BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

tak tau aku nak ckp ... cuma aku teringat .. bile join .. kena cari org join ... pi la jumpa family atau kawan2 rapat .. ajak masuk ... lepas dah masuk ... tibe2 syarikat lak cap penipu atau sebagainya ... habis kawan2 lari dan jauhkan diri dari kita :))

i like :)cgrock:)cgrock
 
actually.....bukan takde trading company yg blh jual / hasilkan produk camtu cuma kadang2 produk tu dah di sealed agreement dgn company MLM yg pasarkan produk tu....

"hanya company A shj boleh pasarkan produk tersebut...tidak boleh ada company lain atau kedai lain...."

kira mcm sole distributor la...dan adakalanya sykt tu dh beli paten formula produk dr pengeluar asal....so...nak tak nak...kita kena jd ahli sykt utk dpt harga murah...

kalau camni..camana pulak:

satu mini market ni, adakan kad keahlian. yuran rm10 setahun atau rm30 setahun....setiap kali beli barang runcit kat kedai dia n tunjuk kad...dpt diskaun harga 10-20%

tu MLM ke, affiliate? Apa lak hukum dia? anyone can ask aidid tu?

Loyalty Programme...tujuan utama nak kekalkan kesetiaan pelanggan untuk shopping dengan kita.

Hukum? kena tanya yg pakar...:)
 
Betul tu..antara kehancuran masyarakat selain penipu2 duit orang dan scam ni, wujud jugak ustaz2 segera yang tiba2 dah boleh jatuh hukum tanpa rujuk pada ijmak ulama, cukup pada sorang guru je, dah tiba2 boleh buat ijtihad...tu yg ada golongan mcm ayah pin, anak sanggup bunuh mak sbb belajar ugama sendiri2..baca buku je...silap2 golongan2 ni lagi bahaya kot..:D:D:D:D
 
hancur abis ekonomi islam dek kerana MLM ni
 
MLM jual barang lambat mau kaya dan dalam jual barang tu ada barang yang OK dan ada barang yang low quality. Secara amnya semua barang akan berlipat ganda harganya jika nak dibandingkan jual secara retail (7-eleven atau kedai runcit biasa). Usaha kena lebihlah kalau join MLM jenis jual produk ni. Jualan mesti mau banyak baru boleh naik pangkat.

MLM jual pangkat gerenti cepat kaya kalau tak hangus duit tu...
 
kalau psl riba tu....konvensional biz pun ada riba....:)

cth: beli brg harga A...jual pada harga B....riba la tu untung yg dpt tu....

so, xleh nak kata MLM je ada riba...byk sgt2 ada riba dlm hidup kita skrg ni...:)

ni pun mengelirukan juga. maksudnya macam riba ni perniagaan dan perniagaan tu adalah riba. cuba fahami firman Allah dalam surah al-Baqarah 2:275:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (275)
 
Mengapa MLM boleh jadi skim cepat kaya?

Pengertian MLM mungkin ramai yang sudah mengetahui dan mungkin juga ramai yang masih samar. Biar saya jelaskan di sini. MLM ialah satu kaedah pemasaran. Ia bukanlah bisnes itu sendiri tapi satu cara memasarkan produk atau perkhidmatan. Selain MLM, produk dan perkhidmatan juga boleh dipasarkan melalui internet, pengiklanan di tv, radio, surat khabar dan sebagainya. Adapun MLM ialah pemasaran yang menggunakan rangkaian manusia.

Asasnya kaedah pemasaran ini diwujudkan adalah untuk melebar luaskan pemasaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Selain pembinaan rangkaian yang luas, pemberian komisyen atau bonus kepada mereka yang menjual dan menaja pengedar lain menyebabkan kaedah pemasaran ini mendapat perhatian.

Jadi bilakah MLM boleh menjadi skim cepat kaya? Ada beberapa keadaan sebenarnya.

1. Apabila ia digunakan untuk memasarkan skim pelaburan atau 'money game'.
2. Apabila 'plan dapat duit cepat' lebih dipentingkan berbanding produk.
3. Apabila penajaan lebih dipentingkan berbanding penjualan produk.

Kalau ingin dibicarakan secara hukum pula, kita boleh merujuk tulisan ustaz Zaharuddin.net.

Sepatutnya MLM hanyalah dijadikan sebagai satu kaedah pengedaran produk yang berkesan. Produk merupakan perkara yang diniagakan dan bukannya plan pemasarannya. Plan pemasaran hanyalah cara-cara untuk kita mengira berapakah keuntungan yang diperolehi.

Ketaksuban usahawan MLM menjaja pelan pemasaran dan menjaja pelaburan telah menyebabkan MLM dipersalahkan. Ia juga telah menyebabkan orang ramai keliru dengan MLM sebenar dan sebaliknya.

Saya ingin menyerulah kepada usahawan MLM di sini supaya kita kembali kepada asas perniagaan MLM itu sendiri iaitu penjualan produk. Kalau ada orang berminat dengan bisnes barulah kita jelaskan cara memasarkan produk dan cara untung dikira. Jangan terlalu pentingkan 'cari orang' atau 'pelaburan' sehingga produk langsung tidak dibicarakan.


http://www.bicarajutawan.com/forum/t31555/
 
Back
Top
Log in Register