BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semut kayap makan kulit

mcm selalu nampak semut nie dulu...bahaye upenyeee
 
semut nie slalu ade kt bendang2
tmpt2 lembap
jaga2 sbb die kecik tgk btol2 sblom nk tepis ke penyet ke
 
Muka bernanah angkara semut Charlie

image.jpg

Keadaan wajah Adriella Angel dan Muhammad Iffat selepas disengat semut Charlie.

KUANTAN - Dua anak anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan mengalami luka bernanah di muka dan badan akibat disengat semut Charlie pada Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut, Adriella Angel Stenley, 2, serta Muhammad Iffat Iskandar Mohd. Babuddin berusia 11 bulan dipercayai disengat serangga berkenaan ketika berada di kediaman mereka di perumahan polis IPD Pekan.

Ibu Muhammad Iffat Iskandar, Nurul Hazirah Zainol berkata, kira-kira tujuh ekor serangga tersebut dilihat terbang memasuki rumahnya sebelum kejadian.

"Kami menyedari anak disengat semut itu pada pukul 3 pagi selepas melihat dia mengalami gatal-gatal dan segera menghantarnya ke Hospital Pekan.

"Suami saya sempat membunuh semut itu. Kemungkinan semut itu terbang dari kawasan semak di belakang perumahan kami," katanya.

Selain itu, anak jirannya, Adriella Angel turut disengat serangga tersebut sehingga mengalami bengkak bernanah di bahagian mata.

"Anak saya cuma mengalami gatal-gatal di bahagian muka dan badan. Adriella Angel pula mengalami bengkak bernanah," ujarnya.


http://www.kosmo.com.my/terkini/dua-kanak-kanak-disengat-semut-charlie-1.756749
 
Ambe 1st time bukak thread ni. Pic semut charlie tu rasanya dah expired, x dpt ambe tgk pic semut charlie
 
aku dah kena di lengan tahun lepas.. kena di lengan..
sekarang jadi parut kekal.. nk pakai baju lengan pendek jadi segan..
 
Back
Top
Log in Register