balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Ramesh (dua, kiri) ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Penandaan Harga 1993.
< 1 / 1 >
SUNGAI BESAR - Seramai tujuh peniaga di Pasar Awam Sungai Besar dikenakan tindakan kompaun pada Ops Pasca Banjir oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Selangor atas kesalahan di bawah Akta Penandaan Harga 1993 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, K Ramesh berkata, sebanyak empat kesalahan dicatatkan pada operasi itu membabitkan peniaga sayur bagi Akta Penandaan Harga dan tiga lagi kesalahan membabitkan Akta Timbang dan Sukat.
Menurutnya, empat peniaga berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu didapati dengan sengaja tidak mempamerkan tanda harga sehingga boleh mengelirukan pengguna yang ingin membeli barangan di gerai jualan terbabit.
“Orang awam seharusnya bijak membuat pilihan dan mereka seharusnya hanya membeli di gerai yang meletakkan tanda harga bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga yang dijual peniaga pasar,” katanya.
Menurutnya, bagi mana-mana peniaga ingkar meletakkan tanda harga bagi barangan yang dijual, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 bagi individu dan dua tahun penjara.
Selain itu katanya, tiga peniaga berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun pula didapati melanggar Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana rata-rata mereka menggunakan timbang lebih pada tempoh yang dibenarkan.
“Setiap alat timbang dan sukat bagi kegunaan perdagangan diwajibkan menjalani pemeriksaan setiap tahun, di samping perlu memiliki sijil perakuan berserta pelekat label keselamatan yang tertera tempoh sah, had terima, nombor rujukan ujian serta siri keselamatan.
“Jika gagal membuat pemeriksaan demikian, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan 12 anggotanya itu melibatkan sebanyak 80 premis perniagaan basah dan peniaga runcit selain turut memberi amaran kepada seorang peniaga runcit yang menjual telur gred A pada harga 45 sen sebiji.
“Kita kesan ada tiga peniaga telur di pasar ini, dua daripada mereka jual pada harga 44 sen sebiji manakala peniaga terbabit pula menjual 45 sen sebiji, sedangkan ketiga-tiganya menerima harga42 sen daripada pemborong.
“Kita dah nasihatkan peniaga terbabit dan dia akur dan telah menanggalkan tanda harga lama dan mengganti tanda harga baru yang lebih murah berbanding sebelumnya,” katanya.
Ramesh berkata, operasi yang disertai 12 anggotanya itu bertujuan bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang sesuka hati dengan alasan barang sukar diperoleh akibat kejadian banjir di beberapa negeri dalam negara ini.
“Operasi ini dibuat bagi memastikan peniaga mematuhi arahan,” katanya.