BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

sambungan....

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

kredit: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-haram.html

semog segala kemushkilan terjawab. wallahualam :)
 
tahniah la cik hani sebab andan pertahan hujan anda dengan fakta, macam mana plak dengan TT untuk pertahankan hujan beliau yang semua MLM ni haram???
 
kat tempat aku plak ada kawan yg bengong bangat nie,,nak ajak aku masuk mlm tapi taknak kasi tau mlm apa nama,modal berapa,,yg dia ajak pegei dengar talk,pastu kat sana habis la kena pikat soh masuk haram jadah mlm apa tah,, nie yg hidden mlm kategori haram aku taknak masuk...he3 tapi simple kira2 dia 1org cari 5org = 5org cari 5org = 25org cari 5org =50orang cari 5org = 250org cari 5org = 1250org cari 5org = 6250org cari 5org =31250org cari 5org =156250org cari 5org = 781250org cari 5org = 3906250org cari 5org = 19531250org cari 5org =97656250org cari 5org =488281250org rasa nya dah termasuk rakyat singapore,,last2 orang paling last pustih mata sebab dah tepu,,compeny tak larat nak bayar bonus pada upline yg utama dan pertama,so harga barang yg rm10 boleh jadi 1k,,last2 compeni lingkup kita buka mlm baru,,,aku tidak masuk mlm sebab ada unsur penindasan pada orang bawah itu hanya pendapat aku,,aku tidak kata haram tapi pikir2 lah
 
tahniah la cik hani sebab andan pertahan hujan anda dengan fakta, macam mana plak dengan TT untuk pertahankan hujan beliau yang semua MLM ni haram???

sbnya rmai yg xmenyokong pendapat aidid tu. yeah tak dinafikan certain2 mlm menggunakan cara yg salah untuk menarik org. produk jual harga xmunasabah, ada unsur money game dan sebagainya (macam kes ** *****). but takkan disebabkan certain2 mlm yg corrupted mcmni, yg lain2 kena bahan jgak? xadil mcm ni. score A pun kena. monavie pun? adehhh.... tak terkata.

n apa yg sy pelik tu, dlm rmai2 yg mengkondem beliau dlm thread ni, kenapa sy yg dijadikan target? ada acara tersembunyi ke? sy xberniat nak bergaduh dgn dat guy sbb sy rs no need to do that. biasala xsemua org yg boleh terima apa yg kita buat. mcm forex. ada org boleh terima ada yg tak boleh terima (isu halal n haram). terpulang kepada masing2. kalau rasa apa yg kita kerjakan bermanfaat untuk diri kita n org lain, so y not. just go ahead. we cant force all ppl to love wat we do.

just live with our belief. if ada org yg menghamun memaki anggap jela suma tu cabaran :D
 
dia jadi macamtu sebab dia xpaham prinsip mlm ni. main hentam semberono. pastu dgr cita dr org yg join mlm yang salah. jadila mereng cmtu. mengarut tahapa2.

rasanya awak yang stat hentam dia dulu kot..pasal tu dia bantai awak..dah baca blog dia??rasanya isi yang dia bagi berfakta dan bernas kot..

dari blog ustaz kata sistem piramid haram..(kalau tak salah..baca sambil lalu)..dalam mlm yang awak buat bukan ada sistem tu?kalau tak silap apa yang aidit tulis bukan masalah jualan runcitnya..masalahnya sistem piramidnya...kat bawah tu petikannya dari blog aidit sendiri..

"Jadi, plan pemasaran eXfuze di atas menjanjikan seseorang reseller dengan keuntungan 40% retail-sale, tetapi itu bukanlah riba'. Kalau harga beliannya RM136.50 dan dijual pada pelanggan dengan harga RM 192.50, dan ada orang Melayu yang ***** dan sengal senang percaya cerita testimoni yang hebat bak kamen rider macam cakap hani85 cakap tu semua... sah transaksi tu, jangan pulak korang keliru. "Aku jual sebotol air jus buah Noni dll. ni kat ko dengan harga RM192.50". Ko jawab, "aku beli beb, meh sini aku tonggak botolnya". Sah? Sah!


Jadi kat mana riba'nya? Dengan janji bahawa ada habuan komisen daripada pencarian downline - riba' no. 1. Dengan janji bila downline ko dapat downline dia sendiri, tapi ko jugak dapat habuan, riba' no. 2. Dengan janji eXfuze bila ko dapat kembangkan kaki kiri dan kanan dan dapat habuan lagi 10%, riba' no. 3. Ada Chairman's bonus, di mana dapat habuan RM87.50 untuk kerja kuli-batak downline yang ko tak pernah jumpa langsung, riba' no 4. Lepas tu, "director check match".... aiyaya! Nak riba' lagik?
"

yang lain bole baca sendirik kat blog dia..yang dia tekankan sistem piramidnya..

bab khasiat saya tak tau..tak penah minum..so tak sokong mana-mana...

so sedari hani, atau MLMers..selain dari keuntungan runcit tu korang samggup ke makan duit dari sistem piramid tu?..tu je..

p/s:dulu gua pun terjebak..entah sape la downline gua..harap kalau ada kat sini gua mintak maaf de...gua jahil dulu..huhuhuhu
 
Last edited:
susah jugak nak betul kan org yg rasa dirinya betul. terutama, bila dah dapat duit byk dr sistem yg tak berapa nak betul. mcm2 dalil yg akan kuar. masing2 mempertahan kan sistem masing2. pada aku, aku tetap aku.. say no to MLM. huhuhu
 
zaman skang ni mmg kena ada riba...
zaman skang bukan mcm zaman dulu...

zaman dulu mana ada gaji pekerja yg perlu dibayar.. company etc..

so nak taknak kena ada riba..
kalau x:
- celah mana nak bayar gaji pekerja
- sewa bagunan ..
- dev company(perluaskan company/service perkhidmatan) ..
- cukai etc plak

Uish,
Bahaya tu bro cakap macam tu.
Riba tu jelas haramnya dalam al-Quran.
 
Nak confirm ambillah penasihat syariah..Modal juta boleh ada knape nak ambil panel pun berat..Terlalu sikit company mlm yng ambil penasihat syariah. Yang aku beberapa jer skang. Stormreaders dan Score A dan maybe ada lg. Kalau ada panel syariah x perlulah was2 lagi,sebab dorang yng tanggung kang, cuma jalankan ikut etika dan syarat. Wallahu'alam...

Kadang ini yang menjadi masalah kepada syarikat MLM yg tak patuh dengan syariah, sebab kalau nak amik panel,diorang terpaksa rombak balik sistem diorang.So,kalau ade yg berani berubah, mereka akan lantik panel penasihat syariah,kerana yang bertanggungjawab atas halal/haram syarikat dan sistemnya terletak pada panel penasihat syariah tersebut.
 
Petikan dari http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/11/koleksi-flyers-aidid-muaddib.html

PerGhh.. dia bole "xkesah Uzar ke, MUFTI ke..".. ckp halal ke x..
adoi.. dia ni mufti ke atau geng ayah pin? wat fatwa sndiri.. lawan MUFTI..
dh bnyk sgt ke iLmu nk "xkesah mufti" bg fatwa... :(scam~X(:o:-?

Pehal kasi cerita separuh jalan bebe... saja2 nak burukkan Aidid Mu'addib ikut agenda sendiri? Ada sambungan lagi statement tu...

Contoh apa yg mamat Aidid tu cakap:
"Dan jangan pulak buat fitnah pasal Aidid Mu'addib. Saya tak pernah ingat ada menulis atau mengambil apa-apa artikel ustaz Zaharuddin dalam mentafsirkan hyprobulksms sebagai haram. Sorry ustaz (no offence intended... although I read most of your articles on biz and all sort of other topics you presented), saya tidak ambil isu halal-haram tentang skim ini daripada penerangan ustaz Zaharuddin langsung. Ustaz Z bukan majlis fatwa. Saya ambil isu halal-haram daripada majlis fatwa negeri, majlis fatwa kebangsaan dan majlis Ijma' Fiqh Sedunia... yang semuanya mengatakan bahawa skim piramid itu haram. Dan hyprakbullshit ini memang skim piramid. That's it."

34664_116572955056923_100001126572370_95052_2541106_n.jpg


Apa yg ko buat tu ayat tergantung... jgn buruk perangai.
 
aku rase ramai yang condemn MLM dan direct selling, 90 percent adalah mereka yang makan gaji. mereka ni tak pikir macam orang bisnes...tu sebab mereka ni perlekeh MLM dan direct selling...pada aku takde masalah timbulkan isu, tapi kalau 100 percent salah macam si aidid buat tu, nampak sangat lah ilmu bisnes tu takde..

Isu ni sebenarnya berasaskan daripada dua sistem distribution produk iaitu:-

1) Conventional Distribution System

2) Direct Distribution System (Innovative Distribution)

Aku tak nak cerita panjang...korang cubalah google...secara kesimpulannya, conventional distribution system tu dah brape ratus ribu tahun tapi Direct Distribution System using MLM compensation plan ni hanye berlaku dalam 100 tahun kebelakangan ini...ianya satu innovative dalam sistem pengedaran produk di mana untuk participate dalam perniagaan anda tak perlu modal besar, tak perlu product sendiri, tak perlu ofis, tak perlu kerja 8 jam sehari, etc dan etc....

fikirkanlah...sesungguhnya ilmu tu luas...lepas bincang semua ilmu, baru letakkan hukum...hukum muamalat pada asalnya adalah HARUS...
 
Back
Top
Log in Register