BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

So, bak mai free DVD ko kat sini...cepat...27 juta orang sedang menunggu...cepat la wei...aku nak DVD free, manenya...

Ko tak paham bisnes...ko tak paham yang Islam juga berkembang melalui bisnes...baca lah sejarah...jangan ingat, asal jual aje dikira jual Islam...

Cpt bagi alamat ko, biar ramai2 kita serbu amik DVD free...jangan ko SCAM pulak...orang sedang save duit untuk beli DVD sebab ko janji nak bagi DVD free, last2 ko pulak tak bagi...so, mereka yang berharap tu tak dapat ilmu...sebab duk tunggu DVD free dari ko yang tak kunjung tiba...

Ko boleh nampak tak natijah ko offer benda yang tak masuk akal...

Cepat Nazaruddin, send us your FREE DVD!!!

aperla encik nie, kan ader dlm utube, the arrival part 1, the arrival part 2, yg ader malay subtitle pun ader.. amek jer la kat situ.. jgn kan 27 juta, 6 billion org pun boleh tgk free jer.. encik shahreel tu just bg brg free yg dah mmg free, dpt pahala gak :D
 
sampai hati encik ckp saya xlayak utk berbhs.. saya pun byr streamyx jgk, beli lektop jgk.. forum nie pun saper2 boleh masuk, xkan la saya xlayak utk bersuara encik? :">:">

baiklah, encik shahreel pun dah jwb soklan encik..

ader jgk org anti harun din, konpius #:-S

apa2 pun, biasala tu, adat berniaga.. bila permata hijrah keluar, b-trang tiru
bila ogawa keluar osim tiru, bila starbucks wujud, wujudla coffe bean

encik xkan nk ckp, wahh coffee bean tabur pasir dlm teko kopi starbucks?

saya pun kdg2 letak kuih free kat pantry ofis saya, sbb nak bagi staf2 yg gaji rendah makan, sdgkan ada org jual kuih kat situ.. xkan nk kater saya tabur pasir kat tray kuih tu kot, sdgkan saya cuma nk bersedekah?

apa2 pun syabas pd encik shahreel sbb menyebarkan cd the arrival sbb itu mmg sstu yg seluruh umat islam patut tahu :)cgrock:)cgrock

awak tak nampak isu sebenar...

adakah awak rase pekerja coffee bean masuk dalam kedai Starbucks, lepas tu jual coffee bean depan casher Starbucks?

adakah awak rase Osim pergi jual barang dia dalam kedai Ogawa? Ada awak nampak pekerja Osim masuk dalam kedai Ogawa then lepas tu tarik customer Ogawa supaya masuk ke kedai Osim?

Ada ke?

Masalahnya si Nazaruddin aka Shahreel Amri ni, pergi masuk ke kedai online budak yang jual CD tu menggunakan identity palsu dan buat spam dan merosakkan perniagaan orang tu!

Awak nampak tak beza dua senario...

Persaingan berbeza dengan sabotaj...yang Osim, Ogawa, Starbucks tu depa BERSAING dengan penuh etika...tapi apa yang Nazaruddin aka Shahreel Amri tu buat ialah SABOTAJ!!!

Persaingan hukumnya HARUS dan sabotaj hukumnya HARAM. Dosa khianat pada manusia akan kekal sehingga dia mohon maaf kepada orang itu...

Faham tak bro!

Sekarang budak Shahreel Amri ni pergi masuk dan attack semua peniaga MLM kat CG ni...ini namanya khianat atau SABOTAJ...
 
Mak ai! Mangkok-hayon, ko dungu ka?
Itu cerita bila tu samdol? Takde kose aku nak buat DVD lagi dah...
Mamat wahabi tu dah bungkus, stop aje la pasal DVD tu.
Itu la lain kali, tak tahu ujung pangkal jgn nak komen, nak tuduh org bukan2.
Kan dah malu? Fitnah buta2 la ko mangkok Monavie...
Eh, ko mana tahu malu. Jajap produk skim piramid, kasi anak-bini makan.
Nak malu apa? Elok sgt la tu org Melayu oi...

Tu la akibat PEKERJAAN KHIANAT ko tuh...seorang peniaga tutup kedai sebab kes khianat dan sabotaj ko...ko plak melepaskan diri lepas janji nak kasi DVD free...tengok akibat kerja khianat ko?

Kalau tak khianat, mungkin lebih ramai yang dapat tengok DVD tuh...Lebih ramai yang akan dapat manfaat...bukan semua orang ada internet kat rumah...

Ko takkan rase yang ko sedang buat keja khianat dan sabotaj...sebab ko tak paham bisnes...1) sebab ko budak2, mak pak ko bagi duit... 2) orang yang doctrine ko pun dia makan gaji..dia tak pernah rasa penat lelah orang meniaga...

mengucap bro...ini baru je satu pengakuan ko tentang dosa ko mengkhianati seorang yang mencari rezeki dengan menjual DVD islamic...besar DOSA tu bro...

Insaflah Nazaruddin...
 
Last edited:
awak tak nampak isu sebenar...

adakah awak rase pekerja coffee bean masuk dalam kedai Starbucks, lepas tu jual coffee bean depan casher Starbucks?

adakah awak rase Osim pergi jual barang dia dalam kedai Ogawa? Ada awak nampak pekerja Osim masuk dalam kedai Ogawa then lepas tu tarik customer Ogawa supaya masuk ke kedai Osim?

Ada ke?

Masalahnya si Nazaruddin aka Shahreel Amri ni, pergi masuk ke kedai online budak yang jual CD tu menggunakan identity palsu dan buat spam dan merosakkan perniagaan orang tu!

Awak nampak tak beza dua senario...

Persaingan berbeza dengan sabotaj...yang Osim, Ogawa, Starbucks tu depa BERSAING dengan penuh etika...tapi apa yang Nazaruddin aka Shahreel Amri tu buat ialah SABOTAJ!!!

Persaingan hukumnya HARUS dan sabotaj hukumnya HARAM. Dosa khianat pada manusia akan kekal sehingga dia mohon maaf kepada orang itu...

Faham tak bro!

Sekarang budak Shahreel Amri ni pergi masuk dan attack semua peniaga MLM kat CG ni...ini namanya khianat atau SABOTAJ...

biarler dier sabotaj org yg dah sabotaj harun din.. harun din tu bagus tau, ubatkan org xmintak upah pun, hrpkan saham akhirat jer..

encik xrasa pelik ke ustaz pun ader org nak anti? lain la ustazah M, itu dah mmg ramai org xsuka hehe
 
Salam....tq sbb menyokong company MLM yg tulus...say NO to MLM yg salah! :)
 
sape ustazah M? Pelik klau org x suke Harun Din..
 
Tu la akibat PEKERJAAN KHIANAT ko tuh...seorang peniaga tutup kedai sebab kes khianat dan sabotaj ko...ko plak melepaskan diri lepas janji nak kasi DVD free...tengok akibat kerja khianat ko?

Kalau tak khianat, mungkin lebih ramai yang dapat tengok DVD tuh...Lebih ramai yang akan dapat manfaat...bukan semua orang ada internet kat rumah...

Ko takkan yang ko sedang buat keja khianat dan sabotaj...sebab ko tak paham bisnes...1) sebab ko budak2, mak pak ko bagi duit... 2) orang yang doctrine ko pun dia makan gaji..dia tak pernah rasa penat lelah orang meniaga...

mengucap bro...ini baru je satu pengakuan ko tentang dosa ko mengkhianati seorang yang mencari rezeki dengan menjual DVD islamic...besar DOSA tu bro...

Insaflah Nazaruddin...

alahai encik nie, braper sgt la modal nk menjual dvd kat FB.. xpayah buat loan bank pun.. cara encik ckp tutup kedai tu mcm la itu sumber pencarian utama dia..

mari kita stick to the topik ok, adakah mlm haram?
 
ok...utk kesekian kalinyer...Telah dibincangkan dan dipersetujui; Jika kesemua point2 menepati syariah,maka company tu tidak haram..maka,boleh lh kita mencari rezeki di situ..TAPI,mmg wujud MLM thx ikut syariah,maka HARAM lh:) klau x silap sy,ade 9 perkara yg perlu kita selidik btul2 sblm join sesuatu company MLM...sy dh selidik utk Exfuze,sbb tu sy join;)
 
Yang Haram Itu Haram. Yang Shubahah?

Tujuan utama saya menulis kali ini adalah untuk kasi penerangan yang simple dalam isu MLM dan skim piramid. Islam itu mudah dan Islam itu tidak menyusahkan umatnya.

Sekarang, kita ni semua "stuck" di kancah permasalahan yang besar, dan ramai daripada kita tak ambik kesah pun pasal isu ini. Umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia berhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaitu keterlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atau harta yang diperoleh melalui sumber yang shubahah atau haram. Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanya transaksi-transaksi yang tidak mematuhi syarie dalam kebanyakan institusi-institusi kewangan konvensional serta dalam perniagaan-perniagaan yang diamalkan oleh umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh, seperti wang faedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba'. Ramai yang mengambil mudah dalam hal ini dengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Semua orang buat, apa nak kesah?

Perkataan shubahah itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bererti samar, iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya "Halal dan Haram dalam Islam" mendefinisikan perkara shubahah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang dan haram yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yakni masih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram. Beliau menjelaskan cara yang paling afdhal ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang shubahah ini bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Ini termasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (shubahah)". (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Dalam permasalahan MLM, memang sudah lumrah manusia, senang cerita lumrah orang Melayu kita ni, kalau tak ditunjukkan depan mata dia atau kalau tiada alim ulama' yang dia kenal "personally" dan duduk sebelah rumah yang ada kata yang bendanya haram, mesti dia cari jalan untuk menghalalkan apa saja jenis perniagaan yang dia ceburi. Putar-putar alam sesedap rasa gitu, mengelongsor, kasi keluk-keluk... macam uloorr. Kalau seseorang itu benar-benar Islam luar dan dalam, sudah pasti dia akan prihatin berkenaan perkara ini, sebab duit rezeki ni nak kasi diri sendiri dan anak-bini makan, nak beli macam-macam, dan jugak untuk menyekolahkan anak.

Multilevel marketing secara harfiah adalah pemasaran yang dilakukan melalui banyak level atau peringkat, yang biasanya mengandungi satu ciri utama iaitu, adanya entiti dengan istilah upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah). Itu anda semua dah masak. Lepas tu ada berbagai bentuk pulak model dan mekanisme MLM tu - matrix, vertikal, horizontal, 2 kaki, whatever.

Itu semua adalah preteks untuk buat kerja shubahah MLM. Untuk buat perniagaan yang bercanggah dengan syarak. Mana ada kes 5% haram atau 67% haram atau 99% haram. Kalau dah haram, haram aje la. Dalam Islamic commerce, ada kriteria yang telah sedia dirungkaikan sejak zaman berzaman, dah lebih 1400 tahun. Mesti niat hendak berniaga, dan bukan niat nak menyamun atau nak kelentong. Mesti ada akad, iaitu ijab dan qabul. Ijab - "aku jual mende ni dengan harga 10 hengget". Qabul - "aku beli mende ni dengan harga 10 hengget". Sah? Sah! Dalam perniagaan style orang Islam jugak, mestilah timbangannya tepat, tanpa penipuan dalam apa bentuk sekalipun (seperti contoh jual beras yang basah), tiada penganiayaan (contoh beli sterika pakai 17 kali dah berasap) atau kelentongan (seperti ko minum Monavie/TF/Vemma/eXfuze ni, atau ko pakai pad superman berherba Avail ni, nanti dapat elakkan penyakit A sampai Z), dan tiada pulak riba' dalam segala jenis bentuk dan permutasi. Dan barang yang dijual-beli itu adalah halal tanpa kompromi, dan produk itu sendiri juga tiada shubahah.

Dalam isu akad itu sendiri, anda semua pernah dengar istilah "shafqatayn fi shafqah", atau "bay’atayn fi bay’ah"? Isu ini telah banyak dinyatakan dalam hadith Nabi SAW, antara lain, sebagai berikut:

1. Dari Abu Hurairah r.a., yang menyatakan (maksudnya): “Nabi SAW telah melarang dua pembelian dalam satu pembelian.” Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa’i dan at-Tirmidzi.

2. Hadith dari al-Bazzar dan Ahmad, dari Ibnu Mas’ud yang menyatakan: “Rasululllah SAW telah melarang dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”

Dalam hal ini, Imam asy-Syafi’e memberikan keterangan (syarh) terhadap maksud bay’atayn fi bay’ah (dua pembelian dalam satu pembelian), dengan menyatakan, bahawa jika seseorang mengatakan: “Saya jual budak hamba ini kepada anda dengan harga 1000, dengan catatan anda menjual rumah anda kepada saya dengan harga sebegini. Ertinya, jika anda menetapkan milik anda menjadi milik saya, saya pun menetapkan milik saya menjadi milik anda.” Dalam konteks ini, maksud dari bay’atayn fi bay’ah adalah melakukan dua akad dalam satu transaksi, akad yang pertama adalah akad jual beli budak hamba, sedangkan yang kedua adalah akad jual-beli rumah. Namun, masing-masing dinyatakan sebagai ketentuan yang mengikat satu sama lain, sehingga terjadilah dua transaksi tersebut termasuk dalam satu aqad. Maka jika kita berbalik kepada sistem MLM, keadaan akad perniagaannya ada melibatkan dua, tiga, empat dan lebih lagi dalam satu-satu transaksi. Setiap perpindahan wang dari seorang manusia kepada seorang manusia lain - itu adalah satu transaksi perniagaan, betul? Sebagai contoh, bila saya join hyprakbullshit (sekali akad) Xtreme1000 dengan kasi Hairul Nizam RM1000, dan saya pulak salesman (oh sori... affiliate) yang hebat gila mengalahkan Robert Kiyosaki yang jual ntah apekebenda tu, setiap level 10 kebawah akan kasi saya duit 40 hengget (10 transaksi), maka ini adalah larangan yang nyata dalam syarie. Tiada kompromi. Jadi apa gunanya Hairul tulis hukum muammalat hyprak tu? Mau kasi bunyi-bunyi keagamaan dalam skim piramid tu, gitu? Hipokrit gila babat, tahap gaban dan cipan. Itu dah jadi 10 transaksi dalam satu akad tu, ain't it?

Ada bermacam cara perpindahan duit itu berlaku dalam berbagai bentuk MLM dan skim piramid yang ada dalam dunia dewasa ni. Siap duit tukar tangan direct macam LoginFB100 daripada downline ke upline - dah memang sah-sah skim piramid dah tu. Ada yang pakai perkataan komisen, macam hyprakbullshit, di mana orang yang baru join kasi Hairul Nizam duit, lepas tu dia sain cek, kasi pulak pada orang yang merekrut downline tu tadi. Bukan apa, Hairul saja-saja nak putar-alam dengan Allah gitu. Dia kan hebat tahap kamen rider? Lepas tu ada MLM yang pakai point-point bagai, BV/PV/LB/SP apakependa la... ada pakai istilah diamond manager, crown manager, macam-macam cara manusia tu nak kelentong manusia lain.

Orang Melayu yang berkecimpung dalam perniagaan MLM dan skim piramid ni, rata-rata tak kan berhenti buat kerja laknat ni selagi takde suhuf atau wahyu turun daripada langit dan dah sampai hukum keharaman tu dalam satu sampul surat yang dihantar oleh posmen dari langit, yang ditujukan khas untuk dia sahaja. Berbalik kepada isu akad tadi, macamana seseorang tu boleh menerima duit seseorang yang lain yang merupakan downline jaringan upline yang 5 level kat bawah upline tu. Mana akadnya? Contohnya dalam 4Life Tranfers Factors - Pangkat Gold International Diamond akan menerima 2% komisen daripada downline yang 10 level kat bawah dia... kok idak shubahah ke tu bang? Mana ijab dan qabulnya antara 2 pihak yang tak pernah bersua muka tu? Bukan riba' ke beb? Lagi ramai makan, lagi best - massyyuukk! Tak shubahah ke beb?

Dalam isu penipuan perniagaan, sah-sah semua skim piramid menipu orang, so memang dah haram la tu. Dalam MLM ni lain sket. Kalau menipu 3% macamana pulak? Alaaa... tipu kecil-kecilan aje tu. Dan riba'nya pulak hanya 1% kat level 8, 5% kat level 4, dan 15% kat level 2... bukan riba' all the way. Adakah begitu pendapat sesetengah orang yang mengaku Islam tadi?

OK... anda semua boleh lihat senarai syarikat MLM yang berdaftar di Malaysia di link berikut: http://www.malaysiaco.com/mlm-companies/. Jadi dalam syarikat-syarikat seperti Avon Cosmetics, Akojaya, Amway, Cosway, CNI Enterprise, Hai-O Marketing, Uptrend Network, Avail Beauty, Herbalife, Monavie, eXfuze dan lain-lain... adakah ada berlaku penggunaan riba', kelentong, aniaya dan penipuan dalam sistem perniagaan dan struktur pemasaran mereka tak? Saya selalu dapat argument daripada pengamal MLM bahawa, kalau kerajaan Malaysia dah luluskan semua syarikat itu semua dengan lesen perniagaan berdasarkan AJL 1993 - kenapa sebok-sebok mau perasan nak jadi mufti, suka-suka jatuh hukum. Apa pengamal tu semua ingat dengan kepatuhan akta AJL 1993, boleh masuk syurga ke? Ingat ada manusia nama Najib dan Muhyidin akan kasi korang "get out of jail free card" di padang mahshar ke beb? What is my issue here? Sebagai seorang Islam, ada etika cari rezeki yang halal kan? Kerajaan Malaysia yang sekular tu ada tempat ke dalam isu ni ke?

Akhir kata, jika adalah MLM yang produknya halal, dan sistem perniagaannya dijalankan sesuai dengan syarie, dan tidak melanggar shafqatayn fi shafqah (dua akad dalam satu transaksi), serta mematuhi ketentuan setiap hukum syarak yang lain, maka sudah tentu ianya diperbolehkan. Masalahnya, ada syarikat MLM yang sedemikian tak?!

Figure it out yourself please... after all, your sin is yours, my sin is mine.
 
Back
Top
Log in Register