BTC USD 81,444.8 Gold USD 4,126.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

setuju.. lagipun si aidid ni nak tarik traffic kat blog dia utk adsense.. antara yg kena usik ialah MLM yg hot dan org2 yg ada ramai follower.hmm..:-?

Kalau nak komen... pegi la selidik dulu - kan buat malu aje ko ni?

Komen Aidid latest pagi ni pasal Akhil Hayy:
http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/01/akhil-hayy-hai-apa-nak-jadi.html#comments

Bila nak berdakwah, kena correct diri tu dulu (I dowan), kena tinggi ilmu (I know certain things only), kena jaga tata-susila (I dowan oso), kena cakap manis (tak mo, boring meh) - lepas tu yang penting sekali pada aku, mestilah jujur dan takde hasrat tersembunyi, khasnya dalam isu keuntungan duniawi dan personal agenda. Kalau aku buat blog Aididleaks ni dengan cerita hebat sensasi dan dapat pull traffic tenet bagai nak rak - rupanya tujuan sebenar aku nak buat biznes, nak dapatkan income daripada iklan nuffnang/adsense, nak kasi diri aku jadi pujaan ramai macam celebrity satu-sen-tarak-guna (jadi, satu hari nanti aku boleh buat biz jual belacan keramat) - kan hipokrit namanya tu bro, sis? OK lepas ni, udah-udah la tu pembaca budiman sekalian, janganlah lagik hantar email kat aku, atau kasi komen kat bawah tu, komplen-komplen, yang aku, Aidid Mu'addib patut buat artikel sekian-sekian, tak elok mencarut sekian-sekian, jangan maki-hamun sipolan sekian-sekian... I don't give a s**t! I study about a topic, I analyse it from top to bottom, and I will present to you anyway I like it to be presented... after all, if you don't like it, just get lost man! Capische?
 
Bomoh Hujan dan Nazaruddin aka Shamseel Amri, Zammm dan sewaktu dengannya ni mana layan fatwa macam ni...Mereka ni lebih atas dari ulama...mereka ni lebih tinggi dari fatwa...lebih tinggi dari kerajaan...hukum agama pada mereka macam air liur...ludah aje...

Mereka ni ahli Kerajaan Langit...kah kah...mereka diatas...fatwa tolak tepi la...orang yang ikut fatwa ni level bawah...tak main ah...mereka ni lebih pandai dari ulama...lagi pandai dari ulama...kah kah kah....

mereka bukan nak ikut fatwa ulama nusantara...yang mereka nak ikut fatwa arab saudi...tapi pakai t-shirt dan seluar Yankee jugak...kah kah kah...

budak sombong...susah nak diajar...kantoi sabotaj bisnes jual DVD Islamic pun takpe....janji puas hati...janji nafsuku menang...macam Yahudi...

Best sungguh ke makan duit MLM - sampai benda depan mata tak endah, siap cakap org lain terpesong, cakap org lain tak endah fatwa - Sapa yg tak endah? Aku ke ko? Ko sure ko ni agama Islam, atau agama Monavie? Ini kali berapa entah aku kasi artikel ni kat sini - mamat bahalol ni buat tak tahu aje. Suka ikut yahudi Monavie ke bang? Monavie tu keje Yahudi, tahu kan?

Kepada umat Islam, saya ingin menyampaikan apa yang telah terlebih dahulu disampaikan oleh seorang "Islamic Scholar" yang pastinya lebih arif daripada kebanyakan kita dalam bidang sebegini. Berikut adalah terjemahan "statement" daripada Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi:

Terjemahan:

Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.

Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:

1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.

Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).

Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.

Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.

Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.

Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."

Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.


Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.
 
Last edited:
ntah le. xrasa dibelasah langsung. rasa macam kena geletek2 kat tapak kaki n tiak adelah. mcm geli2 sket :eek:

Copy-paste:

Itulah pun masalah budak Melayu yang diharap dapat membesar sebagai johan, akhirnya membesar sebagai mat rempit. Ingat cerita pasal Adilah Abd. Manan dan exFuze... you know, that hani85? Sebok mau promote 7 super-foods, bersama dengan mala'un putar-alam Odie (nama matrempit-cum-fruitjuiceseller yang sama promote benda alah ni kat forum carigold). Monavie ada 19 super-foods la woi. eXfuze ada 7 apa cer? Siap putar-alam cakap aku punya penjelasan pasal compensation plan Exfuze tak betul - kepala hanggok dia tak betul. Bahalol putar-belit gila baboon punya budak Melayu. Siap kata flyer yang aku buat tu aku gubah sendiri... apa dia ingat aku dan pembaca lain bahalol macam dia ke apa. If my info is not correct, I won't print it here. Kedua-dua Adilah dan Odie tu sama aje IQ level, sebab wawasan nak jual air buah manggis dll RM192.50 sebotol. Nak jadi bznsman biar la berpada dik oi! Mende le korang neh? Tarak sekolah ka dey?

hani362.jpg


Jadi ahli? Share dengan 2 orang? Ajar new member buat benda yang sama? Bloody 'ell! Itu classical pyramid-scheme tu dik... 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512, 1024, 2048... 4194304... 4.3 billion! Aku ingat eXfuze tu kategori MLM - rupanya according to hani85, ianya kategori SKIM PIRAMID, tapi jual jus buah! Gila bab punya budak remaja yang berkeliaran di Malaysia sekarang ni. Nak kaya masa muda-muda dengan guna skim piramid ke dey? Tak nak masuk U ke, buat degree, keje rajin-rajin 10 - 20 tahun? Ah lantak korang lah! Akhir kata, sapa nak minum jus buah-buahan dari planet Zuhal (jangan sesat perjalanan, gunakanlah gadget Garmin untuk keperluan GPS anda) dengan harga yang hampir RM200 sebotol, pegi cari dua budak hingusan kat atas tu kat forum carigold. Yeehaa! Tempat terkumpulnya banyak skim piramid dan bzns shubahah di alam maya.

Hani85, kena geletek ada laaaa....?
Ko nak lagik femes ke... belum puas lagi dol?
Aku boleh contact Aidid utk ko... kasi tolong sama lu.
 
salam

huh jenuh baca dari mula..

bagi aku gelak dulu.. HA HA HA HA HA padan muka ko hani85

yang kelasiknya dah kena tutuh macam tu kat publik pun masih kata kena gletek...

pesal tak jawab soalan yang dah beberapa kali orang tanya?

KAT MANA SALAH NYA PENERANGAN AIDID? KAT MANA DIA FITNAH?

aku dah baca semua entri blog dia. (3 hari 3 malam beb) dan aku dah baca ko punya entri.. TAK PENAH PUN KO BALAS/ reply dengan hujjah dan bukti yang dia salah.

ayat ayat yang ko ulang: dia fitnah: dia tak faham: dia dengki:...

dari baca blog dia: dia memang seorang doktor yang ada klinik sendiri. pendapatan dia lebih rm17k sebulan. umur dah lebih 40 tahun. besar kemungkinan dia doktor pakar. dia banyak baca buku, terutama mengenai physic.. dan bidang perubatan, dan dia masih lagi baca journal perubatan (kau tau ke apa ni) boleh main gitar tapi tak sehebat yuna ( he he). semua yang dia tulis dia bagi sumber rujukan (kecuali bahasa bahasa kesat lah)

AKU LEBIH PERCAYA dia dari ko hani85. sebab dia ada rujukan.. sedangkan yang ko offer "jumpalah saya"

aku pun nak tanya ko macam dia tanya: math spm ko berapa? G?
dan tak payah lah tanya aku. aku kata "semua MLM(yang guna skim piramid) adalah HARAM, sebagaimana fatwa dar saudi, dari jakim dan juga pendapat utz UZAR..

mungkin ha, satu hari nanti ada orang setuju buat temu janji dengan ko. kendian bila jumpa, ko belum cakap apa apa, dia maki ko kaw kaw depan khalayak ramai.. kendian dengan senyum yang macho dia belah.siap bawa kawan kawan dia ketawakan ko..kaw kaw...
bye bye..
 
Last edited:
Tu laa...cuba ko bgtau ni kat UZAR sbb dia penasihat syariah MLM StormReaders...

salam,

ni pun satu.. ada bukti dia penasihat syariah MLM stormreaders? sila tunjuk surat yang mengatakan dia ahli panel syariah stormreaders
 
tuelah sehingga ke hari nie...xpasti lg saper aidid 2....nk juga tau...background dia....atau pun dia seorg yg kecewa dgn mlm nie....

kalau sapa sapa baca blog dia sampai habis tau sapa dia. .. sapa sapa dah biasa dengan hujjah dan bukti akan tau aidid tu betul.
 
As-salam,

Bg saya, setiap org ada pendapat masing2 dan setiap org bebas meluahkan pendapat mereka. Kalo org takmo dengar pendapat kita, takpela. Jgn la sampai kutuk mengutuk dan caci maki. Kenapa kita nak marah kalo org takmo dengar pendapat kita? Kita ni dikurniakan dengan akal dan setiap org tu akal dia berbeza. ada hikmah di sebalik perbezaan pendapat tu. Memang ada MLM yg haram dan scam. Tp ada jugak yg betul2 bagus. In fact, dah ramai jd jutawan dlm MLM ni. Kalo kita x berjaya dlm MLM, mungkin tu bukan rezeki kita. Carik la bisnes lain. Buat insuran ke, takaful ke. kalo ikut fatwa, insuran tu pun dah haram, tp masih lg ramai org islam jd agen atau ambil insuran. Pada saya, benda2 ni timbul apabila berlakunya kegagalan kpd seseorg individu yg telah pun menceburi MLM. Teori dan praktikal harus seiring. Sbb itulah kita hidup berpandukan Al-Quran dan As-sunnah (bg org yg tak anti sunnah la). Al-Quran jd panduan dan sunnah Rasulullah s.a.w. jd ikutan.

Maaf, hanya pendapat nubie.
 
As-salam,

Bg saya, setiap org ada pendapat masing2 dan setiap org bebas meluahkan pendapat mereka. Kalo org takmo dengar pendapat kita, takpela. Jgn la sampai kutuk mengutuk dan caci maki. Kenapa kita nak marah kalo org takmo dengar pendapat kita? Kita ni dikurniakan dengan akal dan setiap org tu akal dia berbeza. ada hikmah di sebalik perbezaan pendapat tu. Memang ada MLM yg haram dan scam. Tp ada jugak yg betul2 bagus. In fact, dah ramai jd jutawan dlm MLM ni. Kalo kita x berjaya dlm MLM, mungkin tu bukan rezeki kita. Carik la bisnes lain. Buat insuran ke, takaful ke. kalo ikut fatwa, insuran tu pun dah haram, tp masih lg ramai org islam jd agen atau ambil insuran. Pada saya, benda2 ni timbul apabila berlakunya kegagalan kpd seseorg individu yg telah pun menceburi MLM. Teori dan praktikal harus seiring. Sbb itulah kita hidup berpandukan Al-Quran dan As-sunnah (bg org yg tak anti sunnah la). Al-Quran jd panduan dan sunnah Rasulullah s.a.w. jd ikutan.

Maaf, hanya pendapat nubie.

yup.. cuma harap2 jgnlah toke MLM amalkan pakai doktor beli mickey mouse.. lagi satu produk MLM ni selalu dia orang claim produk magik.. macam2 penyakit boleh sembuh tapi hakikatnya..hancus. ~X(

PEACE.
 
Back
Top
Log in Register