BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera Ditutup 8 Hingga 14 Jun - PBBPP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,483
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,483
Reaction score
321
Points
141
075ecb2933911947c046e9cc911601a569ae9b54e9851


Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual tahunan kali kedua bagi 2026 bermula 8 hingga 14 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 15 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyelenggaraan berjadual itu termasuk menukar bogi dan gegelung penyaman udara koc.

“PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland bagi memastikan sistem funikular berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat.

“Kami juga menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem funikular secara harian, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan turut dijalankan selepas waktu operasi,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBBPP, dalam tempoh tersebut pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera yang terletak bersebelahan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera.

Sebelum ini, perkhidmatan Funikular Bukit Bendera ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dari 12 hingga 18 Jan lepas.

 
Back
Top
Log in Register