BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sempat jamah kuih kegemaran

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Rodiah bersama suaminya, Zakaria Mat Saman, 58, menunjukkan gambar arwah.​

BACHOK - Mangsa kemalangan maut motosikal petang Isnin lalu, sempat menjamah kuih kegemarannya, apam susu yang dimasak ibunya untuk kali terakhir sehari sebelum terlibat dalam kemalangan.

Ibunya Rodiah Abdul Latif, 54, berkata, anaknya, Muhamad Luqman Hakim Zakaria, 15, menikmati kuih itu dengan berselera dan memuji kesedapan kuih hasil tangannya.

Menurutnya, tidak ramai yang mengenali arwah kerana dia seorang anak yang pendiam dan biasanya dia hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

"Ketika kejadian, penduduk kampung mengambil masa untuk mencari rumah kami. Mereka datang membawa kad pengenalan arwah dan memaklumkan anak saya terlibat dalam kemalangan.

"Malangnya kami tak sempat tiba di sana, arwah sudah meninggal dunia. Penduduk memaklumkan arwah sempat melafazkan syahadah tiga kali sebelum menghembuskan nafas terakhirnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, kelmarin.

Muhamad Luqman adalah pelajar Tingkatan Tiga Maahad Amir Indera Petra, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, kira-kira jam 5.40 petang Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Zain.

Ketika tiba di depan SK Pauh Sembilan, sebuah kereta Proton Wira yang berada di depan mangsa ingin memasuki simpang kanan, namun mangsa yang berada di belakang kereta itu gagal mengawal motosikalnya dan terlanggar sebelah kanan kereta terbabit.

Akibat kemalangan itu, mangsa melambung beberapa meter di depan kereta dan tidak sedarkan diri. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah di kepala.

Anak ketiga daripada lima beradik itu itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pintu Gerbang, kira- kira jam 1 petang kelmarin, sejurus selesai urusan bedah siasat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
 
Back
Top
Log in Register