ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BUKAN sahaja Rihanna yang berhadapan dengan kontroversi, malah penyanyi remaja, Justin Bieber turut mengalami nasib sama.
Penyanyi lagu, Never Say Never itu dilaporkan melanggar jurugambar yang mengekorinya di tempat letak kereta.
Jurugambar itu pula dilaporkan mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima rawatan.
Pun begitu, Bieber dikatakan tidak menyedari kejadian itu dan terus meninggalkan lokasi tersebut.
Sementara itu, jurugambar berkenaan telah membuat laporan polis.
Sehingga kini, baik Bieber mahupun pihak pengurusan, masing-masing masih berdiam diri dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.