BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

Alhamdulillah dh kurang org2 yg mengatakan SEMUA MLM HARAM...skrg dh terbukti x semuanya haram...kesimpulannya,kita sbgai pengguna,dan sbgai ahli,kene pndai menilai company yg mana salah dan yg mana buat secara betul....bukan senang nak mengharamkan sesuatu mcm tu je...Dan bukan senang nak menghalalkn sesuatu mcm tu je jgak;)
 
Alhamdulillah dh kurang org2 yg mengatakan SEMUA MLM HARAM...skrg dh terbukti x semuanya haram...kesimpulannya,kita sbgai pengguna,dan sbgai ahli,kene pndai menilai company yg mana salah dan yg mana buat secara betul....bukan senang nak mengharamkan sesuatu mcm tu je...Dan bukan senang nak menghalalkn sesuatu mcm tu je jgak;)

Maksudnya barua eXfuze Odie ni lebih cekap dan berpengetahuan daripada Mufti Besar Arab Saudi la ni kiranya.... Terbukti kejadahnya samdol?

Kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM.
Terjemahan:

Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.

Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:

1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.

Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).

Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.

Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.

Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.

Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."

Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.

Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.
 
Penerangan Aidid Mu'addib tentang Score A:
- ISU PENAJAAN DLM MLM DAN SKIM PIRAMID.


exp.jpg



Faham carta di atas? Setiap ahli yang join, akan dapat menaja orang lain, dan syarat ini jatuh kepada setiap sapa-sapa sahaja yang join. Wow! Kalau ko ambik pakej e-Biz dan taja ahli lain yang ambik e-Biz atau pakej yang lebih besar, ko akan stuck dengan komisen RM70, paling minima. Tapi kalau join pakej e-Entrepreneur dan sponsor orang lain yang jugak ambik e-Entrepreneur - dapat RM800! Yeay! But, the question is... sampai bila? Kalau setiap yang menaja ada downline yang juga menaja, dan seterusnya perkara ini berlaku bagi setiap yang join... ada infiniti tak? Inilah perkara yang jadi bahan saman kepada syarikat Amway, korang tahu tak? Apa yang dikatakan di atas adalah "mathematically impossible". Cuma, kalau korang dah masak dengan alasan pengamal MLM, dia akan cakap akan ada manusia tu dilahirkan setiap hari, jadi prospek pelanggan itu akan ada timbul setiap masa sampai hari kiamat - itu sebab skim dia orang boleh berterusan sampai infiniti. Ada pakar matematik atau pakar ekonomi yang baca blog aku neh? Does that statement hold water? Tell that to Amway's distributors that lost money all these years.

Kenapa penajaan ini jadi problem? Kenshido cakap potensi pelanggan Score A di Malaysia boleh mencapai 4 juta murid sekolah - woohoo! Kok iye, boleh jadi billionaire Jason Kok nanti beb, boleh kasi challenge itu Ananda Krishnan dan Robert Kuok. Katalah, kita pukul-rata setiap ahli yang join score A dapat cari 4 downline masing-masing (ini hypothesis sahaja - senang nak kira) dan perkara ini berterusan sampai jumlah ahli meningkat kepada 4, 16, 64, 256, 1024, 4096, 16384, 65536, 262144, 1048576, 4194304....... 4294967296 - wait, 4 billion orang? Iyo ko jang? Wadefasterohbaybeh! Can you say that is mathematically possible? Meh aku tunjuk dengan gambar kat kanan ni. Kalau sorang cari empat, start dengan Jason Kok kat atas sekali - he's numero uno. Setiap level yang kat bawah adalah 4 kali ganda lebih besar daripada level teratasnya - inilah yang dikenali sebagai siri eksponential berasaskan 4. Nombor yang bahagian kanan adalah jumlah ahli kumulatif untuk peringkatnya dan dicampur dengan semua ahli diatas peringkat tersebut. Aku kena terangkan ke tidak ni pasal siri eksponensial ni? Ada sapa-sapa tak faham berkenaan tuduhan melulu aku yang tak berasas yang aku lemparkan kepada syarikat Kenshido di sini? Kalau terdapat penajaan dalam bzns model sesuatu plan pemasaran, siri itu pasti akan berlaku, cuma ianya lebih tidak teratur (haphazard), tetapi untuk mereka yang memahami matematik, you'll get the picture. So, what's the problem again? The problem is, untuk setiap ahli dapat keuntungan seperti yang dijanjikan oleh Kenshido, >75% ahli diperlukan bagi setiap progression untuk level ke bawah, di mana ada logik ke pada level ke-12... 4 juta rakyat Malaysia join skim piramid berproduk maya yang bukan Maya Karin neh? Logik... OK, kita naik level 13, mesti ada 16 juta orang lebih yang perlu join Kenshido untuk menyuap semua orang kat atas dengan keuntungan - janji tetap janji kan? Sapa suruh janji, dan sapa suruh buat Penilaian Kepatuhan Syariah? Sebab dalam Islam, kalau dah janji kena tepati, dan kalau buat bzns, tak boleh ada penganiayaan dan penipuan - HARAM.


Tukar aje perkataan Score A dgn perkataan eXfuze, Monavie, Vemma, Hyprobulksms, Uptrend, Unstobebal, Xango, Amway dan apa saja parasite MLM yg berkeliaran mengelentong org Melayu sekarang ni... anda kini telah dapat ilmu yg berguna tentang MLM!
 
cakap lh ape nk ckp tuan...org2 yg membaca ni lebih sedar Dan faham dr kita pun;) diorg lbih tau menilai yg mana scam,yg mana riba,yg mana penipu,yg mana boleh membantu,yg mana baik dan yg mana buruk;) Tuan dgn pendapat tuan dan sy dgn pendapat sy....jd,utk sesiapa yg nk tau lebih lanjut tntg Exfuze,yg mana sy sndri kaji dlu sblm join,boleh pm sy yea...Salam;)
 
cakap lh ape nk ckp tuan...org2 yg membaca ni lebih sedar Dan faham dr kita pun;) diorg lbih tau menilai yg mana scam,yg mana riba,yg mana penipu,yg mana boleh membantu,yg mana baik dan yg mana buruk;) Tuan dgn pendapat tuan dan sy dgn pendapat sy....jd,utk sesiapa yg nk tau lebih lanjut tntg Exfuze,yg mana sy sndri kaji dlu sblm join,boleh pm sy yea...Salam;)

Pehal pendapat aku lak? Aku pemerhati aje... dan aku memerhatikan ko ni mmg budak terencat akal belum cukup umur, tapi perasan hebat bak apa entah... demi berjuang utk dapatkan duit downline yg ko nak telan ka mamat? LOL....
Pendapat ko tu yg berbeza drpd Aidid Mu'addib dan Mufti Besar Arab Saudi... gitu? Ulama' yg ko pakai namanya Rick Cotton alkafirun tuan-punya eXfuze kan? Sebab Rick Cotton tu bukan ke ulama' eXfuze tersohor... yg elok dianuti oleh bebudak Melayu macam ko ni ha. Duit skim piramid jual jus buah RM5 @ RM192.50 punya pasal...
 
mcm tu sekali bahasa yg tuan gunakan semata-mata nak kaburkan mata org2 lain? sy x kisah,sbb Tuhan lebih mengetahui,Tuan;) Takde siapa kt sini nak makan duit sesape...kami hanya menunjukkan peluang jek,klau rasa x sehati dgn bisnes mcm ni,xde siapa nak paksa pun...bnyk lg bisnes konventional di luar tu...its up to u guys...

Bila mana sesuatu tuduhan itu dilemparkan sesuka hati sehingga menimbulkan fitnah,syakwasangka dan sebagainya, maka tuan sendiri harus muhasabah diri...x patut org seperti tuan utk menjadi pengkritik kpd permasalahan yg SGT JELAS DI SINI...TIDAK SEMUA MLM HARAM..Semua pun tau x semua haram,mungkin hanya tuan dan sahabat2 jek kot...
 
mcm tu sekali bahasa yg tuan gunakan semata-mata nak kaburkan mata org2 lain? sy x kisah,sbb Tuhan lebih mengetahui,Tuan;) Takde siapa kt sini nak makan duit sesape...kami hanya menunjukkan peluang jek,klau rasa x sehati dgn bisnes mcm ni,xde siapa nak paksa pun...bnyk lg bisnes konventional di luar tu...its up to u guys...

Bila mana sesuatu tuduhan itu dilemparkan sesuka hati sehingga menimbulkan fitnah,syakwasangka dan sebagainya, maka tuan sendiri harus muhasabah diri...x patut org seperti tuan utk menjadi pengkritik kpd permasalahan yg SGT JELAS DI SINI...TIDAK SEMUA MLM HARAM..Semua pun tau x semua haram,mungkin hanya tuan dan sahabat2 jek kot...

HOHOHOHOHO! Fitnah kat mana? Ko ni dah jadi habit betul ha cakap org ni, org itu fitnah? Ni berdepan2 ni kat CG... no where to run - kat mana tadi aku fitnah?
1. Rick Cotton bukan CEO eXfuze ke? Bukan eXfuze keje alkafirun ke?
2. Ko bukan ke tak setuju ke dgn statement Mufti Besar Arab Saudi dan statement Aidid Mu'addib si pembawa berita gembira yg kat atas tu?
3. eXfuze tu bukan ke bzns org alkafirun yg takde syariah-compliance?
4. Tak semua MLM haram? Nampak macam haram aje kata Mufti Arab Saudi. Pemahaman ko lain ke dol? Hadith yg ko terima datang drpd buku lain ke apa?
Apa la punya mentaliti budak Melayu sebegini? Org kritik, cuba nak sedarkan diri tu yg dah jadi tali-barut skim piramid org putih, terus mahu putar-belit cakap org lain fitnah? Tapi kat mana fitnahnya, tak nak pulak cakap. Apa ko ingat org lain semua samdolbingai takleh nampak ka mamat? Tak malu ka?
 
hurmmm menarik .. untuk difahami .. tapi ada juga hujah tidak disandarkan dengan fakta dan nas yang tepat .. teruskan berdiskusi ... edjal memerhati dulu

adjourned
 
mcm tu sekali bahasa yg tuan gunakan semata-mata nak kaburkan mata org2 lain? sy x kisah,sbb Tuhan lebih mengetahui,Tuan;) Takde siapa kt sini nak makan duit sesape...kami hanya menunjukkan peluang jek,klau rasa x sehati dgn bisnes mcm ni,xde siapa nak paksa pun...bnyk lg bisnes konventional di luar tu...its up to u guys...

Bila mana sesuatu tuduhan itu dilemparkan sesuka hati sehingga menimbulkan fitnah,syakwasangka dan sebagainya, maka tuan sendiri harus muhasabah diri...x patut org seperti tuan utk menjadi pengkritik kpd permasalahan yg SGT JELAS DI SINI...TIDAK SEMUA MLM HARAM..Semua pun tau x semua haram,mungkin hanya tuan dan sahabat2 jek kot...

bro factfinder tak kritik tu bro...acu bace molek2 :D semuanya fakta :)
 
Sebenarnya,utk org yg benar2 ingin faham tentang MLM ni,bukan merujuk kpd fatwa Arab Saudi jek...lg pulak tu,cuba baca btul2 fatwa dr Arab Saudi tu...sy dh baca semuanya..jgn baca dr apa yg dia pastekn,baca dr sumber btul2 coz dia juz amik sikit jek dr keseluruhan yg tertulis...google sndri tuk faham...n 1 more thing,Cuba baca btul2 pulak dr fatwa yg dikeluarkan oleh Malaysia sndri...bru semua akn faham;)
 
Back
Top
Log in Register