BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sengat terpacak di muka

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.2779dr_dJW.webp

JAMIL menunjukkan gambar kenangan bersama isterinya.

Seremban: “Melihat keadaan mulut isteri berbuih, saya jadi begitu takut dan hanya mampu berdoa agar dia selamat. Apakan daya, Allah lebih menyayanginya,” kata Jamil Omar, 62, yang kematian isterinya, Norli Bahari, 47, akibat disengat lebah ketika bekerja di sebuah kelab golf di Mantin dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 2.45 petang ketika Jamil dan Norli bekerja di kelab itu, masing-masing sebagai petugas di kolam renang dan pekerja bahagian keceriaan.



Difahamkan, mangsa disengat serangga berbisa itu ketika menaiki buggy menuju ke lobi selepas membuang sampah.

Norli yang disengat di muka, leher dan badan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Mantin jam 3.30 petang.

Menurut Jamil, isterinya yang empat tahun bekerja di kelab itu, masuk bekerja jam 12.30 tengah hari manakala dia pada jam 9 pagi sebelum menyaksikan kejadian tidak diduga itu berlaku.




sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Sengatterpacakdimuka//Article?BeritaUtama
 
aku rasa rawatan awal lmbt diberikan.
tp tu l..ajal maut ditgn Tuhan
 
sure mmg boleh saman majikan ni..
guna akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA 1994).

yg pergi tetap pergi, tapi kena ajar jugak majikan yg cuai keselamatan pekerja...
 
Ya Allah..kesiannya..
 
aku pernah kena sengat dengan tebuan yg kecik tue..
tiba2 ia masuk kat rambut aku..

aku sentuh rambut, terasa sakit sangat kat jari..

sakit wooo....

takziah kat mangsa... semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
 
aku pernah kena sengat dengan tebuan yg kecik tue..
tiba2 ia masuk kat rambut aku..

aku sentuh rambut, terasa sakit sangat kat jari..

sakit wooo....

takziah kat mangsa... semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

mmg terdapat sesetengah org alah dgn sengatan lebah,satu sengatan sajo blh membawa maut..
 
ada petua lama kata suruh minum air kelapa cepat2 utk tawar bisa tuh....tp kalau dah ketentuan Ilahi tiada siapa boleh mempercepat atau melambatkannya walau sesaat.
 
Back
Top
Log in Register