbayor ke TT ? :D
 
sifir forex zero ni tak berbayar. tapi kalo nak belajar kena datang jumpa saya. saya ada kat kuantan.
 
sungguh tertarik dgn tajuk nya..umpama seni urutan batin
 
xpernah guna indi ni, tp skali baca nampak jelas penggunaannya...terbaik TT, murah rezeki tt...
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13766
USD / JPY
157.264
GBP / USD
1.32671
USD / CHF
0.83150
USD / CAD
1.41675
EUR / JPY
178.912
AUD / USD
0.70275
Back
Top
Log in Register