BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

senangnya jadi engineer proton

ahahahhaaa..brabus pon rebadge merc xda bising pon. almaklum letak rege mahai. kalo proton letak rege mahal mesti bingit lak cakap nk untung..wakakaka
 
Kita kena faham beberapa perkara bila Proton buat rebadge.

1. Kos. Kos untuk develop sebuah kereta baru bukan murah. Ratus juta ringgit macam Preve dan dulu Gen2. Untuk pulang balik kos tersebut, Proton kena jual banyak kereta dan rasanya Gen2 dah lama balik modal. Preve mungkin menyusul sebab memang kereta mass market.
2. Perdana versi Accord ni bukan kereta mass market. Ianya kereta khusus untuk pegawai tinggi kerajaan. Jadi paling banyak pun setakat 3 ribu je yang keluar. Jadi untuk develop sebuah kereta baru semata-mata untuk buat 3 ribu unit saja adalah tidak munasabah dan tidak kos efektif. Jadi alternatif terbaik adalah dengan rebadging. Platform dah ada tanpa perlu kos yang besar. Honda pula bersetuju untuk share platform tersebut (versi ke-8 Accord. Sekarang di pasaran versi ke-9 so Honda pun tak rugi apa-apa).
3. Kenapa minor tweak saja pada design Accord? Berbalik kepada kos. Kos untuk develop kereta bukan murah. Hatta nak redesign bumper pun perlukan kos yang besar sebab kena ambil kira banyak faktor terutamanya keselamatan. Proton bukan workshop Ah Beng yang boleh buat bumper fiber glass sesuka hati. Jadi apa yang boleh kekal, mereka kekalkan sebab tidak perlu tanggung kos yang besar.
4. Rasanya team engineering mereka pun faham faktor ini. Kenapa perlu bersusah payah buat semula sesuatu yang sudah okay. Guna saja selagi okay. Banyak syarikat automotif di dunia ni yang buat perkara yang sama. Tengok Ford dan Mazda atau Toyota dan Subaru.

Pada pendapat aku, Proton sepatutnya kena hebahkan roadmap mereka. Kereta mana yang mereka design/buat sepenuhnya dan kereta mana yang mereka akan rebadge. Rebadge adalah normal dalam industri automotif, cuma orang kita saja yang tak berapa tahu atau buat-buat tak tahu bila kena hidung Proton.


agak2 KIA n HYUNDAI berpegang pada alasan2 di atas tak??? umur dorang tuh lebih kurang jer gn proton tuh...cuba bagi pencerahan....:)cgrock... nak tau jugak sampai bila nk kuar statement kat atas tuh...
 
pernah dengar citer..engineer proton ni tak kurang hebatnya..maslahnya setiap draf atau idea tu tak semestinya approve,..banyak kekangan..ada jugak kes dah approve tapi tidak mendapat kerjasama dari luar contohnya jepun..ada kes2 tertentu proton kena refer dia org sebab faktor teknologi dan kepakaran proton masih terhad..mereka cuba cantas idea terbaik dikhuatiri menggugat kedudukan dia org..wallaua'lam..lagi pun ni isu periuk nasi..nak tak nak engineer tetap teruskan bekerja dgn proton walaupun byak kes tak puas hati.
 
kecewa owner honda ekod..
 
banyak gak proton design sendiri... gen2 salah satunya! nak banding ngan perodua nya copy paste. :) :)
 
pernah dengar citer..engineer proton ni tak kurang hebatnya..maslahnya setiap draf atau idea tu tak semestinya approve,..banyak kekangan..ada jugak kes dah approve tapi tidak mendapat kerjasama dari luar contohnya jepun..ada kes2 tertentu proton kena refer dia org sebab faktor teknologi dan kepakaran proton masih terhad..mereka cuba cantas idea terbaik dikhuatiri menggugat kedudukan dia org..wallaua'lam..lagi pun ni isu periuk nasi..nak tak nak engineer tetap teruskan bekerja dgn proton walaupun byak kes tak puas hati.

membe aku rnd proton, tp da resign sbb byk sgt "benda" kne sekat..huhu
 
bukan diorang yg buat keputusan, kata putus datangnya dari management, masa concept memanglah designer/engineer blh buat cun2 dgn pelbagai specs canggih tpi bila sampai stage production halangan utama ialah kos sebab proton bukan syarikat besar & market pun kecik sangat, sebab tulah parts dia main rojak antara semua model.
macam model perdana honda ni pun kira pasang siap, ingat tak sebelum ni kerajaan dah confirm nak gantikan perdana dgn honda accord tp last minit ada campurtangan dari pihak atasan utk tetap gunakan proton. cara termudah ialah rebadge.
designer/engineer proton ramai yang bagus tp ramai dah blah ke perodua & naza
 
xtau masalah proton, boleh la ckp mcam ni.

mcm mana aku nak tau...xde kua paper pn atau pengumuman dari proton..yang aku tau proton kereta tempatan TANPA CUKAI dijual sama harga dgn keter import dan kualti proton rendah..itu masalah nye :):):)
 
mohon proton bt usahasama ngn lamborghini/porsche/ferrari ...bleh la pasni kuar proton f430,aventador/galardo,carerra/cayenne ...:D:D ... :p:p
 
Niat tt maybe nak bagi kesedaran dekat pengurusan teratas proton atau kesedaran rakyat yang engineer kita banyak yang bagus dalam segi design.

Kalau tidak bising,takder sapa nak peduli dan terkubur macam tuer sahaja.
Bila ada design bagus tak mustahil jualan akan laku pula di luar nanti.
 
Back
Top
Log in Register