BTC USD 83,349.9 Gold USD 4,109.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

ye la...mesti la amik kos bonus tu dr penjualan brg...xkn nak amik dr duit kocek en abunz pulak?;) cume nyer,brape harga kos itu tidak menjadi isu...yg menjadi isu adalah berapa harga market...jgn terkejut klau sy bgtau brape harga utk menyiapkan sebuah kereta yg siap dgn enjin;) haaaa...atau kos membuat satu tin minuman...

Kalau nk comparekn mahal murahnyer harga produk2 MLM,comparekn produk tu dgn harga produk yg sama di pasaran luar...bukannya dgn harga kos;) hrp en abunz faham yea;) haaaa...kn dh salah?;)


memang la ikut harga Pasaran. Harga pasaran tak kan melambung tinggi kalau tak melalui MLM nih sebab korang nak kena bagi bonus kepada level2 atas bagi tiap2 barang di jual.

Jus2 lain seperti Fresh oren ker jus Manggis ker dok jual kat Pasaraya tuh baru rm 5 - 10 hinggit. Cuba buat MLM jual jus oren/manggis tuh mau tak cecah rm 100 hinggit nak bayar bonus ikut level.
 
Exactly... bahalol nak mampos mamatnya pun!
Pastu, kata org tak sekolah... hahahaha.


Kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM.

Kepada umat Islam, saya ingin menyampaikan apa yang telah terlebih dahulu disampaikan oleh seorang "Islamic Scholar" yang pastinya lebih arif daripada kebanyakan kita dalam bidang sebegini. Berikut adalah terjemahan "statement" daripada Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi:


Terjemahan:

Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.

Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:

1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.

Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).

Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.

Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.

Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.

Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."

Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.


Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.

i think i know who u are :D
i minat u la, welkam to carigold :)paid:)paid
 
memang la ikut harga Pasaran. Harga pasaran tak kan melambung tinggi kalau tak melalui MLM nih sebab korang nak kena bagi bonus kepada level2 atas bagi tiap2 barang di jual.

Jus2 lain seperti Fresh oren ker jus Manggis ker dok jual kat Pasaraya tuh baru rm 5 - 10 hinggit. Cuba buat MLM jual jus oren/manggis tuh mau tak cecah rm 100 hinggit nak bayar bonus ikut level.

Salam...tuan,bila berbicara,harus berbekalkan ilmu dan bukan amarah semata2...kenapa pulak perlu diberi bonus ke level2 atas sekiranya level2 atas(kalau pun wujud term level2 atas..) ni x berusaha? x btul2 buat bisnes? klau setakat tdo goyang kaki,sy jamin mereka2 ni xkn dpt ape2 bonus...

knape plak kene harga jd lebih mahal klau company2 jus Oren rm5-rm10 ni buat jd MLM?harganya sepatutnya hampir sama atau sama dgn harga pasaran..kenapa? kerna budget2 yg spatutnya digunakan utk pengiklanan dijadikan bonus utk distributor...KALAU harga jus tu jd sehingga rm100 cnthnye,atau harga produk gelang dr rm78 jd rm1k sekalipun,MAKA sy sndri akan tentang company tu habis-habisan...spt apa yg saudara aidid tulis dlm blognyer..kerana harga yg dinaikkn shingga melampau itu,maka barulh hukumnya jd HARAM...

itu lh sbbnya sy menggesa sume kwn2 tuan puan sekalian,x semua company MLM ni salah...konsep MLM kene tau...ok,harap dpt membantu;)
 
aku paste balik dari blog aidid .. sila jelaskan kat mana salah dan aper yang sebetul-betulnya ... jgn dok konar baring kot lain ;

sebab kau promote jus nih
aku copy paste ... tolong jelas dan perbetulkan ....

riba.jpg


Korang boleh tengok carta plan pemasaran eXfuze kat bawah ni. Keuntungan reseller aje dah 40% untuk setiap botol. Lepas tu taja sorang downline, dengan paksaan (kalau tak berambus ko!) belian starter pak 1 (dapat 4 botol jus keramat) dengan harga RM700, dapat komisen RM56 satu kepala. Lepas tu kalau downline tu jual satu starter pak kat downline dia pulak, ko pun dapat lagi RM28, lepas tu ada komisen binary 10% bang, kak.... dan lagi dan lagi... sampai 7 cara komisen meh. Gila-gila punya kaya dengan sumber komisen kiri-kanan-atas-bawah. Tak silap aku (aku malas nak kira sebijik-sebijik), sampai 60% daripada harga sebotol jus ni, hanya untuk bayar komisen lepas satu level ke satu level. Itu belum lagik keuntungan syarikat induk eXfuze yang hantar Pedro Gonzalez pegi petik buah Acai Berry kat hutan Amazon tu, belum kira kuli eXfuze si Sepol yang panjat pokok manggis kat Segamat, dan pastu bawak berkontena ke US.... dan 5 buah lain tu semua daripada serata dunia. Korang follow aku tak neh?

Sekarang, berapa harga sebotol eXfuze sebenarnya, kalau dia orang letak jus keramat ni kat Tesco? Bila mana produknya takde nak bayar 60% pada hieraki MLM dia orang ni, dan takde nak bayar kat Rick Cotton (CEO) untuk dia beli yacht dengan harga 21 juta USD, takde nak bayar royalti sponsor kat Seth Joyner, Terry Borcheller, Nat Moore, John Fox, Fred Funk... dll (nak sponsor athlete mahal woi!)? Biar betik korang yang promote mende ni? Senang sungguh ke nak kena kelentong oleh alkafirun omputeh ni semua? Ingat eXfuze tadi ambik 5% untung aje ke? Campur 60%, jadi 65% untung... kira fair la gitu? Safe bet, omputeh tu mesti ambik ambik untung lagi 30%, maybe? Yacht tu mahal dik, dan nak sponsor olahragawan terkenal pun mahal wei! Jadi harga sebenar sebotol jus cikai tu hanyalah RM19.25? Woi hani95... matematik SPM dapat berapa? G?
 
sabar2...

semakin panas thread ni nampaknya..

Bagi sayala pokok pangkalnye kita sebagai orang Islam
ikutla cara Islam dalam berniaga....
Jangan ada unsur riba,penganiayaan dan penipuan dalam berniaga.

Jujurlah pada diri sendiri.....
Malulah pada diri sendiri......

Yang Halal itu jelas...
Yang haram itu jelas...
dan ditengahnya syubhah atau keraguan..

Seeloknya jauhilah syubhah...
dan jangan cuba2 menghalalkan yang haram dan sebaliknya...

Seterusnya rujuklah pada yang pakar dan benar2 mengetahui
dalam bidang agama.Jangan main2 dengan hukum agama.
 
Berbincang bab hukum ni atas kesedaran prihatin sesama saudara islam, tapi kalau bahasa yang digunakan dah sampai ke tahap mengeji sesama sendiri, silap2 perbincangan ni dah jadi hukum haram..harap2 tak la ye. Alim ulamak pun tak berbincang hukum halal haram atas perkara2 yg khilaf di forum2 internet..ini kan kita sesama sendiri yang tersasar jalan. Bab judi, minum arak, tak tutup aurat dah mmg jelas..yang tak jelas tu..harap hati2 dan harap tak sampai ke tahap sampai nak berijtihad walaupun belum cukup ilmu. Mohon dijauhkan dari godaan syaitan.
 
sekadar renungan, diam tak bererti kalah/kurang bijak. byk bicara tak bererti menang/bijak. kepada sesiapa yg byk berbicara sila jgn aggap anda org yg bijak jika berbicara tidak bersandarkan ilmu dak fakta. sy ada sebab kenapa tidak mahu menceritakan tentang plan secara detail di internet kerana; 1)cenderung untuk dispekulasi/ dimanipulasi oleh sesetengah pihak yg ingin menjatuhkan, yang bukan benar2 mahu tahu tentang bisnes, 2)untuk memahami plan tersebut secara detail mengambil masa (sy sndri mengambil ms 2 minggu melalui one to one coaching untuk benar2 memahami plan). dan sy yakin jika sy postkan plan secara detail di internet tiada siapa akan benar2 faham- lalu proses yg sama berulang- spekulasi dan tindakan2 menjatuhkan akan berlaku lagi (mengambil kira sikap 'manusia2 tertentu di sini'). perkara ini akan berulang2 dan tiada penghabisan. jadi sy mengambil keputusan hanya akan menceritakan tentang plan kepada sesiapa yg benar2 berminat dan ignore mereka2 yg tiada minat untuk tahu tentang bisnes. kerana, org yg bijak perlu memanfaatkan masa dengan sebaiknya dan tidak perlu membuang masa dengan sesuatu yg tiada faedah.
 
aku pun tak paham, tapi yg HPA buat tu mcm mne??
score a, siap dapat sijil MLM halal lg(betulkan kalau salah)
 
sy juga ingin cuba membuka minda tuan2 sekalian. jika mengambil sumber dr tempat yg tidak sepatutnya, contohnya seseorang yg mahu menimba ilmu tentang rekacipta, tp belajar di di dalam jurusan accountacy, dapatkah ilmu tersebut dipelajari sepenuhnya? sama seperti sesiapa yg mahu tahu tentang pelan pendapatan sesuatu syarikat, tapi mengambil sumber dr seseorang yg tidak pernah mendengar secara direct tentang pelan pemasaran syarikat tersebut (yg mana semuanya hanya spekulasi semata2) , tidakkah ini terlalu menampakkan dan menonjolkan keb*d*han tindakan org yg memetik sumber itu? bertindak b*d*h dan bod*h mempunyai maksud yg berbeza. org yg bijak juga kadangkala bertindak b*d*h. cuma sy berharap 'sesetengah golongan' tidak bertindak terlalu jauh dengan tindakan2 b*d*h yg akan membuatkan org hilang hormat dan seterusnya menganggap anda benar2 b*d*h. maaf jika bahasa sy sedikit kasar, tetapi setiap tindakan/bahasa kita menjadi tontonan umum jd sebaik2 nya awasila perlakuan/bahasa kita.
 
Back
Top
Log in Register