BTC USD 82,808.0 Gold USD 4,188.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

Kalau la MLM tu semua salah atau haram, pegi je balai wat repot, bg tau sapa yg wat keje haram tu, supaya di tangkap atau di ambil tindakan, sng je..tp kebanykan pandai ckp je..ni semua ibarat anjing menyalak bukit je..pandai menghukum tp x berasas, yg mana btl tu btl la..tp ada yg berunsur fitnah..
 
sistem yg berkaitan dgn cari down line nie kebanyakkan ada syubahah baca dulu apa dia kata buat rujukan, boleh cari kat internet , ustaz itu pun yg taada conflict interest,lepas tu baru buat statement.
 
aku mmg tolak mentah2 MLM lepas baca buku Pak Dee(Rancang Wang Dari Sekarang)...bila aku pk mmg, naya ke org la skim peramid nih...cam hai-o...sekali masuk berpuluh ribu....kalo antara org yg mula2 masuk,xpala dapat untung.....cuba kalo yg level hujung2...naya nak cari downline....duit dh kluar....upline pun pening nak bubuh sape nak tolong downline...upline2 yg atas tuh, dh goyang kaki dh...
 
sila rujuk fatwa dari jakim dan mufti2 berkaitan riba dan pecahan nya...jgn fikir ikut logik kepala sbb kita ada agama yg menjelaskan segalanya...itu pun kalau nak ikut agama...sekian

Kalau bole, tlg sharekn pecahannya di sini..sy xjmp sgt! sb tuan bnyk wat research..ape kate share kt sni.. rasa ramai yg nk tgk! share dpt pahala.. itupn klu nk pahala..

Lg 1, agama tu kne blaja btuL.. skang ni mcm2 psL agama ada..nk ikutkn dr dlu lg dh ada ajaran agama yg menyimpang..jd nya, tuhan suh gak gune OTAK ikut LOGIK..bercampur dgn agama yg dipelajari dgn guru yg btuL..bkn belajar sorang2, pastu gi share kt org lain ikut hukum akal sndiri tanpa refer kt sesape..jmp dpn2 tnya.. bkn amik quote je! :)
 
okaylah, korang (mlm team) bolehla ckp aper yg korang buat tu betul, tp ini yg saya tahu
1. org2 mlm nie sumer kedekut dan xpernah belanja org, bwk gi kedai mamak pitching bagai nak rak, last2 minum kiter jgk yg bayar, rm1.20 pun xboleh banjer ke, kater income rm100k sebulan

2. org2 mlm tak penah senang, samada duit x masuk langsung, nk dpt rm50 sebulan pun susah atau duit ada dpt byk tp yg keluar pun byk sampai x senang2 jgk, x berkat la katakan

3. org2 mlm x ada langsung yg humble, sumernyer eksyen.. eksyen mcm mana? rs nyer semua org tau kan.. agresif pulak tu

4. org2 mlm boleh claim yg depa dpt rm100k sebulan, rm25k sebulan, tp x ada bukt langsung, ckp mulut jer.. tp baju balik2 pakai baju sama x tukar2

5. org2 mlm sanggup beli kereta mahal yg xmampu nak dibyr, kereta besar tp rumah.. mmg xpadan dan x semewah keretanya la.. sanggup tinggal kat rumah kecik semata2 nk beli kereta besar tunjuk kat client
perasan tak org mlm nie suka tunjuk KERETA tp ada tak yg suka tunjuk RUMAH??

6. org2 mlm hipokrit, penuh pura2 dan kwn x ikhlas langsung.. ada ke patut lps 10 tahun xcontact suruh dtg masa bln syawal yg mulia tgk bkn ada open house pun cuma nk buat demo.. nasi himpit seketul pun x hidang.. mcm nie ke kawan?

7. org2 mlm berckp kelam kabut, penuh typo, x reti guna paragraph dan english tunggang langgang.. nak eja perkataan basic pun xtau.. mcm mana la org x kata iq rendah.. dah tu sumer ckp style sama.. xkira dr kompeni mana pun.. kompeni lain2 tp ayat sama (kita org bkn mlm, berani kerana benar, kalau benar buktikan, kereta porche kalau parking dpn hotel xsama dgn kereta kancil, kita x sama dgn kompeni mlm lain, jadi jutawan dlm **tahun, dgr dulu x payah beli/join, bla bla bla)

so xkisah la haram ke syubhah ke kompeni besar ke kecik ke jadi jutawan ke bilionaire ke bwk bmw ke mercedes ke kerajaan jamin ke ustaz jamin ke, all i know is tgk org2 dier dah menyampah.. and that is why i am anti-mlm.. sekian..
 
peh,defend syarikat kafir mcm mak die nye...hahaha...aku xtau ape tu pro300/700 tu,tp aku tau riba sbb riba tu salah 1 dari perkara yg diishtiharkan perang oleh Allah dan Rasulnya... sila rujuk thread riba dlm cg ni bersepah kat seksyen agama...sekian terima kasih...

yups...sy sndri pun faham apa itu riba...sbb itu la kita dok berbincng kt sini...defend syarikat kafir? halooo...sy defend syarikat kafir ke sy perbetulkan fakta yg dibuat2??? Mana yg elok,kita contohi,kita ikuti,mana yg x elok,x betul,kita hindarkan la...senang je...even baju sluar yg tuan sndri pkai...ubat Gigi...kereta...telefon...laptop....sume2 la...pun nk ckp org kafir buat ke??? org kafir atau org Islam yg reka,cipta,buat syarikat bukan isunyer tuan...nmpknya modal kutukan tuan dh abis kot:p

poyo? hehehe...itu pndngan tuan,nk wt cmne?;)

p/s: sy sokong tuan arahkan minta maaf scara terbuka tu...kecuali org tu btul2 bukan org Islam,xpe la kot....tp utk mamat tu,tlg minta maaf scara tbuka:)
 
..bgus,itu pndngan peribadi tuan/puan...kdg2 sy sndri pun nmpk org MLM mcm tu;) cumenyer,mcm dh bnyk kali sy ulang,x semua mcm tu...hehehe...slalunya yg tunjukkn semua tu adalah dr mereka yg mungkin terjebak dgn Skim cepat kaya...bnyk bezanya tuan/puan...sekadar renungan,pnah ke nmpk ejen2 Avon buat cmtu? Jgn x tau,Avon adalah antara direct selling yg dh lama n bjaya...yes,ade sesetengah ejen MLM memaksa ejen2 dibwhnya membeli kereta mahal semata2 utk ditunjukkn pd prospek! Itu bukan cara MLM,tp cara manusia mengeksplotasikan MLM...harus faham;)
 
selepas sedikit siasatan...

Shahreel Amri tu adalah Nazaruddin..budak remaja lagi...dah kwin ke belum ni...?

Aidid Muaddib ni mungkin seorang Dr di selatan tanahair yang dulunya aktif Vemma...upline lari, lepas tu dia kecewa dan melancarkan perang terhadap MLM...orang yg kecewa...

Ada klinik...itu pasal masa terlebih ajer...aidid ni dulu mase promote vemma bukan main tak ingat duk spam link kat website orang...

Yang ngoknye Shahreel Amri aka Nazaruddin...ada ka kelentong orang mengaku doktor!!!....dasyat ko bro...
 
yups...sy sndri pun faham apa itu riba...sbb itu la kita dok berbincng kt sini...defend syarikat kafir? halooo...sy defend syarikat kafir ke sy perbetulkan fakta yg dibuat2??? Mana yg elok,kita contohi,kita ikuti,mana yg x elok,x betul,kita hindarkan la...senang je...even baju sluar yg tuan sndri pkai...ubat Gigi...kereta...telefon...laptop....sume2 la...pun nk ckp org kafir buat ke??? org kafir atau org Islam yg reka,cipta,buat syarikat bukan isunyer tuan...nmpknya modal kutukan tuan dh abis kot:p

poyo? hehehe...itu pndngan tuan,nk wt cmne?;)

p/s: sy sokong tuan arahkan minta maaf scara terbuka tu...kecuali org tu btul2 bukan org Islam,xpe la kot....tp utk mamat tu,tlg minta maaf scara tbuka:)

Kat mana kita tadi? OK, korang faham sekarang muslihat secara am, apa saja produk yang dijual cara MLM kat dalam dunia ni? Mesti promote produk tu semua macam ianya benda yang sepaling magik, paling berharga dan paling takde-tolok-banding, sebab mau jual semahal yang mungkin dia orang boleh bawak, sebab banyak komisen nak share sesama anak angkat dajjal lepas satu level ke satu level. Tak kesah kalau produk eXfuze tu tak pernah ada kajian double-blind oleh mana-mana pakar penyelidik kat mana-mana di dunia, karang aje testimoni dalam 17 bijik statement yang menyokong produk, cakap produknya hebat macam David Caruso CSI Miami gitu. Apa kesah kalau kelentong pun? Cuma, kalau David Lisonbee atau Rick Cotton atau Antichrist... lantak pi la dia orang nak buat kerja lahanat macam ni - pada dia orang duit tu semua halal @ kosher beb. Yang musykil aku ni, pehal orang Islam nak buat kerja riba' dan kelentongan ni macam kamen rider punya hebat?

Firman Allah yang bermaksud :
"Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba'"
(Al Quran - Al Baqarah:275).

Ramai yang berpendapat riba' itu adalah bunga dalam pinjaman wang kat bank tu semua ha, tapi sebenarnya ia adalah istilah yang merangkumi isu yang lebih luas daripada itu. Riba dari segi bahasa Arab bermaksud “lebihan”. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba' sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima. Lebihan ini merujuk kepada dua perkara :
1. Setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.
2. Setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.
Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba' kepada dua jenis:
1. Riba' al-Fadl (lebihan dalam penambahan).
2. Riba' al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan).
Di mana, Riba' al-Fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan dan riba' al-Nasiah merujuk kepada masa, iaitu penangguhan.

Riba' al-Fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman wang, riba' al-Fadl adalah interest/bunga yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi. Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110. Memahami Riba' al-Nasiah pula adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil. Ini merujuk kepada pemilikan (‘ayn) dan bukan pemilikan (dayn) sebagai alat pembayaran (emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang).

Banyak hadis yang menyokong isu ini.
Riwayat Imam Malik: Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata, "'Umar ibn al-Khattab berkata, "Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa' untuk sa'. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan."

Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri dan kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba'. Berlaku banyak salah-faham tentang masalah riba' oleh golongan moden kita sekarang di mana ramai yang menyamakan riba' dengan riba' al-Fadl sahaja dan mengabaikan riba' al-Nasiah. Dengan mengatakan riba' hanyalah bunga/interest adalah sebahagian daripada punca kekeliruan ini.

Banyak isunya pasal riba' ni, tapi memang dah di luar skop entry aku pasal jus buah keramat, dan nanti korang semua memberontak dan merampas kuasa pulak. Habis blog Aididleaks jadi huru-hara akhirnya. Kesimpulannya, pandangan tentang riba' itu merangkumi perkara yang tidak adil dalam perniagaan di mana seseorang yang berniaga mendapat habuan yang melebihi daripada yang sepatutnya tanpa haq yang adil dan munasabah. Orang Yahudi yang mempelopori dan dan memperkembangkan konsep riba' atau usury atau interest ini selama lebih daripada 3500 tahun (tercatat dengan banyak dalam wahyu-wahyu yang telah di courier oleh malaikat Jibrail dalam buku manual umat Islam), di dalam segenap-segi dan lapangan transaksi perniagaan adalah contoh umat yang sepaling hina dan buruk dalam Islam, dari segi perspektif dan konteks perniagaan (dan dalam konteks lain jugak, kalau kita nak kupas sungguh-sungguh pasal isu sejagat sebegini - tapi, lain kali la beb. Kita buat blog lain la pulak - Yahudileaks ok?).

Jadi, plan pemasaran eXfuze di atas menjanjikan seseorang reseller dengan keuntungan 40% retail-sale, tetapi itu bukanlah riba'. Kalau harga beliannya RM136.50 dan dijual pada pelanggan dengan harga RM 192.50, dan ada orang Melayu yang ***** dan sengal senang percaya cerita testimoni yang hebat bak kamen rider macam cakap hani85 cakap tu semua... sah transaksi tu, jangan pulak korang keliru. "Aku jual sebotol air jus buah Noni dll. ni kat ko dengan harga RM192.50". Ko jawab, "aku beli beb, meh sini aku tonggak botolnya". Sah? Sah!

Jadi kat mana riba'nya? Dengan janji bahawa ada habuan komisen daripada pencarian downline - riba' no. 1. Dengan janji bila downline ko dapat downline dia sendiri, tapi ko jugak dapat habuan, riba' no. 2. Dengan janji eXfuze bila ko dapat kembangkan kaki kiri dan kanan dan dapat habuan lagi 10%, riba' no. 3. Ada Chairman's bonus, di mana dapat habuan RM87.50 untuk kerja kuli-batak downline yang ko tak pernah jumpa langsung, riba' no 4. Lepas tu, "director check match".... aiyaya! Nak riba' lagik?

Lagi beberapa isu lain yang berbangkit: Penjualan jus buah yang dibuat dan dibotolkan oleh omputeh kat Amerika tu, status halalnya boleh diterima ke makcik? Perlakuan syarikat yang menitik-beratkan harga produk yang "sky-high" demi untuk kasi untung kepada ribuan manusia tetapi tertanggung di atas batu jemala pengguna yang lurus-bendol, sampai kasi cirit berdarah pengguna dibuatnya, style orang Islam berniaga ke dik? Keuntungan 800%-900% (anggaran kasar) atas harga asal produk (berbanding kalau jual retail) tu keje orang Islam ke dol? Meh la sini cite sket. Kecenderungan pengamal eXfuze untuk kelentong orang pasal hal perubatan, yang dia sendiri tak pernah faham sepatah haram, main hafal aje ikut brochure, akhlak orang Islam berniaga ke hani85? Ko dulu dapat Pengajian Islam masa SPM berapa dik? G?

Dalam perniagaan cara Islam, banyak turutan syarat dan keperluannya. Ini korang semua tahu, takmo ulang lagik kat sini. OK, kata la ada 5 syarat halal sesuatu transaksi perniagaan - lepas tu ko buat biz ni dan di dapati ada satu syarat melanggar etika orang Islam, sedangkan 4 syarat lagi clear - boleh kira halal lagi ke perniagaan ni? Contohnya, eXfuze ni. Kata la jus ni memang benar hebat boleh kasi kurap macam peta Amerika Selatan yang tumbuh rimbun kat celah kangkang adik ni sembuh, akad jual-beli dah clear, tiba-tiba ada riba' dalam isu komisen la pulak - masih halal jugak ke hani85? Contoh satu lagi... untuk Monafendy, gabungan dua manusia (beragama Transfer Factor ke, agama Monavie... apa nama agamanya ntah), jual produk yang betul kasi imuniti ayam dan lembu pada manusia (manusia yang perasan dia kacukan ayam dan lembu), tapi plan pemasaran TF tu sendiri ada riba' kumulatif sebanyak 58%... itu yang aku kira sendiri, tapi si Fendy sendiri claim kadar keuntungan produk TF mencecah 65%. Dengan bangganya declare kat semua orang, ianya adalah yang tertinggi di kalangan banyak-banyak bzns MLM. Sasau punya budak - itu nak jadi bahan kemegahan promosi produk cikai dia. Korang faham maksud aku? Si Fendy declare bahawa setiap RM100 duit pelanggan yang beli produk TF, RM65 daripadanya diperuntukkan untuk riba' 10 level downlines. Haiyo Ma! Haiyo Pa! Lepas tu saban hari jajap jugak produk mungkar ni sampai tak hengat alam barzakh... aku tak tipu kau punya bro. Pegi la selidik sendiri - google jeeerr Fendy dan TF. Sama jugak dengan produk Monavie tu, jus buah blended 19 jenis buah yang menakjubkan tu ha (lagi hebat daripada power of seven eXfuze), komisennya bagai nak rak - halal jugak ke Monaviecreep?



Cubalah study dan baca dulu - jgn asyik sebok nak push air jus sia-sia tu aje hari-hari... apa daaaaaa?
 
Back
Top
Log in Register