eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PASIR PUTEH: “Rempuhan ini menyebabkan kami sekeluarga trauma,” kata Ramli Taib, 61, selepas kediamannya di simpang tiga Lebuh raya Pasir Puteh-Grik, dekat Kampung Wakaf Lichong, dirempuh kenderaan kali kelima dalam tempoh seminggu.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu, bahagian depan rumah warga emas itu rosak teruk selepas dirempuh sebuah Proton Wira dinaiki dua beradik.
Kejadian di Kilometer 47.6, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu menyebabkan Ramli dan keluarga trauma kerana belum pun ‘pulih’ dengan insiden sebelum ini, mereka sekali lagi mengalami kejadian sama.
Selain mengalami kerugian akibat Proton Wira yang diletakkan di depan rumah rosak akibat rempuhan itu, dia juga terpaksa mencari sumber kewangan RM20,000 untuk membaiki rumah.
Menurutnya, jarak rumahnya dengan simpang tiga itu terlalu hampir iaitu hanya kira-kira 70 meter menjadikan kediamannya sering dirempuh kenderaan dan memerlukan tindakan segera pihak berkuasa untuk menanganinya.
Katanya, sebaik tiang lampu dan papan tanda amaran tercabut selepas dirempuh sebuah bas persiaran pada 18 Disember lalu, hingga kini, pihak berkuasa sekadar meletakkan penghadang sementara tanpa lampu amaran.
“Akibatnya rumah saya dirempuh dua kenderaan sehari kemudian dan dua hari selepas itu, kenderaan lain pula terbabas diikuti kejadian terbaru, awal pagi kelmarin.
“Malah, saya nyaris maut dalam kejadian kedua apabila hampir dilanggar sebuah kenderaan lain ketika mengeluarkan mangsa daripada kereta yang terbabas,” katanya.
Berikutan itu, dia terpaksa membina penghadang bagi menjamin keselamatan rumah dan keluarga dengan membina tembok penghalang setinggi dua meter di depan rumah.
Sebelum itu, dalam kejadian awal pagi kelmarin, Zulhilmi Kamaruddin, 20 dan adik tirinya, Syafiq Ibrahim, 12, dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kemaman, Terengganu terbabas sempena cuti Krismas sebaik bertolak dari Kedah, petang Khamis lalu.