BTC USD 84,742.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sengaja Tinggal Solat

lokman1970

Fun Poster
Messages
819
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui(At Taubah : 11)

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, (Maryam : 59)

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat
dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian." (Al Muddatstsir 42 - 47)










1)Riwayat Ahmad & Ibnu Majah : Adapun yg memisahkan antara seseorang dan kekafiran adalah meninggalkan solat.

2)Riwayat Muslim : Adapun yg memisahkan antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.

3)Riwayat Adu Daud & An-Nasa'i : Tidak ada pemisah antara seseorang dan kekafiran kecuali meninggalkan solat.

4)Riwayat Tirmizi : Adapun yg memisahkan antara kekafiran dan keimanan adalah meninggalkan solat.

5)Riwayat Al-Hakim : Perjanjian antara kami dan mereka adalah solat. Barangsiapa meninggalkan, maka benar2 telah kafir.

6)Riwayat Tabrani : Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka benar2 telah kafir secara nyata.

7)Ibnu Majah & Imam Al-Baihagi : Dari Abu Darda berkata: Bahawa kekasihku, Muhammad s.a.w berwasiat kepadaku:
Jangan kamu menyekutukan Allah dengan apa pun, sekalipun kamu dipotong-potong dan dibakar. Janganlah meninggalkan
solat wajib secara sengaja, Barangsiapa meninggalkannya secara sengaja, maka benar2 dia telah terlepas
dari perlindungan...

8)Riwayat Abu Naim : Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka Allah mencatat namanya dipintu
neraka dalam golongan orang yang memasukinya.
 
Last edited:
tq, kalau boleh letak dalil alquran sekali lebih mantap...
 
kalau letak hadis sahaja, GAH tak boleh amik menafaat. selamat ber cg
 
tq, kalau boleh letak dalil alquran sekali lebih mantap...

Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui(At Taubah : 11)

Jadi ulama kata jika tinggalkan solat maka dia bukan saudara seagama.
 
Mmg saya niat untuk semua, tapi saya tak pandai berhujjah dgn golongan GAH. Jadi saya abaikan golongan GAH

saya bukan GAH, tapi kita boleh ambil perkara2 yg boleh dimenafaatkan dari hujjah GAH, saya dah baca hujjah GAH,banyak yg masuk akal,tapi saya mempercayai jugak hadis, hadis yg selari dgn alquran saya ambil, yg mana tidak selari, saya simpan tepi dulu.

kita bukan nak berhujjah dgn sapa2 pun, cuma perbincangan ilmiah.
 
Back
Top
Log in Register