BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Crypto Analysis Semua Skim Pelaburan Kripto Di Malaysia Tidak Sah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,558
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,558
Reaction score
7,740
Points
916
23.04.2021 - Shah Alam,Skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah. Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook berkata, kesemua jenis pertukaran mata wang digital tempatan tersebut tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia.

“Jadi di Malaysia tiada skim pelaburan kripto yang sah. Semuanya boleh dikatakan haram, tapi di Malaysia terdapat tiga pertukaran mata wang digital yang disahkan boleh diguna untuk melabur (beli sendiri). Merujuk Bank Negara, kripto ini tidak mempunyai tender yang sah. Jika mahukan kepastian, boleh rujuk dalam laman web Bank Negara yang memperincikan ciri-ciri pelaburan yang sah dan tidak sah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Choong Fook berkata, kesemua operasi pertukaran berkaitan mata wang kripto hakikatnya tidak berlaku kerana kesemuanya tidak beroperasi di negara ini. Tambahnya, individu yang ingin menyertai pelaburan tersebut perlu mendaftar sendiri berbanding membayarnya melalui orang tengah.

“Boleh daftar sendiri dalam pertukaran mata wang kripto. Semua operasi pertukaran bukan di Malaysia tapi dilakukan di luar negara,” tegas beliau.

Kata Choong Fook, kebanyakan kes penipuan di negara ini biasanya menggunakan nama kripto untuk mengumpul wang daripada orang awam. Selain itu, menurutnya, kes penipuan membabitkan mata wang kripto juga terjadi disebabkan masyarakat kurang memahami urus niaga tersebut.

Oleh itu, jelasnya, pihak berkuasa perlu menjalankan kempen kesedaran khususnya di media sosial bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terpedaya.

“Orang awam juga harus buat kajian sebelum laburkan wang. Dapatkan fakta yang betul tentang ini. Kalau semua faham, tiada misteri dan penipuan berlaku,” terang beliau.

1041127.jpg

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti.../Semua-pelaburan-kripto-di-Malaysia-tidak-sah
 
Haram ya....mencanak naik dh nak tunggu bila lg
 
"di Malaysia terdapat tiga pertukaran mata wang digital yang disahkan boleh diguna untuk melabur (beli sendiri)."

yang aku tahu luno.... yang dua lagi tu apa? 🤔 🤔
 
Back
Top
Log in Register