BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan pendaki sesat di Bukit Bendera

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Sembilan pendaki sesat di Bukit Bendera

25 Disember 2018

image.jpg


GEORGE TOWN - Sembilan pendaki tersesat dalam hutan ketika menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Bendera, di sini hari ini dan usaha mencari mereka giat dijalankan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 malam memaklumkan mereka sesat di kawasan Bukit Bendera.

"Dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Bagan Jermal dan Paya Terubong dihantar ke kaki Bukit Bendera bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Pihak bomba berjaya menghubungi semula mangsa yang membuat panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu dan dia dapat dihubungi melalui talian telefon serta memberitahu mereka kemungkinan berada di kawasan Wand Gate 7 Bukit Bendera," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Katanya, setakat ini maklumat lengkap semua mangsa belum diperolehi dan hanya mendapat jumlah mangsa sembilan orang sahaja dan kerja-kerja mencari serta menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan ERT (Emergency Response Team) Bukit Bendera. - Bernama

http://www.karangkraf.com/berita/sembilan-pendaki-sesat-di-bukit-bendera-1.919231
 
9 pendaki sesat ditemui selamat

Diterbitkan 26 Dis 2018, 10:46 pagi | Dikemaskini 26 Dis 2018, 10:50 pagi

7011aa92976320e2774d178ac2ce4a4e.jpg


Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Bendera petang semalam berjaya ditemui dan dibawa turun dengan selamat awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata semua mereka termasuk tiga warga emas itu berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada pukul 1.09 pagi dalam kawasan hutan Bukit Bendera.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 petang memaklumkan mereka telah sesat di kawasan Bukit Bendera dan kami terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami berjaya mengesan semua mangsa pukul 1.09 pagi dan mereka juga boleh mendengar isyarat siren dari kami, mangsa kemudiannya membuat nyalaan unggun api sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi," katanya di George Town hari ini.

Menurut jurucakap itu, semua pendaki berjaya dibawa turun ke Dataran Bukit Bendera dengan selamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 5.20 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya.

Katanya pemeriksaan awal mendapati sembilan pendaki itu dalam keadaan baik, namun keletihan selepas gagal mencari jalan untuk turun.


Sementara itu seorang mangsa, Han Gen berkata mereka mula mendaki Bukit Bendera pada pukul 5 petang dan menggunakan laluan pendakian yang selalu digunakan pendaki di situ.

Namun, katanya selepas lebih dua jam mendaki, mereka menyedari telah tersesat kerana gagal mencari laluan yang sepatutnya untuk turun ke kaki Bukit Bendera sebelum beliau mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.

"Kami tidak tahu macam mana boleh sesat kerana ada dalam kalangan kami memang sudah biasa dengan laluan di Bukit Bendera. Terima kasih pihak bomba bantu bawa turun kami dengan selamat," katanya.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/457717

9 lost hikers on Penang Hill start bonfire to guide rescuers

December 26, 2018 12:41 AM

penang-hill-hiking-path-fb-251218-2.jpg

Many hikers have lost their way on Penang Hill, even during the day. (Facebook pic)

GEORGE TOWN: Firemen in search of nine missing hikers on Penang Hill late Tuesday night are using the global positioning system (GPS) on their phones to trace their location.

The hikers have also lighted a bonfire to guide the rescuers.

A Penang Fire and Rescue Department spokesman said the hikers were also able to hear the siren signals from firemen on the hill.

Earlier, a member of the hiking group called 999 at 7.30pm calling for help as they were lost near “Wand Gate 7”.

Two rescue teams from the Bagan Jermal and Paya Terubong fire stations embarked on the search-and-rescue mission.

They have to trek through dense jungles at 260m and 833m above sea level.

When contacted, Penang Hill Corporation (PHC), the state agency which manages the hill town, said the group was likely part of a “night hike”, as hiking during the evening has become popular.

PHC general manager LL Cheok said the state agency had always advised against hiking at night, as the climbers risked getting lost and could also be attacked by poisonous reptiles.

He said while Penang Hill’s old and beaten hiking trails seem impossible to get lost in, experienced hikers still get lost when using them even during the day.

Cheok said in the event hikers got lost during the day, it would be easier to rescue them.

He thanked the two rescue teams en route to the missing group and said they were “an hour or two” away from their location.

“Thankfully, the hikers have GPS on their phones. The rescue team is aware of their coordinates.”

Cheok said the hikers were probably at a place called Rain Gauge 7 (RG7).

There are many hiking paths up the Penang Hill range, with most taking an average of three to four hours to reach the summit at 833m.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...-penang-hill-start-bonfire-to-guide-rescuers/
 
lain kali tiap sorang bawak air lebih,2-3 botol mineral besar,jadi bila sesat tak la panik sangat...dengan dahaga dia,bila panik,tetiba cepat haus,adrenaline meningkat,dalam natgeo ada tunjuk...man vs wild...
 
Last edited:
9 pendaki sesat ditemui selamat

Diterbitkan 26 Dis 2018, 10:46 pagi | Dikemaskini 26 Dis 2018, 10:50 pagi

7011aa92976320e2774d178ac2ce4a4e.jpg


Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Bendera petang semalam berjaya ditemui dan dibawa turun dengan selamat awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata semua mereka termasuk tiga warga emas itu berjaya ditemui oleh pasukan bomba pada pukul 1.09 pagi dalam kawasan hutan Bukit Bendera.

Sembilan mangsa yang terlibat dikenali sebagai Lim Sang Yang, 51; Cheng Chang Hua, 61; Chan Che Chen, 60; Yap Heng Leong, 39; Ho Cheng Meng, 60; Eng Gin Weh,18, dan Tam Han Gen, 33, serta dua wanita Tan Kah Oii, 24, dan Ambika, 35.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang daripada sembilan individu itu pada pukul 7.27 petang memaklumkan mereka telah sesat di kawasan Bukit Bendera dan kami terus melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami berjaya mengesan semua mangsa pukul 1.09 pagi dan mereka juga boleh mendengar isyarat siren dari kami, mangsa kemudiannya membuat nyalaan unggun api sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi," katanya di George Town hari ini.

Menurut jurucakap itu, semua pendaki berjaya dibawa turun ke Dataran Bukit Bendera dengan selamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada pukul 5.20 pagi sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya.

Katanya pemeriksaan awal mendapati sembilan pendaki itu dalam keadaan baik, namun keletihan selepas gagal mencari jalan untuk turun.


Sementara itu seorang mangsa, Han Gen berkata mereka mula mendaki Bukit Bendera pada pukul 5 petang dan menggunakan laluan pendakian yang selalu digunakan pendaki di situ.

Namun, katanya selepas lebih dua jam mendaki, mereka menyedari telah tersesat kerana gagal mencari laluan yang sepatutnya untuk turun ke kaki Bukit Bendera sebelum beliau mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.

"Kami tidak tahu macam mana boleh sesat kerana ada dalam kalangan kami memang sudah biasa dengan laluan di Bukit Bendera. Terima kasih pihak bomba bantu bawa turun kami dengan selamat," katanya.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/457717
 
tahun lepas pi bukit bendera ..taubat xnak pi dah beratur panjang
 
Back
Top
Log in Register